-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label al fatihah. Show all posts
Showing posts with label al fatihah. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Al Fatihah : Pelawak Yus Jambu Meninggal Dunia

Salam 1 Malaysia ^_^

credit : google image

Pagi tadi Cik Mimie telah dikejutkan dengan berita kematian Pelawak Tanah Air kita iaitu Yus Jambu atau nama sebenar beliau Yussry Bin Edoo, 39 Tahun melalui group whatsapp. Innalillahi wainnalillahi rajiun, Ya Allah sebak rasa hati ni bila baca berita kematian arwah. Pasti akan rindu dengan lawak yang selalu arwah jamukan di dalam rancangan-rancangan saluran Astro Warna. Kali terakhir lihat persembahan arwah pada Jumaat lepas dalam program JUARA PARODI, arwah berkumpulan dengan Tauke dan juga Misha Omar untuk kumpulan Kubis Pedas. Tiba-tiba hari ini dapat berita arwah dah takde. Perancangan Allah, hanya DIA yang tahu.

Instagram
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. AL FATIHAH

p/s : Kepada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali T_T

Monday, March 9, 2015

Al-Fatihah - Harun Salim Bachik

Salam 1 Malaysia 

http://beritapower.com/wp-content/uploads/2013/02/harun-salim-bachik.jpg
Harun Salim Bachik Dalam Kenangan
Semalam kita semua dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran yang sangat berbakat iaitu Harun Salim Bachik atau nama sebenar beliau Harun Aminar Rashid Salim. Allahyarham dikatakan mengalami sesak nafas ketika singgah di Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak petang semalam selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Pulau Pinang.
 
Cik Mimie dapat berita ini pun melalui Facebook dan jugak Group Whatsapp petang semalam. Seriuosly, memang Cik Mimie terkejut dan tak percaya. Itulah, kata orang ajal maut ditangan tuhan. Bila DIA berkehendakkan sesuatu itu jadi, maka jadilah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Harun Salim Bachik moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana. AL-FATIHAH.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOd30xyM9-Kh0C80Hg4-YFoaoXCK3dpQng4x4Ix_PyUM4MThhZI7Ee_h7W9rfUut3rxHYiIKROJBZsM6OBBjpNeZZWXmtm8YzrorHe1wsCZWIYqAZeJAN3pa1mWWg2l3F8lfBJOXLzRCbP/s1600/Pray-For-MH370.png

Semalam juga, genap SETAHUN kehilangan MH370. Al-Fatihah buat semua penumpang dan juga salam Takziah. Semoga teka-teki kehilangan MH370 ini segera berakhir dan kita semua bertemu jawapan kehilangnya. Amin..

#PrayforMH370 
#Setahun 
#Al-Faithah
 
 
/berita-hiburan/harun-salim-bachik-meninggal-dunia-55259?cp

Thursday, February 12, 2015

Berita Terkini : Hasbullah Awang (Pengulas Sukan) Meninggal Dunia

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie baru sahaja terima mesej dari group Whatssap family Cik Mimie. Abang ipar bagitahu yang Pengulas Sukan Malaysia iaitu Hasbullah Awang telah meninggal dunia akibat masalah jantung beliau. Agak terkejut jugak Cik Mimie, so untuk mengetahui adakah berita ini sahih atau tidak. Cik Mimie pun google pasal berita ini dan ia adalah sahih apabila website Berita Harian (BH) turut mengulas mengenai berita kematian beliau.

"KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM)." Berita selanjutnya KLIK SINI. (credit BH)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUPt8Ki90Oj2i2IfcW_aSTcDq_Jxdw_-U_QiM5fMIWiAlTJ3Pj9bUeRTKXE1R_Lwb5lKx6DyZh96hOAAL8cQJij_OKhfu3FzppYcvx6E_MGu0JvJUIeY4cjwhue3k91LNameXyp1WnDCWs/s1600/774173_700162940023612_535026063_o.jpg
Google Image
Seperti yang digelar oleh Khairy Jamaludin di dalam Tweet beliau. Hasbullah Awang adalah 'The Voice Of Malaysian Sports'. Suaranya sentiasa ada di dalam Sukan Malaysia sebagai Pengulas. Cik Mimie pula selalu dengar suaranya semasa menonton rancangan Bola Sepak. Satu dalam seribu. Takdir Allah tiada siapa yang dapat mengubahnya. Semoga roh Hasbullah Awang dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjMmPIacGE2J651HePh2RgYen4u2lAwgbyKVeFtSASzexTtOBjirFXE4oqUYSepIxOa-eBV4EArWJWCaWk-2oS6NF2D4MqVwdXPfNwbTCa28fpZk5PT5Tioiep89LpDIhMNwg6kqM6z46P/s1600/10429388_724806077575428_7821945300715821598_n.jpg

p/s : Salam Takziah buat keluarga beliau. Al - Fatihah
300 x 250