-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, March 11, 2019

Resepi : Roti Naik Tanpa Telur

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai semua, Cik Mimie cuba mencuri masa untuk mewarnai semula blog ini. Hope adalah orang yang datang membaca :). Ok harini nak share resepi Roti Naik ada orang panggil Roti Bun. Tak kisahlah janji roti. hehehe.. 

Untuk resepi ni Cik Mimie tak menggunakan telur sebab My Little Hero alah dengan makanan yang ada telur ni. So, google pun google jumpa lah satu resepi mudah dan bahan pun senang je nak cari. :) *Sy Little Kitchen

Bahan yang digunakan :-

  • 11gram Yis Kering / satu paket*
  • 1/2 Cawan Air Suam*
  • 1 sb gula*
  • 1 sb tepung gandum*
  • 2 sb marjerin dicairkan
  • 1 cawan gula dilarutkan dengan 1/2 cawan air panas (kalau taknak manis boleh kurangkan kuantiti gula ye)
  • 3 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung gandum (standby kalau doh lembik, boleh tambah susu tepung sikit untuk rasa lemak)

Cara membuatnya :-

  1. Campurkan bahan bertanda (*) tunggu sehinggan yis kembang
  2. Larutkan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air panas, jadikan sirap gula dan sejukkan
  3. Masukkan 3 cawan tepung gandum di dalam bekas yang sesuai dan buatkan lubang ditengah-tengah tepung
  4. Masukkan semua bahan iaitu yis yang telah kembang, sirap gula dan juga marjerin yang dicairkan tadi ditengah lubang tepung dan uli sebati
  5. Sekiranya adunan doh lembik boleh tambah sedikit demi sedikit 1 cawan tepung yang kita standby dan sedikit susu tepung, uli sehingga doh tidak melekat
  6. Biar adunan naik dalam masa 30 minit, bila dah kembang uli sedikit untuk buangkan angin dalam doh. 
  7. Bentukkan doh bulat2 dan susun didalam loyang yang telah dioles dengan marjerin (suka hati nak buat bentuk macam mana, panjang ke, bulat2 ke ikut selera masing-masing ye)
  8. Biarkan doh naik lagi dalam 30 minit.
  9. Lepastu boleh bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau kekuningan, bila dah masak keluarkan dari oven dan sapu marjerin di atas roti, nak bagi roti berkilat. *jangan lupa panaskan oven dahulu dalam 10 minit
Siap :)

Selepas siap dibakar :)
nyum2:)


p/s : Alhamdulilah percubaan pertama buat roti, ini pun kena tunggu my little hero tido. Kalau tak mimpi la nak buat..hahahahaha

Monday, June 12, 2017

CORNFLAKE'S BERSALUT COKLAT - KUIH RAYA PERTAMA

Salam 1 Malaysia ^_^

Salam 17 Ramadhan, sekejap je masa berlalu. Semalam baru Cik Mimie berkesempatan nak buat kuih raya. Itupun buat yang simple dan tak perlu menggunakan ketuhar. HEHEHE.. First raya, sebagai isteri dan juga menantu. So, semalam ajak MIL buat kuih sama-sama. Alhamdulillah, siap dengan jayanya :)

Bagi sesiapa nak cuba buat kuih raya yang simple lagi senang ni, boleh tengok resepi dibawah :)

Cornflake salut coklat

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (300gram) atau ikut banyak mana U Olls nak.
1 bar coklat masakan
1/4 butter (Buttercup) untuk kilatkan coklat
1 bekas coklat urai warna warni (sebagai hiasan)
Papercup secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Masukkan coklat masakan dan juga butter dalam satu bekas masak menggunakan kaedah double boiler atau guna microwave pun boleh.
2. Apabila coklat dah cair dan sebati dengan butter. Sejukkan sekejap.
3. Dalam bekas yang lain, masukkan cornflakes dan ramas-ramas supaya menjadi kepingan kecil.
4. Setelah coklat sejuk sedikit masukkan kedalam cornflakes dan gaul sehingga rata.
5. Sudukan cornflake ke dalam papercup dan hias dengan coklat urai.
6. Susun di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk bagi mendapatkan cornflake yang sedap! :D

P/s : Selamat mencuba... :) Next Popia nestum...

