Salam 1 Malaysia ^_^
Wah, tetiba rasa hari ini Cik Mimie nak kongsi resepi buat kuih raya iaitu POPIA NESTUM. *Enak bangat gue cakap sama lo..hehehe. Kalau nak tahu inilah salah satu jenis kuih yang Cik Mimie dah buat satakat ini. So, Jom usha resepi kuih raya Cik Mimie.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah : -
- 1 paket kulit popia nestum *Cik Mimie beli yang ada 40sheet banyak sikit dapat :)
- 100 grams Horlicks Original. *Kalau u oll suka rasa horlick boleh tambah lagi ikut suka u oll.
- 100 grams Nestum Original.
- 1/2 Cawan Gula Halus/Kastor.
- 1 biji telur dikacau *untuk lekatkan kulit popia.
Cara-cara membuatnya :-
- Leraikan kulit popia satu persatu *jangan semua nanti kulit tu jadi keras.
- Gulung kulit popia sama ada secara menegak atau pun menyerong *ikut kesenangan u oll la ye :) Cik Mimie prefer menegak sonangggg..
- Sapukan telur di hujung gulungan sebagai gam. *kalau tak nanti time goreng kulit popia terbuka.
- Lepas tu gunting kulit popia secara menyerong *contoh dalam gambar
- Panaskan minyak, make sure minyak betul-betul panas baru masukkan kulit popia.
- goreng sehingga warna keemas-emasan/golden *Ha, macam lam gambar tu :)
- Angkat dan toskan.
- Now, buat bahan untuk salut popia tadi.
- Campurkan kesemua bahan yang telah disukat iaitu nestum, gula halus & horlick.
- Then, ambil popia yang telah digoreng tadi *make sure popia tadi da kurang berminyak.
- Gaul..gaul..dan gaul..*rujuk gambar..ekekeke..
- Taaaddddaaaaa..Dah siap dah!!
- Boleh simpan dalam tupperware dan makan..yyeeeaaayyhh!!
- Mudah dan sedap..kriuukk..kriukk..kriukk bunyinya..:p
p/s : Tahun ni GILER semangat nak raya semua kuih buat sendiri..huhuhu :)







