-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, November 30, 2015

Al Fatihah : Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia

Salam 1 Malaysia ^_^

credit : google image

Pagi tadi Cik Mimie telah dikejutkan dengan berita kematian Pelawak Tanah Air kita iaitu Yus Jambu atau nama sebenar beliau Yussry Bin Edoo, 39 Tahun melalui group whatsapp. Innalillahi wainnalillahi rajiun, Ya Allah sebak rasa hati ni bila baca berita kematian arwah. Pasti akan rindu dengan lawak yang selalu arwah jamukan di dalam rancangan-rancangan saluran Astro Warna. Kali terakhir lihat persembahan arwah pada Jumaat lepas dalam program JUARA PARODI, arwah berkumpulan dengan Tauke dan juga Misha Omar untuk kumpulan Kubis Pedas. Tiba-tiba hari ini dapat berita arwah dah takde. Perancangan Allah, hanya DIA yang tahu.

Instagram
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL FATIHAH

p/s : Kepada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali T_T

Saturday, November 28, 2015

"Giveaway CINTA by CN"

Salam 1 Malaysia ^_^

giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak? 

Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN : 

1. Follow blog CikguNorazimah

2. Add To Circle  G+CikguNorazimah


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)  

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"  

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.  

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

p/s : Maaf Instagram takde :)

Perhatian Kepada Semua Peminat Ketam & Udang Galah!!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, PERHATIAN!! PERHATIAN!! 

Sila KLIK untuk baca!

Siapa kat sini yang minat dengan makanan laut iaitu KETAM dan UDANG GALAH??? Sila angkat kening setinggi yang boleh..supaya senang Cik Mimie nampak U Olls yang minat tu.. Hehehehe.. Mesti ramai kan yang minat makanan ni? Ok, meh sini meh Cik Mimie nak kongsi sikit dengan U Olls beberapa tempat yang best untuk U Olls nikmati makanan kegemaran U Olls ni.  

ENTRY INI PENUH GAMBAR MAKANAN YANG AKAN MEMBUAT AIR LIUR ANDA MELELEH!!
Kalau nak tahu kedai Mee Ketam KL ini terletak di belakang UNiSEL iaitu di Seksyen 7, Shah Alam. Kedai ini sudah beroperasi sejak Julai 2010 lagi. So, tolak tambah darah bahagi semua sudah 5 tahun menapak di Shah Alam. Bagi sesiapa yang nak menikmati dan merasai keenakkan makanan berasaskan KETAM dan UDANG GALAH ni jangan lupa singgah jalan-jalan cari makan disini. :D

Status: Halal

Alamat: Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Telefon: +6011-3796 4239
Layari Facebook dan laman web Mee Ketam KL.

2. Chilli's Crab Seafood

Restoran yang menyajikan makanan bertemakan Chinese Cuisine ni sangat terkenal dengan menu makanan yang sangat 'rare' iaitu 'Maggi Ketam'. Bukan senang nak jumpa menu ni kan? So, kalau U Olls berhajat nak rasa boleh serbu restoran ni. Kalau nak tahu restoran ini adalah 100% milik bumiputera :)

  • Status: Halal

    Alamat: 26-1 jalan pju 5/9, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
    Telefon: +603-6141 6033
    Layari Facebook Chilli's CRAB Restaurant.

8. Bisik Bisik

Orang-orang Johor yang tinggal di Seksyen 7, Shah Alam, silalah terjah Restoran Bisik-Bisik ni. Sebab apa? Sebab dekat restoran ini U Olls akan dapat menikmati makanan daripada Negeri Johor seperti Mi Bandong, Mi Rebus dan juga Laksa Johor. Ini kerana, keutamaan restoran ini adalah menyediakan masakana dan makanan daripada Johor. Luaskan seleramu di Restoran Bisik-Bisik!

  • Status: Halal

    Alamat: Jalan Zirkon B, 7/B, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
    Telefon: +6011-1364 4485
    Layari Facebook dan laman web Restoran Bisik Bisik Shah Alam.