Saturday, June 3, 2017

Kek Butter Kurma - Juadah Sampingan Berbuka

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari ke-8 kita menyambut bulan Ramadhan, terasa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di bulan mulia ni kan? :) So, untuk entry hari ini Cik Mimie nak berkongsi resepi yang sangat simple untuk buat Kek Butter Kurma yang sangat sedap! :)

Semalam Cik Mimie berbuka di rumah Family bersama adik beradik yang lain. So, petang tu Cik Mimie decide nak buat Kek untuk juadah sampingan. Memandangkan bulan puasa ni, so memang orang akan makan buah kurma betul tak? Cik Mimie pun apa lagi, terus buat Kek Butter Kurma. Dapat juga bantu memberi tenaga dan mengenyangkan perut. Tunggu apa lagi? Check it Out!!!

Kek Butter Kurma
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • 1 Buku Buttercup (250gram)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Esen Vanila
  • 4 Biji Telur
  • 10 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan Oven dan juga loyang dalam suhu 180C lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan Butter, Gula dan telur di dalam mixer dan pukul sehingga semua bahan sebati. (Nak guna manual whisk hand pun boleh :)
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Bila adunan dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, serbuk penaik dan juga buah kurma. Gaul adunan sehingga rata.
  5. Keluarkan loyang dan sapukan permukaannya dengan sedikit butter.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kalau nak letak hirisan buah kurma diatas adunan pun boleh, macam Cik Mimie buat ni :)
  7. Bakar adunan menggunakan suhu 180C masa lebih kurang 30 minit. (Mengikut Oven masing-masing ye)
  8. Siap dan sedia untuk dimakan.. Nyum3!!
P/s : Selamat mencuba, jangan pula ada yang nak buka puasa baca entry ni..heheheh :D

Friday, May 19, 2017

Resepi Asam Pedas

Salam 1 Malaysia ^_^

Jom!! Sertai Peraduan Lazada Ramadhan Raya Blogger & Memenangi Baucer Membeli-belah Lazada!



Gedung Membeli-belah secara atas talian @ Online iaitu LAZADA, telah menganjurkan beberapa peraduan untuk Blogger bersempena Bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tak lama lagi. Cik Mimie pasti semua blogger tahu mengenai peraduan ini. Ha? ada yang tak tahu? takpe-takpe U Olls, boleh KLIK SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Peraduan dari LAZADA :)

Bersempena Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan Jualan Ramadhan Lazada dimana U Olls boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 16 Mei sehingga 30 June 2017.

<KLIK BANNER>
BAGAIMANA NAK SERTAI PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER?

Peraduan ini bermula dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 selama 4 minggu. Peserta yang ingin menyertai perlu memilih salah satu atau boleh menyertai lebih dari satu topik berbeza yang telah Lazada sediakan pada setiap minggu. So, ini bermakna ada 4 topik yang U Olls boleh pilih untuk tulis di blog U Olls mengikut tarikh pertandingan yang ditetapkan. Sebagai contoh, bermula minggu ini iaitu 19 Mei sehingga 1 Jun 2017 artikel yang perlu U Olls tulis ada mengenai masakan kegemaran semasa berbuka puasa, kongsikan resepi dan pilih produk di Lazada yang boleh membantu U Olls menyediakan masakan U Olls. Ha, mudah je kan? Tajuk article adalah nama resepi U Olls :) setiap article yang telah di post perlu emelkan link ke contest@lazada.com.my dengan seubjek: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest.

HADIAH - LAGI BANYAK PENYERTAAN, LAGI RAMAI PEMENANG!!
  1. Kurang dari 100 penyertaan (15 Pemenang) - 15 x RM100.00
  2. Lebih dari 100 penyertaan (20 Pemenang)  - Pertama = 1 x RM400.00, Kedua = 8 x RM150.00 & Ketiga = 11 x RM100.00
  3. Lebih dari 200 penyertaan ( 50 Pemenang) - Pertama = 1 x RM500.00, Kedua = 16 x RM150.00 & Ketiga = 33 x RM100.00
  4. Lebih dari 300 penyertaan (80 Pemenang) - Pertama = 1 x RM600.00, Kedua = 35 x RM150.00 & Ketiga = 44 x RM100.00
Berita baik untuk U Olls, setiap minggu Lazada akan memilih3 pemenang bertuah untuk memenangi Baucer Membeli-belah dia Lazada setiap seorang!!

