-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, July 22, 2016

RESEPI SOTONG SUMBAT SAMBAL

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai Uolls! Eceh tetiba pulak petang ini Cik Mimie rasa nak share resepi dengan U Olls, manalah tahu kan ada yang nak mencuba. Menu ni Cik Mimie masak malam tadi, permintaan My Abah :) Cik Mimie guna bahan yang ada dekat dapur je :)

Bahan-bahan yang digunakan
9 ekor sotong saiz sederhana
Inti secukupnya
1/2 bawang holland potong bulat

Bahan Inti
3 biji telur
1 batang cili besar merah (dicincang)
1 biji bawang merah (saiz sederhana dicincang)
Garam secukupnya

Bahan Sambal
5 s/b cili kering yang dah kisar 
(kalau taknak pedas borang kurangkan)
3 s/b bawang besar yang dah kisar
1 inci halia dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu sos tiram
1 cawan air
1 kpg asam keping
garam & perasa
minyak secukupnya

Cara Memasak
  1. Campurkan telur, bawang dan cili yang telah dicincang halus serta sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan goreng telur sehingga hancur (scramble).
  2. Tutup api dan sejukkan inti telur sebelum disumbat kedalam sotong.
  3. Sumbatkan inti lebih kurang 3/4 penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan pencungkil gigi atau lidi supaya tidak bergerak.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis halia, bawang putih dan serai sehingga kekuningan/naik bau.
  5. Masukkan cili kisar, bawang kisar, sos tiram, garam dan perasa secukupnya.dan kacau sehingga pecah minyak/garing.
  6. Setelah itu masukkan sotong tadi, kacau sebati bersama-sama sambal dan masukkan air.
  7. Tunggu sehingga sambal mengelegak dan masukkan asam keping dan bawang holland.
  8. Biarkan kering sekejap, rasa kuah dia kalau rasa tak masin ke apa ke boleh lah tambah apa-apa yang patut.
  9. Siap! sedia untuk dihidangkan :)

p/s : SELAMAT MENCUBA ^_^ #cookbyme

29 comments:

  1. salam singgah. awak dijemput join GA sy tau :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih invite Cik Mimie :) InsyaAllah, ada masa t join k :D

      Delete
  2. hai adik manis malam dah ni hihihihi... sedapnya sotong dia... terliur tengok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Kakak Comel.. nanti Kak Ekin boleh try, sotong sumbat resepi memikat suami..ekekeke :P

      Delete
    2. ala kak ekin alahan makan sotong..

      Delete
  3. Sotong! My fveret...sha nak try laa resepi ni..hihi ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jangan tak cuba tau.. nanti share-share dgn Cik Mimie :D

      Delete
  4. ehhhhh mana tahu tengah craving nak makan sotong sumbat ni?! Baru je tadi rasa nak cari resipi ni tup tup keluar dekat dashboard!

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHA.. Cik Mimie ada pasang jin.. hehehe Nanti FJ cuba la ye.. :D

      Delete
  5. salam sedap ! sambal sotong tapi , yang sumbat tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam.. lar, rugi la.. sedap tau yang sumbat.. tapi ada macam versi..sumbat dgn kentang, pulut, carrot.. sedap tau :D

      Delete

  6. Taqabballahu minna wa minkum.

    maafkan salah silap saya sepanjang berkenalan disini.

    Selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya maaf zahir batin juga Yana :)

      Delete
  7. Replies
    1. Lap sikit air liur tu... melelh dah.. hehehe

      Delete
  8. fuyooo power2!
    Jom singgah my blog n join my segmen sekali~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go go Power Rangers..hehehe.. Insyaallah thank invite Cik Mimie :)

      Delete
  9. Replies
    1. Hehehehehe... Cik Mimie tak pandai masak.. tgk je sedap..rasa xtau lagi..

      Delete
  10. Gitew laaa dah nak jadi bini org.. ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. mestilah nak ikat perut suami biar kedepan.. baru la sayangnya lebih.. hehehe

      Delete
  11. tgk sotong ingat azwan ali... he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha.. ingt dia dalam program Lari dekat tb9.. I cannot go..hahahaha

      Delete
  12. wooo patutla penah nampak kadang kat kedai makan diorang letak lidi kat sotong.. CT ingatkan depa tamo sotong tu nganga.. rupanya ada inti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha.. lawak la CT ni.. nasib baik tak ingt tu sate sotong.. heheheh.. nanti try na, sedap sangat :D

      Delete
  13. alahai. sedapnyaaa cik mimie. huhu da lapar balik nih. hee

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250