Ada beberapa lagi kedai makan atau restoran yang U Olls boleh terjah!! Sesiapa yang dah pernah try makanan di restoran ni? Sila jangan malu dan segan untuk cerita dan share dengan Cik Mimie ye :D

Mee Kari Udang Galah

Bangi Station

Maggie Ketam Power

Tudia Char Koey Teow

Kayu Manis Seafood

Rambo Station

Pak Ya

Nak tahu lokasi dan info-info lanjut mengenai kedai yang Cik Mimie senaraikan tu? boleh------> KLIK SINI 

Terima kasih kerana membaca, Sharing Is Caring ^_^

p/s : pssssst!! ada sesiapa nak belanja Cik Mimie tak? :D

Thursday, November 26, 2015

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

Salam 1 Malaysia ^_^


Due Date : 30 November 2015

p/s : Jom join GA Aisya, kita kasi meletup!! hehehe :) Gudluck semua!

Wednesday, November 25, 2015

Wordless Wednesday #36 (2015) : Berwajah Baru!

Salam 1 Malaysia ^_^



p/s : Tetiba rasa nak pakaikan blog ni baju baru..hehehe.. simple-simple je, yang penting tema ros perlu ada.. :D

*lupa nak snap gambar blog sebelum edit T_T

Monday, November 23, 2015

"Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda"

Salam 1 Malaysia ^_^


Cara-caranya simple sahaja:
  • Follow blog dan Google+ Muja dan Huda
  • Like Fanpage Muja dan Fanpage Huda.
  • Buat 1 entry bertajuk "Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda"
  • Copy banner di atas dan backlink kan ke entry ni.
  • Publish post dan tinggalkan link entry di bahagian komen.
  • Peserta digalakkan blogwalking antara satu sama lain untuk mengeratkan lagi hubungan hubungan sesama blogger :D
Hadiah Yang Menanti :


 Due Date : 5.12.2015 pada 11.59pm

p/s : Semoga berjaya semua ^_^

The Return Of Superman : New Family Member 2!

Salam 1 Malaysia ^_^

Entry Pertama DISINI!
Entry Kedua DISINI!

Ha, Cik Mimie tahu ramai yang minat dengan rancangan ni kan? Sebab budak-budak dalam rancangan ni comel-comel belaka.. So, hari ini Cik Mimie nak story-mory mengenai satu keluarga baru yang join rancangan 'The Return Of Superman' ni. Setakat ni beliau merupakan ahli yang mempunyai keluarga yang besar dalam rancangan ini. Are you ready??


“Superman Returns” Welcomes Lee Dong Gook’s Huge Family to Its Lineup


Cik Mimie memperkenalkan ahli keluarga Lee Dong Gook seorang pemain bola sepak Korea bersama-sama dengan lima orang anak beliau. Diulangi lima orang, termasuk 2 pasang pasangan kembar perempuan dan seorang bayi lelaki. Bayangkan beliau perlu uruskan kelima-lima anak beliau sendirian dalam rancangan terbitan KBS World "The Return Of Superman". Cik Mimie dah tengok episod-episod keluarga Lee Dong Gook memang mencabar giler lah..heee.


supermanreturns7


Kalau U Olls nak tahu kemunculan pertama Lee Dong Gook dan anak-anak beliau dalam rancangan ni ialah pada 26 Julai 2015. Hahahaha..dah lama berlalu kan? baru sekarang Cik Mimie nak story..huhuhu.. Pada episod hari tu secara rasminya telah memperkenalkan diri mereka kepada penonton. Kembar sulung perempuan yang pertama bernama Lee Jae Shi dan Lee Jae Ah berumur 9 Tahun. Kembar kedua juga perempuan diberi nama Lee Seol Ah dan Lee Soo Ah berumur 2 Tahun. Manakala yang bongsu seorang lelaki bernama Lee Shi Ahn atau nama panggilannya Daebak berumur 8 bulan... Sangat comel dan kacak! hehehe..