Pergh, betul-betul awesome bukan? so, tunggu apa lagi jom lah kita memeriahkan lagi peraduan dari Lazada ni. Mana tahu ada rezeki buat kita :D 

PERADUAN LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER

A.  Apakah masakan Iftar kegemaran anda?
     (What are your favourite Iftar dishes?)

   Asam Pedas

B. Kongsikan resepi masakan tersebut.
     (Share the recipes of the dishes)

Bahan-bahannya :
  1. Ikan @ ayam (ikut selera anda)
  2. Segengam cili kering (ikut kepedasan masing-masing) *
  3. 2 biji bawang besar *
  4. 4 ulas bawang putih *
  5. 1 inci kunyit hidup *
  6. 2 inci halia *
  7. 2 cawan air 
  8. 1 Cawan air asam jawa
  9. 1 sudu besar kunyit serbuk
  10. Garam dan perasa tambahan
  11. Minyak untuk menumis
Cara-cara menyediakannya :
  1. Kisar semua bahan yang bertanda (*)
  2. Panaskan minyak dalam kuali
  3. Tumis bahan kisar dan serbuk kunyit sehingga naik minyak
  4. masukkan air, air asam jawa, garam dan perasa tambahan.
  5. Setelah air mendidih masukkan ikan @ ayam (kalau nak kuah lebih boleh tambah air)
  6. Masak sehingga kuah mnjadi pekat sedikit.
  7. Siap dan sedia untuk dihidangkan :)

C. Apakah jenis produk yang boleh anda temui di Platform Lazada untuk membantu anda        menyediakan masakan?
  (What kind of products can you find on Lazada's Platform to help you prepare the       dishes?)

Lazada ada segala-galanya, dengan Lazada Cik Mimie jimat masa tak perlu ke shopping mall untuk mendapat produk yang Cik Mimie inginkan. Lazada juga memudahkan Cik Mimie untuk menyediakan juadah berbuka puasa, hanya cari sahaja di Platform "Ramadhan Bazar" dan "Ramadhan Home" yang mana harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi!! :D



Di ruangan "Riang Ria Raya Groceries Cooking" menyediakan pelbagai produk yang Cik Mimie inginkan. Sebagai contoh perasa tambahan dan juga serbuk kunyit ni. Wah, free shipping lagi U Olls memang puas hati :)



Selain itu di ruangan "Riang Ria Raya My Ramadhan Home Kitchen" juga Cik Mimie boleh dapatkan peralatan dapur yang gilerrrr murah harga dia. Baru semangat nak memasak kalau dapat beli GTE 4 set Non Stick Alat Memasak :D





So, kepada U Olls yang tak join lagi. Boleh join peraduan dari Lazada ni.. CEPAT-CEPAT :)

p/s : Semoga ada rezeki buat kita semua ^_^

Sarapan Ala Kampung : Lempeng Cair

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi Jumaat Penghulu segala hari, alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas untuk menikmati nikmat Allah S.W.T. Hari ini Cik Mimie bawa bekal ke pejabat. Sarapan ala kampung je, iaitu lempeng cair. Incik Kesayangan request malam tadi. hahahaha.. Jom usha resepi buat Lempeng cair yang mudah lagi mengenyangkan :)

Lempeng cair
Bahan-bahan (10 keping) :

3 cawan tepung gandum
3@4 cawan air (ikut keperluan)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk memasak (sikit je)

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung gandum, air dan garam.
2. Adun sebati sehingga tepung tidak berketul-ketul dan tidak terlalu pekat@cair (sedang2 je)
3. Panaskan kuali (boleh guna kuali leper @ non-stick pan) letak sedikit minyak dan ratakan.
4. Gunakan senduk untuk letak adunan tepung atas kuali (satu senduk da cukup da)
5. Lepas tu ratakan adunan menggunakan bawah senduk secara bulatan.
6. Guna api perlahan je, bila nampak tepung terangkat sikit terus terbalikkan bahagian atas ke bawah.
7. Masak sehingga warna kekuningan .
8. Angkat dan hidangkan :)

Cik Mimie guna kuali leper je, bulat sedang-sedang je :)
Lempeng cair ni, boleh dimakan @ dicicah dengan kuah kari, sambal tumis, sambal sardin or kuah asam pedas. Memang marvelous!!

