-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, July 29, 2016

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #53

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi U Olls!! Hari ini merupakan Jumaat terakhir di bulan Syawal, cepat betul masa berlalu sekarang ni. Syawal bakal meninggalkan kita, moga diberi kesempatan dan dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan & Syawal pada tahun akan datang :)

credit
Amin, Ya Rabbal Alamin :)

p/s : Salam Jumaat..

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Wordless Wednesday #2 (2016) : SELAMAT HARI JADI ADIK!

Salam 1 Malaysia ^_^



Surprise Birthday Party untuk Adik Incik Kesayangan malam tadi, terkejut betul muka dia buka-buka pintu nampak kek depan mata.. Ha Ha Ha. Sayang, we did a great job! Yeaayhh!! ^_^

#Bakalmertua #Bakalsuami #Bakaladikipar #BakalPengantin

p/s : Incik Kesayang dua beradik je :)

Tuesday, July 26, 2016

Tak Boleh Follow Blog Lain : Ada Siapa Boleh Tolong Tak?

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie nak minta tolong sesiapa yang boleh bantu dan tahu apa masalahnya. Cik Mimie nak follow blog lain tapi bila tekan button follow dia jadi error macam kat bawah ni.


Cik Mimie try clear semua cache & cookies still tak boleh jugak. Try guna broswer lain, tetap masalah yang sama keluar. Anyone? boleh bantu? heeee

Nak join segmen and GA pun tak boleh sebab tak dapat memenuhi syarat tuan blog. Hope ada yang sudi membantu. Thank you in advance ^_^

p/s : Puas dah godeh sana sini..!

Friday, July 22, 2016

RESEPI SOTONG SUMBAT SAMBAL

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai Uolls! Eceh tetiba pulak petang ini Cik Mimie rasa nak share resepi dengan U Olls, manalah tahu kan ada yang nak mencuba. Menu ni Cik Mimie masak malam tadi, permintaan My Abah :) Cik Mimie guna bahan yang ada dekat dapur je :)

Bahan-bahan yang digunakan
9 ekor sotong saiz sederhana
Inti secukupnya
1/2 bawang holland potong bulat

Bahan Inti
3 biji telur
1 batang cili besar merah (dicincang)
1 biji bawang merah (saiz sederhana dicincang)
Garam secukupnya

Bahan Sambal
5 s/b cili kering yang dah kisar 
(kalau taknak pedas borang kurangkan)
3 s/b bawang besar yang dah kisar
1 inci halia dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu sos tiram
1 cawan air
1 kpg asam keping
garam & perasa
minyak secukupnya

Cara Memasak
  1. Campurkan telur, bawang dan cili yang telah dicincang halus serta sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan goreng telur sehingga hancur (scramble).
  2. Tutup api dan sejukkan inti telur sebelum disumbat kedalam sotong.
  3. Sumbatkan inti lebih kurang 3/4 penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan pencungkil gigi atau lidi supaya tidak bergerak.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis halia, bawang putih dan serai sehingga kekuningan/naik bau.
  5. Masukkan cili kisar, bawang kisar, sos tiram, garam dan perasa secukupnya.dan kacau sehingga pecah minyak/garing.
  6. Setelah itu masukkan sotong tadi, kacau sebati bersama-sama sambal dan masukkan air.
  7. Tunggu sehingga sambal mengelegak dan masukkan asam keping dan bawang holland.
  8. Biarkan kering sekejap, rasa kuah dia kalau rasa tak masin ke apa ke boleh lah tambah apa-apa yang patut.
  9. Siap! sedia untuk dihidangkan :)

p/s : SELAMAT MENCUBA ^_^ #cookbyme

Wednesday, July 20, 2016

Wordless Wednesday #1 (2016) : KUIH RAYA BUATAN SENDIRI

Salam 1 Malaysia ^_^


Tahun ni terlebih rajin, semua kuih & Kek buat sendiri.. Nak jadi bini orang kena lah belajar..kahkahkah!

p/s : Wordless Pertama untuk tahun ni *Gila lama tak update =_="

Tuesday, July 19, 2016

DAEHAN MINGUK GIVEAWAY BY SITI YANG MENAIP



Salam 1 Malaysia ^_^


Setelah lama Cik Mimie tak join mana-mana GA / Segmen. Hari ini ternampak rakan sebaya Cik CT paling comel buat GA. Opkos la kena join support rakan-rakan lagi-lagi nampak nama Daehan & Minguk.. Tapi kan CT, mana Manse? hehehehe.. 


Syarat-syarat mudah untuk join :)

1. Follow blog Siti Yang Menaip.
2. Buat entry bertajuk 'Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip.
3. Sertakan banner giveaway di dalam entry.
4. Backlink ke entry INI.
5. Tag seorang rakan blogger.
6. Publish entry anda.
7. Wajib untuk sertakan link entry penyertaan anda di ruangan komen entry INI sahaja.
8. Selesai. All the best.