Memang seronok tengok keluarga ni lagi-lagi kembar Seol Ah dengan Soo Ah. Macam-macam ragam mereka, kalau nak tahu Si Soo Ah tu suka curi-curi minum susu adik dia Daebak.. Hahahaha kalau tengok aksi dia memang kelakar sangat :) Seol Ah pula selalu akan kata diri dia Soo Ah, bila tanya nama dia siapa dia akan jawab Soo Ah padahal dia Seol Ah..hehehe..

supermanreturns5


So, kalau U Olls nak join Cik Mimie tengok rancangan ni jangan lupa temujanji kita.
Saluran : 391 - KBS WORLD
Tajuk : The Return Of Superman
Waktu siaran : 3.25 petang (AHAD)

Nak tengok On-line boleh cari di YouTube :)

p/s : Jom tengok sama-sama :)



Friday, November 20, 2015

"8th Anniversary GiveAway!".

Salam 1 Malaysia ^_^


Syarat-syaratnya:
1) Buat SATU entry yang bertajuk 
 "8th Anniversary GiveAway!".  Letakkan sekali banner di atas dan backlink ke entry ini.
2) Tinggalkan link entry uols di ruangan komen ini nanti.
3) Senarai pemenang akan dicabut undi oleh saya sendiri.
4) Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam.
5) Senarai peserta akan diumumkan pada 27.11.2015.
6) Senarai pemenang akan diumumkan pada 30.11.2015.
p/s : Jemput join semua :)

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #51

Salam 1 Malaysia ^_^


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَا لَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat membaiki diri kami, tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman, dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ
Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberikan manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumah tangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
_________________________

Sekiranya kita reda atas sesuatu kekecewaan, insya-Allah, Allah akan mengantikannya dengan sesuatu yang tidak terduga atau terjangka.

p/s : Sentiasa bersangka baik kepada Allah S.W.T, dan percayalah aturan-NYA sentiasa yang terbaik buat kita :D

Thursday, November 19, 2015

Parcel Yang Tak Diduga

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, nampak tak tajuk entry tu? Begini ceritanya, cewahhh.. Tetiba pagi tadi ada abang courier telefon tanya Cik Mimie ada dekat rumah ke tak? Cik Mimie pun jawab takde sebab tengah bekerja. So, dia pun hantar la ke pejabat Cik Mimie. Dalam hati ni pelik juga dari siapa erk? rasanya so far takde menang apa-apa segmen or GA. So, Cik Mimie menanti parcel tiba dengan 'sabarnya'..huhuhu

Tarraaaa... parcel dah sampai, dan dengan muka pelik dah berkerut-kerut Cik Mimie tengok parcel tu. Siapa pula yang bagi ni. Sebab alamat penghantar ni tak boleh nak agak dari siapa. So, Cik Mimie pun buka bubble wrap tu terus nampak jenama produk ni. Owh, rasanya macam takde join contest dari brand produk ni. Puas juga la Cik Mimie fikir. So, usha la page produk ni kat FB... Jumpa satu post ni..hahaha..amik kau post bulan 5 baru sekarang kau tengok ye Mimie.. *ketuk kepala sendiri..
Alhamdulillah, inilah rezeki namanya... Terima kasih REXONA untuk hadiah yang tak disangka-sangka ni... Eh, tak lupa juga untuk WOOP.COM!! jom2 kita usha :D senyum lebar hakak hari ni..



Cik Mimie dapat Rexona Freshprotect Kit, 1 botol Rexona Invisible Dry untuk lelaki, 1 botol Rexona Passion Dry untuk Wanita, 3 keping Scorecard dan juga 1 keping card ada gambar Scha Al Yahya tu..hehehe....

Ha, U Olls jeles tak? nak dapat jugak macam ni? apa tunggu lagi..

Jom...Jom.. daftar Woop.com jawab soalan pun boleh dapat hadiah tau! hehe.. nak hadiah banyak? Boleh! Dengan hanya jawab soalan dan kumpul point U Olls boleh redeem banyak lagi hadiah bukan barangan dari Rexona sahaja tau!

Ada barangan JOY, SOFLAN, HORLICK, dan banyak lagi. :D KLIK SINI CEPAT!!!

