-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Thursday, August 18, 2016

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari lahir Incik Kesayangan yang ke? teeettt!! So, malam tadi Cik Mimie dan adik Incik Kesayangan telah merancang kejutan buatnya.. Baaaikkk punya! hahahaha..

Terpaksa berlakon dan bersusah payah sorokkan kek dalam plastik sampah supaya dia tak tahu apa isi dalam plastik tu.. ahahaha.. nasib baik dia x banyak soal! Maaf Sayang, jangan marah-marah tau :D

Sambut Birthday sekali dengan Ayah (20.08), alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Yeaayhhhh!!
Selamat Hari Lahir :D
Kemain suka lagi dia!!
Potong kuihnya..potong kuihnya... Adik nyanyi :D
Jom kita makan :)
Opps! kantoi pulak main-main mata..hahaha
Muka dia yang lebih :P
Hadiah buat Incik Kesayangan :) ILYSM!!
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG, semoga Allah S.W.T melanjutkan usia sayang, beri kesihatan yang baik, meluaskan pintu rezeki dan memudahkan segala urusan buat kita tak lama je lagi :) Amin..

#takpernahtaksayang #birthdayboy #tahunterakhirbujang #18082016

P/s : Nanti ada masa Cik Mimie datang jengan rumah U Olls ye, maaf sangat :(

Thursday, December 10, 2015

TERIMA KASIH SISTER SADO

Salam 1 Malaysia ^_^

Amboi...membuak-buak pulak mood nak update entry hari ini. Nampak sangat dah gian sebab lama x menaip...hahahaha..Ok2, Cik Mimie tak nak berceloteh panjang lebar. Ha, nampak tak tajuk entry tu? Kalau dah wish-wish terima kasih bagai tu, ada la tu Cik Mimie dapat something :D

Yeaaayhhh!! Untuk pertama kalinya Cik Mimie terima buah hati tangan dari kakak macho digilai ramai atau nama sweet-sweet dia Sister Sado @ Scdha Sein @ SS. Ha Ha Ha.. Mesti ramai yang dah kenal dengan Hakak kita ni kan? Scandal ketat Sis JM tau! :-P Nak tengok tak apa yang Cik Mimie dapat? Cik Mimie belanja gambar je la ye :D

Kad jemputan kahwin.. Eh, salah Kad Ucapan handmade by SS with love gitu :D


Buah tangan yang Cik Mimie terima, Chopstick maybe dari Xi'an kot. He He He.. Nasib baik dulu Cik Mimie sekolah Cina so, tahu la guna chopstick tu.. heee.. satu lagi keychain from Singapore. Suka sangat gambar singa tu.. Aaaummmm! 


Dan yang paling special, signature Hakak kita. Bukan senang nak dapat tau..he he he.. 

To : SS
"Terima kasih untuk semua hadiah ini, Cik Mimie terharu sangat. Walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berbalas komain di alam maya ni.  Tapi kita sentiasa rasa dekat dan rapat. Cik Mimie doakan semoga Allah memperluaskan lagi rezeki SS, beri kesihatan yang baik dan permudahkan semua urusan SS.. Amin"


Ha, nak tunggu apa lagi? Terjahlah Sister Sado ni. Confirm hari-hari melekat kat blog dia



P/s : Hadiah diterima kerana menjadi Awesome People di blog beliau.. sekian..

Thursday, November 19, 2015

Parcel Yang Tak Diduga

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, nampak tak tajuk entry tu? Begini ceritanya, cewahhh.. Tetiba pagi tadi ada abang courier telefon tanya Cik Mimie ada dekat rumah ke tak? Cik Mimie pun jawab takde sebab tengah bekerja. So, dia pun hantar la ke pejabat Cik Mimie. Dalam hati ni pelik juga dari siapa erk? rasanya so far takde menang apa-apa segmen or GA. So, Cik Mimie menanti parcel tiba dengan 'sabarnya'..huhuhu

Tarraaaa... parcel dah sampai, dan dengan muka pelik dah berkerut-kerut Cik Mimie tengok parcel tu. Siapa pula yang bagi ni. Sebab alamat penghantar ni tak boleh nak agak dari siapa. So, Cik Mimie pun buka bubble wrap tu terus nampak jenama produk ni. Owh, rasanya macam takde join contest dari brand produk ni. Puas juga la Cik Mimie fikir. So, usha la page produk ni kat FB... Jumpa satu post ni..hahaha..amik kau post bulan 5 baru sekarang kau tengok ye Mimie.. *ketuk kepala sendiri..
Alhamdulillah, inilah rezeki namanya... Terima kasih REXONA untuk hadiah yang tak disangka-sangka ni... Eh, tak lupa juga untuk WOOP.COM!! jom2 kita usha :D senyum lebar hakak hari ni..



