-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, January 6, 2017

'Back To School Giveaway by Abam Kie'



Salam 1 Malaysia ^_^

Hai Uolllss..... Agak lama Cik Mimie tak aktif dalam dunia blogger ni kan? Nak dijadikan cerita, hari ini Cik Mimie dapat invitation dari blogger Abam Kie untuk join GA anjuran beliau. *Terima kasih Abam Kie sebab invite Cik Mimie. So, bagi tidak menghampakan beliau Cik Mimie akan support dan join GA yang sangat mudah ni. Kepada U olls.. apa tunggu lagi? Jom, memeriahkan GA ni. Syarat mudah je Abam Kie bagi :D


GA ini akan berlangsung bermula dari hari ini 06/01/2017 sehingga 31/01/2017. Abam Kie mencari 5 orang pemenang bertuah bagi GA ini dan setiap pemenang akan mendapat sekeping magnet peti sejuk dan sebuah notepad. Wow, best kan?

Ha, ada lagi tau!! bagi peserta paling pantas dan terakhir secara automatik akan menerima topup bernilai RM5. Terbaiklah Abam Kie. *Cik Mimie bukan yang terpantas dan terakhir..hehehehe

p/s : Abam Kie target 50 penyertaan, kalau lebih dari 50 akan ada penambahan hadiah :)

Wednesday, January 4, 2017

Tuesday, January 3, 2017

Solemnization - 23 Disember 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Ollsss! Terlalu lama Cik Mimie menyepi, mesti ada yang dah lupa pada Cik Mimie kan? Maaf sangat-sangat sebab banyak benda yang perlu Cik Mimie uruskan. 

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari 3 dalam tahun baru. Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2017 pada semua rakan-rakan blogger. Nampak gaya nya azam tahun lepas kena bawa ke tahun baru ini, sebab tak complete lagi..hahahaha..

Actually, Cik Mimie nak berkongsi mengenai hari paling bersejarah dalam hidup Cik Mimie. Alhamdulillah pada tanggal 23.12.2016 dengan sekali lafaz Cik Mimie telah selamat bergelar seorang ister buat insan yang bernama Muhamad Najib Bin Lokman. Selama hampir 6 Tahun kami bercinta akhirnya, kami dapat menyempurnakan impian kami untuk menjadi suami dan isteri. Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih buat ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan dan semua yang mengenali Cik Mimie. Di atas ucapan dan juga doa buat kami. InsyaAllah, Cik Mimie harap jodoh buat kami ini akan berkekalan hingga ke Jannah :)



Buat suamiku, Muhamad Najib Bin Lokman. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah papa berikan pada mama. Kasih, sayang, cinta dan juga perhatian yang terlalu banyak buat mama. InsyaAllah, mama akan cuba jadi isteri yang baik buat papa dan menantu yang baik buat emak dan ayah. Mama harap kita dapat sama-sama sabar dan tabah dalam menempuhi dugaan dalam berumahtangga. Amin.. 

p/s : boleh guna 'Cik Mimie' lagi kan, walaupun dah kahwin? :P
300 x 250