Hadiah-Hadiah Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip :

3 x Magnetic Holder Memo (3 Pemenang)
4 x Keychain Korean Folk (4 Pemenang)
3 x Fridge Magnet (3 Pemenang)
2 x Korean Souvenirs Nail Clipper (2 Pemenang)

12 Pemenang !! 12 Pemenang !!


I'm done!

p/s : Good Luck untuk semue peserta :)

Friday, July 15, 2016

Voucher RM100 - Hasil Berkolaborasi bersama ZALORA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Olls, hari ini agak rajin nak update blog. Wah, terkikis sikit kerinduan nak menaip di teratak usang Cik Mimie ni. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan walaupun tak berapa nak aktif macam dulu. Takpe, Cik Mimie CUBA :)

So, petang ini nak story hasil kolaborasi Cik Mimie bersama dengan ZALORA*jangan cakap U oll tak tahu ZALORA tu apa, ha ada kena viral nanti..hehehe..


Hari Selasa yang lepas Cik Mimie terima satu comment invitation di blog Cik Mimie dari Aini Shah wakil ZALORA. Wah, memang teruja giler Cik Mimie sebab tak sangka yang ZALORA sudi pilih blog Cik Mimie ni. Dah la lama tak berupdate, inilah orang kata REZEKI :)

Lepas je Cik Mimie baca comment tu terus Cik Mimie email Aini untuk bertanya lebih lanjut mengenai kolaborasi ni. Semuanya berjalan dengan lancar, article yang ZALORA minta Cik Mimie update diblog sudah pun Cik Mimie publish. U olls boleh KLIK SINI untuk baca. Terima kasih :)

Dan seperti yang dijanjikan Cik Mimie menerima voucher sebanyak RM100 untuk dihabiskan di ZALORA. Wah, shopping siapa tak suka kan. Apa lagi, Cik Mimie pun cuci mata la. Dengan RM100.00 Cik Mimie dapat grab 3 barang di ZALORA.


Taddaaaa!! Inilah barang-barang yang Cik Mimie beli di ZALORA. Alhamdulillah, servis ZALORA memang tip top. Semalam, pukul 4 petang Cik Mimie order, Hari ini, tengah hari Cik Mimie selamat terima barangnya. Terima kasih ZALORA :) BARANG BEST SANGAT~!



Jam tangan putih untuk ABAH, Blouse untuk EMAK, dan Couple Watch untuk CIK MIMIE & INCIK KESAYANGAN. :)

Orang kata kalau kita ada rezeki lebih, dan kita berkongsi dengan orang lain. INSYAALLAH, Allah akan murahkan lagi rezeki kita.AMIN.

Apa yang Cik Mimie pegang "Kalau kita tak berkira rezeki kita dengan orang lain, ALLAH pun takkan berkira rezeki dia dengan kita" Semoga kita selalu dimurahkan rezeki. Amin.

p/s : Ramai jugak yang berkolaborasi dengan ZALORA ni, meh la kongsi-kongsi dengan Cik Mimie article U Olls :)

SYAWAL 2016 - BERAYA BERSAMA KELUARGA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Syawal yang ke-10, sekejap betul masa berlalu. So, memandangkan semua orang dah update gambar raya, Cik Mimie pun nak update jugak..hehehehe.. Tahun ini alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik walaupun pagi raya pertama tu, Cik Mimie dengan mak je ada dekat rumah siapkan apa yang patut. hukhukhuk. Sedih tau! Adik beradik yang lain ondeway dari rumah masing-masing. Tengah hari baru la dapat berkumpul itupun tak semua ada sebab ada yang balik rumah mertua.

Tentatif hari raya. Ceh, siap ada tentatif lagi kan..hahaha..

Raya Pertama - Duduk rumah tunggu tetamu / sedara-mara serbu rumah
Raya Kedua - Masih dirumah layan program TV
Raya Ketiga - Balik kampunggggg PEKAN PAHANG raya rumah Ayah long, Mak Andak & Makcik
Raya Keempat - Terjah rumah sedara-mara di SEGAMAT
Raya Kelima - Serbu rumah adik-beradik & rumah bakal Mertua. :D
Raya Keenam hingga hari ini - KERJAAAAAA T_T

So, Cik Mimie malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita layan gambar ye? Sila jangan muntah hijau sebab gambar banyak sangat..hehehehe.. :P

HARI RAYA PERTAMA - RUMAH JERRR




HARI RAYA KETIGA - PEKAN PAHANG




















RAYA KEEMPAT - RUMAH SEDARA MARA



RAYA KELIMA - KAWASAN RUMAH 


 Tahun ni takde gambar dengan Incik Kesayang sebab dia kerjaaaaa, so kita collage je la ye gambarnya :) Insyaallah, tahun depan kita raya sama-sama :) Yeaaayhhh!


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D

#kosongkosong #ootdraya #lastrayaassingle #selamathariraya #blogger

p/s : Ada masa Cik Mimie terjah u Oll k? :D Terima kasih sudi jenjalan kat sini.
300 x 250