Cik Mimie dapat Rexona Freshprotect Kit, 1 botol Rexona Invisible Dry untuk lelaki, 1 botol Rexona Passion Dry untuk Wanita, 3 keping Scorecard dan juga 1 keping card ada gambar Scha Al Yahya tu..hehehe....

Ha, U Olls jeles tak? nak dapat jugak macam ni? apa tunggu lagi..

Jom...Jom.. daftar Woop.com jawab soalan pun boleh dapat hadiah tau! hehe.. nak hadiah banyak? Boleh! Dengan hanya jawab soalan dan kumpul point U Olls boleh redeem banyak lagi hadiah bukan barangan dari Rexona sahaja tau!

Ada barangan JOY, SOFLAN, HORLICK, dan banyak lagi. :D KLIK SINI CEPAT!!!

#Rexonafreshprotectkit
#woopdotcom
#FreeGift

p/s : Rexona Invisible Dry tu nak bagi Incik Kesayangan nanti.. Ayat dia bila kita tunjuk hadiah ni. "Untunglah~~~" HA HA HA

Saturday, November 14, 2015

Terima Kasih Kakak Manis

Salam 1 Malaysia ^_^


Fuh..fuh..bagi kurang sikit habuk dalam blog ni. Cik Mimie mampu jeling-jeling je blog-blog U Olls, kekadang baca je tak sempat nak tinggal komen. Maafkan Cik Mimie ye, serious rindu gilerrrr nak aktif macam dulu.. Tapi apakan daya masa memang cemburukan Cik Mimie T_T. Hope U Olls tak kecik hati kalau Cik Mimie tak balas jejak U Olls, InsyaAllah akan Cik Mimie kayuh perlahan-lahan sambil bawa boom banyak-banyak. Heeeee :D

Ok, berbalik kepada tajuk entry hari ini. Actually, Ia adalah entry khas buat Kakak Manis kesayangan semua blogger... Cewahh! Cinta hati Sister Sado (SS)... kekekeke..Siapa lagi kalau bukan Si Jari Manis tu.. atau lebih dikenali and glamor dengan panggilan JM :)

Dua hari lepas satu bungkusan dari abang posmen telah selamat mendarat di tangan Cik Mimie. So, dengan lemah gemalainya Cik Mimie membuka bungkusan tersebut. *memang tak tahu dari siapa. Buka-buka je terus rasa nak nangis sebab terharu sangat. Banyaknya ole-ole yang Sis JM bagi pada Cik Mimie. Terima kasih Sis JM, Cik Mimie suka sangat-sangat dengan semua ole-ole yang Sis JM bagi. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan lagi rezeki buat Sis JM ye :) #muahmuahciked!


 Ha, ini dia ole-ole yang Cik Mimie dapat. Fridge Magnet dari Jogjakarta, Magnet Card dari Jawa Timur, Indonesia, Fridge Magnet dari Thailand. 1 sachet ephyra (belum try lagi ni) dan juga kad pink dari Sis JM. Haruslah pink kan? hehehehe :D


"Dear Cik Mimie (CM) Terima kasih kerana masih setia dengan blog Sis JM. Terimalah ole-ole tanda penghargaan ye.
* Top Commentator July - Sept 2015
* Menang segmen "Blackout Day"

Terima kasih sekali lagi Sis JM, alhamdulillah rezeki syukur sangat... heee :)

p/s : Dengar-dengar Sis JM nak travel lagi.. :)