#Rexonafreshprotectkit
#woopdotcom
#FreeGift

p/s : Rexona Invisible Dry tu nak bagi Incik Kesayangan nanti.. Ayat dia bila kita tunjuk hadiah ni. "Untunglah~~~" HA HA HA

Monday, November 16, 2015

"Segmen Bloglist Meletop Sheila Inspire"

Salam 1 Malaysia

Syarat:

1. Buat entry
2. Masukkan banner di atas dan linkkan
3. Follow blog dan IG (jika ada) dan berikan nama IG anda
4. Tinggalkan komen di bawah

Semua entry yang lengkap saya akan masukkan dalam bloglist blog ini...
15/11/2015 dan berakhir pada 22/11/2015 jam 11.59pm.......

p/s : Maaf Cik Mimie takde IG :) Sokong segmen Kak Sheila :)

Saturday, November 14, 2015

Terima Kasih Kakak Manis

Salam 1 Malaysia ^_^


Fuh..fuh..bagi kurang sikit habuk dalam blog ni. Cik Mimie mampu jeling-jeling je blog-blog U Olls, kekadang baca je tak sempat nak tinggal komen. Maafkan Cik Mimie ye, serious rindu gilerrrr nak aktif macam dulu.. Tapi apakan daya masa memang cemburukan Cik Mimie T_T. Hope U Olls tak kecik hati kalau Cik Mimie tak balas jejak U Olls, InsyaAllah akan Cik Mimie kayuh perlahan-lahan sambil bawa boom banyak-banyak. Heeeee :D

Ok, berbalik kepada tajuk entry hari ini. Actually, Ia adalah entry khas buat Kakak Manis kesayangan semua blogger... Cewahh! Cinta hati Sister Sado (SS)... kekekeke..Siapa lagi kalau bukan Si Jari Manis tu.. atau lebih dikenali and glamor dengan panggilan JM :)

Dua hari lepas satu bungkusan dari abang posmen telah selamat mendarat di tangan Cik Mimie. So, dengan lemah gemalainya Cik Mimie membuka bungkusan tersebut. *memang tak tahu dari siapa. Buka-buka je terus rasa nak nangis sebab terharu sangat. Banyaknya ole-ole yang Sis JM bagi pada Cik Mimie. Terima kasih Sis JM, Cik Mimie suka sangat-sangat dengan semua ole-ole yang Sis JM bagi. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki buat Sis JM ye :) #muahmuahciked!


 Ha, ini dia ole-ole yang Cik Mimie dapat. Fridge Magnet dari Jogjakarta, Magnet Card dari Jawa Timur, Indonesia, Fridge Magnet dari Thailand. 1 sachet ephyra (belum try lagi ni) dan juga kad pink dari Sis JM. Haruslah pink kan? hehehehe :D


"Dear Cik Mimie (CM) Terima kasih kerana masih setia dengan blog Sis JM. Terimalah ole-ole tanda penghargaan ye.
* Top Commentator July - Sept 2015
* Menang segmen "Blackout Day"

Terima kasih sekali lagi Sis JM, alhamdulillah rezeki syukur sangat... heee :)

p/s : Dengar-dengar Sis JM nak travel lagi.. :)

Friday, November 13, 2015

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #50

Salam 1 Malaysia ^_^


p/s : Sentiasa lah mengubah diri kita menjadi yang lebih baik :) 
*Take note Mimie!!!

Friday, November 6, 2015

"segmen kembara misteri burung hantu"

Salam 1 Malaysia ^_^



Pemenang yang bertuah akan diumukan pada 15/11/2015

Segmen berlangsung selama 7 hari bermula jam 00:00 6/11/2015 hingga jam 00:00 13/11/2015

p/s : Jemput join semua :)

Tuesday, November 3, 2015

10 Pengomen Tegar OKTOBER 2015

Salam 1 Malaysia ^_^

Seperti biasa, awal-awal bulan ni Cik Mimie akan reveal 10 Pengomen Tegar (PT) yang paling awesome di blog Cik Mimie. Sesibuk mana pun, Cik Mimie akan cari masa untuk beri penghargaan kecil kepada mereka semua. Harap U Olls menerimanya dengan senang hati.. :D

10 PENGOMEN TEGAR (PT) UNTUK BULAN INI IALAH...

DRUM ROLL PLEASE!!! 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOMFvMP5EJ6cOHXP9SpYaik7HZ2rBLmWXXCtBklaBN50dblJLGXxogX4kC5Amevam4Gbjyqqtdv8KldoSnPgTzbO9A4AOAY4QiTs2IcRkQkr5JaPZ897JAj8_fojJz-SpR9iRkX2AHDVgE/s1600/drumkitty2.gif

10 PENGOMEN TEGAR OKTOBER


"KHAS BUAT U OLLS!!"