Bekal hari ini, alhamdulillah kenyang :)
Cik Mimie cicah dengan kuah kari, sampai menjilat jari makan.. hehehehe.. 2 keping pun dah cukup kenyang dah. Alhamdulillah :) Bagi nak mencuba resepi ni, selamat mencuba :D

p/s : U Olls, sarapan apa hari ni?

Friday, July 22, 2016

RESEPI SOTONG SUMBAT SAMBAL

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai Uolls! Eceh tetiba pulak petang ini Cik Mimie rasa nak share resepi dengan U Olls, manalah tahu kan ada yang nak mencuba. Menu ni Cik Mimie masak malam tadi, permintaan My Abah :) Cik Mimie guna bahan yang ada dekat dapur je :)

Bahan-bahan yang digunakan
9 ekor sotong saiz sederhana
Inti secukupnya
1/2 bawang holland potong bulat

Bahan Inti
3 biji telur
1 batang cili besar merah (dicincang)
1 biji bawang merah (saiz sederhana dicincang)
Garam secukupnya

Bahan Sambal
5 s/b cili kering yang dah kisar 
(kalau taknak pedas borang kurangkan)
3 s/b bawang besar yang dah kisar
1 inci halia dihiris
2 biji bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
1 sudu sos tiram
1 cawan air
1 kpg asam keping
garam & perasa
minyak secukupnya

Cara Memasak
  1. Campurkan telur, bawang dan cili yang telah dicincang halus serta sedikit garam. Kacau sehingga sebati dan goreng telur sehingga hancur (scramble).
  2. Tutup api dan sejukkan inti telur sebelum disumbat kedalam sotong.
  3. Sumbatkan inti lebih kurang 3/4 penuh kedalam sotong, tutup dengan kepala sotong dan cucuk menggunakan pencungkil gigi atau lidi supaya tidak bergerak.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis halia, bawang putih dan serai sehingga kekuningan/naik bau.
  5. Masukkan cili kisar, bawang kisar, sos tiram, garam dan perasa secukupnya.dan kacau sehingga pecah minyak/garing.
  6. Setelah itu masukkan sotong tadi, kacau sebati bersama-sama sambal dan masukkan air.
  7. Tunggu sehingga sambal mengelegak dan masukkan asam keping dan bawang holland.
  8. Biarkan kering sekejap, rasa kuah dia kalau rasa tak masin ke apa ke boleh lah tambah apa-apa yang patut.
  9. Siap! sedia untuk dihidangkan :)

p/s : SELAMAT MENCUBA ^_^ #cookbyme

Thursday, July 9, 2015

Kuih Raya : 4C - Cornflake Chocolate Chip Crunchy

Salam 1 Malaysia ^_^


Kuih Raya yang ketiga untuk tahun ini berasaskan cornflakes diberi nama 4C - Cornflakes Chocolate Chip Crunchy. Hahaha...kemain nama dia kan. Kalau u Olls nak tahu kuih ni sedap dan memang sangat-sangat crunchy. Budak-budak kalau makan kuih ni, sure nak lagi, lagi dan lagi. 

Ini adalah percubaan pertama Cik Mimie alhamdulillah, ianya menjadi. Terima kasih kepada Kak Long Cik Mimie sebab membantu dalam menyiapkan kuih ni..*cewah formal betul ayat..hehehe.. U Oll yang lain tak nak cuba ke? Resepi yang sangat mudah :)

