Salam 1 Malaysia
![]() |
| Harun Salim Bachik Dalam Kenangan |
Semalam kita semua dikejutkan dengan berita pemergian pelakon veteran yang sangat berbakat iaitu Harun Salim Bachik atau nama sebenar beliau Harun Aminar Rashid Salim. Allahyarham dikatakan mengalami sesak nafas ketika singgah di
Hentian Rehat & Rawat Gunung Semanggol (Selatan), Perak petang semalam selepas menghadiri kenduri perkahwinan di Pulau Pinang.
Cik Mimie dapat berita ini pun melalui Facebook dan jugak Group Whatsapp petang semalam. Seriuosly, memang Cik Mimie terkejut dan tak percaya. Itulah, kata orang ajal maut ditangan tuhan. Bila DIA berkehendakkan sesuatu itu jadi, maka jadilah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Harun Salim Bachik moga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana. AL-FATIHAH.

Semalam juga, genap SETAHUN kehilangan MH370. Al-Fatihah buat semua penumpang dan juga salam Takziah. Semoga teka-teki kehilangan MH370 ini segera berakhir dan kita semua bertemu jawapan kehilangnya. Amin..
#PrayforMH370
#Setahun
#Al-Faithah
/berita-hiburan/harun-salim-bachik-meninggal-dunia-55259?cp



