-->
728 x 90

CARI APE TU?

Tuesday, November 25, 2014

MERSING PART 2 - Jelajah Seketika

 Salam 1 Malaysia ^_^

Hai..hai..hai..Cik Mimie nak sambung cerita di Mersing..hahaha..belum habis lagi tau, terpaksa buat 2 bahagian..hehehe..Kali ini nak cerita tempat yang sempat Cik Mimie dan keluarga singgah. Disebabkan masa terlalu singkat, so tak banyak tempat yang kami boleh pergi. Mana taknya petang Sabtu tu jugak kami nak kena balik ke SEGAMAT sebab hari Ahad ada yang perlu bekerja.


Pukul 9.00 pagi - Kami semua dah bersiap-siap untuk check out dari homestay dan berjalan-jalan di bandar Mersing.



Pukul 9.30 pagi - Setelah puas pusing-pusing di bandar Mersing kami berhenti seketika dan singgah di Jeti Mersing berhadapan dengan PASARAYA KINI. Eh, alang-alang dah sampai pasaraya jom la shopping sekali..hahaha..sambil menyelam minum air :)


Pukul 11.00 pagi - Mencari keropok lekor untuk bawa balik ke SEGAMAT. Taaddaaaa, inilah kedai yang kami singgah. Harga pun boleh tahan la..12 batang keropok lekor berharga RM10.00. So, akak Cik Mimie pulun RM30 hengget! Lepas tu, keropok keping 3 bungkus RM10.00. Berbaloi jugak la kan :)



Pukul 11.30 Pagi - Kami singgah berehat di Pantai Mersing, memang seronok sangat Cik Mimie sebab dapat tengok laut..huwaaaa...rasa taknak balik je tau..redup, tenang dan damai sangat duduk berehat kat sini. Anak-anak buah Cik Mimie sibuk main playground tu..hehehe..

Kenduri untuk beliau :)

Pukul 1.30 tengah hari - Kami bertolak ke Felda Nitar 2 untuk menghadiri kenduri Yassin dan Doa Selamat bersempena dengan kandungan Akak Cik Mimie cukup 7 Bulan. Cucu pertama untuk Keluarga Abang Ipar Cik Mimie :) Perjalanan dari bandar Mersing ke Felda Nitar lebih kurang 20 Minit. Kak Long Cik Mimie pun datang jugak dari Kluang.

Budak dah bosan asyik ajak dia ambil gambar je..hahaha..

Pukul 4.00 Petang - Kami bertolak balik ke SEGAMAT, dapat berita tak berapa baik. Mak mertua kakak Cik Mimie dimasukkan ke hospital sebab jatuh dalam bilik air. So, kami semua terpaksa pulang awal. Alhamdulillah, keadaannya stabil dan hari ini dah boleh discharge :)

p/s : Cerita Mersing dah Habis, Sukaneka Tadika belum lagi..nantikan :)

15 comments:

  1. Replies
    1. Nanti ada masa ke sana lah ye :) pergi pantai best..hehe

      Delete
  2. cantik gambar selfie cik mimie..:)

    akak tag awak ya,
    http://dapurjirankuberasap.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..terima kasih Kak Wana :)

      Ops, dah join da segmen ni..apa2 pun terima kasih tag Cik Mimie :)

      Delete
  3. akak selalu jugak balik johor tapi belum pernah sampai mersing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti singgah2 la sini mama :) Pergi pantai air papan ke..best :)

      Delete
  4. banyak betul memborong. mai la pos sikit keropok lekor tu haa. =p
    terserlah muka bosan budak tu.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe...Cik Mimie x borong..Akak2 Cik Mimie yang borong..hohoho..

      Memang dah bosan sangat dah tu..hahaha

      Delete
  5. wah, okay juga kan 12 batang rm10... ada tak beli untuk saya? :P

    lawanya cik Mimie. >.< jelesnya. sobss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok sangat dah tu Amy...berbaloi la dapat beli byk cam tu..hehehe...alor, Amy xde kirim pun..hahaha..

      lawa ke? heheh..biasa je la..papepun terima kasih Amy :)

      Delete
  6. Replies
    1. Kat sini pun popular dengan kepok CB oi..heheh..nanti dtg sini jangan lupe borong ye..huhu

      Delete
  7. fuhh cantekla view kat mersing ni :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernh g mersing lg... sane pon ade kopok lekor jugak ye

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250