RESEPI CORNFLAKES CHOCOLATE CHIP CRUNCHY

  1. 100g gula kastor
  2. 3 biji putih telur (putih sahaja tau, kuning taknak)
  3. 250g NESTLE CORNFLAKES (takde ni x jadilah kuih ni)
  4. 100g chocolate chip
  5. 100g kacang badam (Cik Mimie guna peanut sebab xde badam, pun sedap jugak)
CARA MEMBUATNYA 
  1. Pukul putih telur bersama-sama dengan gula kastor sehingga pekat.
  2. Masukkan nestle cornflakes, chocolate chip dan badam. Gaulkan sehingga sebati (Kalau U Olls rasa adunan putih telur and gula tadi terlalu banyak boleh tambahkan ketiga-ketiga bahan ni)
  3. Sudukan dan masukkan kedalam paper cup tu dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 - 20 minit :)
  4. Lepas je oven bunyi 'Ting' boleh la dimakan..hehehe :)
SELAMAT MENCUBA :)

p/s : Popia Nestum dah siap tapi lupa nak amik gambar.. Kalau nak resepi  boleh KLIK SINI. :)

Tuesday, June 9, 2015

Mulakan Hari kita Dengan Detox

Salam 1 Malaysia ^_^


Morning U Olls, Alhamdulillah setelah beberapa minggu asyik busy jer. Sekarang adalah masa sikit untuk meluangkan masa di blog ini. So, bagi menceriakan hari-hari kita. Jom kita minum air Detox :) Azam baru la kekononnya nak minum detox ni. Selalu tengok orang dok buat and share, hari ni kita cuba pulak ye. Mana la tau boleh kempis sikit perut Cik Mimie ni...hahahaha..mana taknya, nak senam or jogging pun malas..adess!

Air Detox a.k.a Infused Water ialah campuran buah-buahan dan juga air putih ia boleh dinikmati setelah dibiarkan selama 4 -5 jam. Kalau nak sedap simpan dalam peti sejuk semalaman. So, Cik Mimie pun cuba-cuba la buat. Hope adalah kesannya nanti. :)

Kebaikan Air Detox
  • Ia bagus untuk kesihatan tubuh badan kita disebabkan oleh khasiat yang terdapat dalam buah-buahan yang kita campurkan dengan air putih tadi.
  • Ia juga membantu untuk mengurangkan berat badan. Ha, siapa-siapa yang nak diet dan malas nak bersenam macam Cik Mimie ni boleh la amalkan Detox.
  • Ia dapat menggantikan air masak. Kekadang ada setengah orang tu tak berapa suka minum air masak sebab takde rasa apa-apa kan? Ha, dengan Detox u olls boleh buat macam-macam rasa yang U Oll nak :) Ingat air masak penting untuk badan kita tau! 
  • Membantu kulit lebih cantik, muda dan tidak mudah berminyak. Awet muda gitu :)
Sumber : Disini 
Resepi Detox yang boleh U Oll cuba :)
 
Sumber

Ok, Cik Mimie belanja satu selfie dengan Detox..ekekeke... Resepi Limau dan orange..*tu je bahan yang ada... Detox buatan akak Cik Mimie..Tengok? manja tak kita? hahahaha :)


p/s : Bulan puasa pun bagus amalkan Detox :) 

Saturday, October 11, 2014

Resepi Stew Kentang by Kak Farrah

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai, U Oll..hmmm, baru sempat nak update blog. Dari pagi kerja banyak nak kena settle kan..Nasib baik, dah siap semua*Esok cuti kena settle semua hari ni :) . Ok, untuk entry kali ini Cik Mimie nak share satu resepi yang Cik Mimie cuba semalam. Resepi ini Cik Mimie amik dari Blog Kak Farah @ From FAMF Tower. *Ha kenal kan?

STEW KENTANG :)
Tarra, ini lah STEW KENTANG air tangan dari Cik Mimie. Macam biasalah Cik Mimie olah resepi kan. Cik Mimie letak isi ayam sikit..mmm..nyummy2!! *jangan marah tau Kak Farrah..hehe :p

Ok kalau U Oll nak resepi Stew Kentang ni boleh KLIK SINI. *tengok dekat blog Kak Farrah sendiri la yer. Malas betul nak taip panjang-panjang..ekekekeke :P

P/s : Hari yang Sibuk..=_="