Hidayu Ayumie - http://hidayuayumie.blogspot.my/

AinAthirah Anuar - http://theathra.blogspot.my/





Siti Yang Menaip - http://sitiyangmenaip.blogspot.com/

Izzeyda - http://izzeyda.blogspot.com/

Ms. Kejupenyet - http://akukaudansesuatu.blogspot.my/

Scdha Sein (SS) - http://scdhaseinphoto.blogspot.com/

Wah, nampaknya kita ada juara carta yang baru. Tahniah buat Mommy Firash a.k.a Hidayu Ayumie. Mesti awak melompat-lompat gembira kan? hehehe.. Dan tak lupa juga ada beberapa orang PT baru untuk bulan ini. Tahniah buat Bro Arz Moha, AinAthirah, Amy J, Afidah Azmi dan juga Ms. Kejupenyet. Tahniah juga buat yang sentiasa ada dalam carta setiap bulan Kak IzzeydaSiti Yang Menaip, Scdha Sein dan Cik Ash. :D

p/s : Tahniah buat SEMUA :) Tema sijil JDT tetap dihati..ekekeke :P

"3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN"

Salam 1 Malaysia ^_^

3D PUZZLE GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN

Bismillahirrahmanirrahim. Rasanya dah lama menyepi daripada menganjurkan sebarang segmen dan giveaway. Jadi untuk permulaan November ini dengan berbesar hati tuan blog dan kawan tuan blog nak anjurkan satu giveaway khas untuk kalian semua. Harap dapat sambutan daripada rakan-rakan blog. Syarat cukup simple dan mudah. Takde nak klik-klik dan like bagai.

SYARAT-SYARAT 3D PUZZLE GIVEAWAY
  • Korang mestilah mempunyai blog dan buat satu entry yang bertajuk "3D GIVEAWAY BY IY&SYARIZWAN".
  • Tampal banner kat atas kemas-kemas dalam entry dan link ke url ini.
  • Wajib follow blog Ikhwan Yusuff dan Syarizwan's Blog.
  • Giveaway terbatal jika penyertaan kurang daripada 20 orang.
  • Mempunyai alamat tetap di MALAYSIA sahaja.
  • Giveaway ini bermula pada 2/November/2015 hingga 29/November/2015
  • Last, tinggalkan komen beserta link korang di kotak komen blog ini.

HADIAH UNTUK PEMENANG
Dah nama pun 3D puzzle giveaway jadinya pemenang akan mendapat 3D puzzle. Kadar bilangan hadiah ditentukan mengikut bilang peserta. Setakat ini 5 3D puzzle sebagai hadiah untuk pemenang. Harap GA ini akan mendapat sambutan daripada kalian semua. Pemenang bakal ditentukan:
  • 1 3D puzzle untuk top referral. 
  • 4 3D puzzle menerusi khidmat random.org.
  • Hadiah misteri untuk peserta pertama.
p/s : Jom sertai ramai-ramai :D

Monday, November 2, 2015

NOVEMBER IS COMING

Salam 1 Malaysia ^_^


Hello November, Goodby October. Sangat pantas masa berlalu sekarang ni, bila tiba bulan November ini bermakna hanya tinggal kurang dari 2 bulan je kita akan berjumpa dengan Tahun Baru. Macam tak percaya pulak.. Hope, hari-hari mendatang ni akan bermakna buat kita semua.. Amin :)

p/s : Rindu dengan semua rakan blogger, bila la  boleh aktif blogging balik ni.. T_T
300 x 250