Saturday, September 20, 2014

Aiskrim Goreng & Cekodok Roti

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U oll, hari Sabtu hari yang memang sentiasa dinanti oleh Cik Mimie sebab halfday dan esok cuti..yeeaayhhh!! hahahaha..Ok, berbalik kepada tajuk entry. Actually semalam Cik Mimie BW dekat blog adik comel kita sorang ni Naalisaa@White Lily. BW punya BW, ternampak satu entry resepi untuk buat Aiskrim Goreng apa lagi balik je kerja semalam terus Cik Mimie minta akak Cik Mimie belikan bahan..hahahaha,.*nasib baik dia kat shopping mall masa call tu :) 

So, malam tadi Cik Mimie pun try la buat. Ahak, menjadi ok! So simple and delicious..nyummmy!

Aiskrim Goreng

Kalau u oll nak resepinya boleh KLIK SINI atau terjah blog Naalisaa :) *malas nak tulis..hihihi

HA, ini pulak resepi tambahan. Disebabkan Cik Mimie sayang sangat nak buang lebihan roti untuk buat Aiskrim tadi Cik Mimie mengolah satu resepi iaitu Cekodok Roti..hahahha..First time buat, main campak je bahan. Tapi hasilnya, memang sedap..habis ok family Cik Mimie makan. Abang Cik Mimie siap cakap lagi boleh jual ni 5 biji sehengget...hahaha..

CEKODOK ROTI
Resepinya : 
10-15 keping Roti gardenia
3 Biji Telur
bawang dicarik halus (nak tambah ikan bilis & lada pun boleh)
Cik Mimie tak letak sebab budak-budak nak makan.
garam secukup rasa.

Caranya :
Gaul @ ramas kesemua bahan tadi bila da sebabti goreng je macam buat jemput-jemput@cekodok.
Siap untuk dihidangkan..

Selamat mencuba:)

Terima kasih Naalisaa ^_^

p/s : Makan je kerja Cik Mimie ni, mana berat tak naik..hahahah :)

Monday, July 21, 2014

RESEPI : POPIA NESTUM

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, tetiba rasa hari ini Cik Mimie nak kongsi resepi buat kuih raya iaitu POPIA NESTUM. *Enak bangat gue cakap sama lo..hehehe. Kalau nak tahu inilah salah satu jenis kuih yang Cik Mimie dah buat satakat ini. So, Jom usha resepi kuih raya Cik Mimie.

 Bahan-bahan yang diperlukan ialah : -
  • 1 paket kulit popia nestum *Cik Mimie beli yang ada 40sheet banyak sikit dapat :)
  • 100 grams Horlicks Original. *Kalau u oll suka rasa horlick boleh tambah lagi ikut suka u oll.
  • 100 grams Nestum Original.
  • 1/2 Cawan Gula Halus/Kastor.
  • 1 biji telur dikacau *untuk lekatkan kulit popia.


 Cara-cara membuatnya :-
  • Leraikan kulit popia satu persatu *jangan semua nanti kulit tu jadi keras.
  • Gulung kulit popia sama ada secara menegak atau pun menyerong *ikut kesenangan u oll la ye :) Cik Mimie prefer menegak sonangggg..
  • Sapukan telur di hujung gulungan sebagai gam. *kalau tak nanti time goreng kulit popia terbuka.
  • Lepas tu gunting kulit popia secara menyerong *contoh dalam gambar

  •  Panaskan minyak, make sure minyak betul-betul panas baru masukkan kulit popia.
  • goreng sehingga warna keemas-emasan/golden *Ha, macam lam gambar tu :)
  • Angkat dan toskan.


  •  Now, buat bahan untuk salut popia tadi.
  • Campurkan kesemua bahan yang telah disukat iaitu nestum, gula halus & horlick.
  • Then, ambil popia yang telah digoreng tadi *make sure popia tadi da kurang berminyak.
  • Gaul..gaul..dan gaul..*rujuk gambar..ekekeke..


  • Taaaddddaaaaa..Dah siap dah!!
  • Boleh simpan dalam tupperware dan makan..yyeeeaaayyhh!!
  • Mudah dan sedap..kriuukk..kriukk..kriukk bunyinya..:p

p/s : Tahun ni GILER semangat nak raya semua kuih buat sendiri..huhuhu :)
300 x 250