Wednesday, June 10, 2015

Terima Kasih Anil Wanina

Salam 1 Malaysia ^_^

http://anilwanina.blogspot.com

Alhamdulillah, rezeki bulan Jun. Hadiah untuk Segmen Mother's Day Giveaway by Anil Wanina telah selamat Cik Mimie terima tengah hari tadi. Abang posmen dok tin..tin..tin.. depan rumah...hahaha..dah dapat agak dah, mesti ada surat untuk Cik Mimie :P

1 tudung Cotton Wina x 3 pemenang

32. http://cikannesweetyncool.blogspot.com/2015/05/segmen-mothers-day-giveaway-by-anil.html

Surat dari abang posmen
Tudung Cotton Wina
Cantik sangat tudung yang Cik Mimie dapat ni.. terima kasih Anil Wanina :) tadi Cik Mimie ada cuba jugak pakai, lembut dan selesa sangat..hehehe..nanti kalau ada masa Cik Mimie selfie dengan tudung ni ye :)

p/s : Boleh guna untuk raya nanti..ekeke :)

Tuesday, June 2, 2015

Terima Kasih Si Paling Comel

Salam 1 Malaysia 

Jeng..jeng..jeng..siapakah gerangan Si Paling Comel yang Cik Mimie maksudkan ini? Ada sesiapa tahu? hehehe...ok2, Si Paling Comel yang Cik Mimie maksudkan ialah CTHumairah a.k.a SitiYangMenaip. Ha, kenal kan? Dialah Si Paling Comel tu :) Macam Cik Mimie juga...ekekeke..

Actually, Cik Mimie nak ucapkan terima kasih kepada CT sebab telah kirimkan ole-ole kepada peminat beliau ini. Peminat beliau? Siapa? hikhikhik..Cik Mimie la.. Siap ada nota khas buat Cik Mimie tau. Nak tahu tak apa ole-ole yang CT bagi?

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Taaaaarrraaaa!! Inilah dia ole-ole yang telah dipos jauh dari Utara tau..ha, akhirnya semalam selamat sampai di Selatan..hehehe.. Coklat Mini Hazleen, mai dari Kedah Bakhang! hehehe.. Terima kasih CT, Cik Mimie dapat ole-ole kerana menjadi salah seorang peminat a.k.a Top Commentator bulan Jan-April 2015 di blog CT :)


Nota Khas Dari CT : 

Top commentator Jan-April 2015
Thank you sudi jadi peminat Siti Yang Menaip.

CT paling comel

p/s : Cik Mimie...Sila habiskan chocs ni semua :P

Wahai CT Paling Comel, macam saja-saja je nak kenakan Cik Mimie.. awak tahukan Cik Mimie bukan peminat coklat..hahaha..Tapi, takpe demi CT, Cik Mimie akan habiskan semua chocs ini..errrr, tapi bukan dalam 1 hari..hahahahah..

p/s : Cik Mimie dah makan 1 dah, the rest akan menyusl nanti..hahahaha.. :D

Tuesday, May 26, 2015

Terima Kasih Sis JM & KLA

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini baru Cik Mimie berkesempatan nak ucap terima kasih kepada Sis Jari Manis @ JM dan juga Kasih Lestari Abadi @ KLA. Maaf sebab lambat sikit up entry pasal ini. Ia adalah berkaitan hadiah yang Cik Mimie terima pada minggu lepas. 

Fridge Magnet From THAILAND
Hadiah pertama diterima daripada Sis JM. Ha, Cik Mimie pasti semua blogger-blogger disini kenal siapa Sis JM kan? Ok kalau tak kenal meh KLIK SINI. Jangan terkejut kalau U Olls pergi blog beliau terasa U Olls berada di KOREA sekarang ni..hehehe.. Terima kasih Sis JM untuk FM tu, comel sangat. Hadiah ini diberi kerana Cik Mimie merupakan salah seorang Top Komentator di blog Sis JM bagi bulan Feb-April. *Ada akak Cik Mimie cakap FM ni pemadam... =_="


Fridge Magnet From VIETNAM
Hadiah kedua pula Cik Mimie terima daripada KLA. Ini merupakan hadiah GA yang dianjurkan oleh beliau dan Cik Mimie salah seorang dari pemenang untuk GA ini. Terima kasih KLA untuk hadiah yang comel juga ni. :)

Alhamdulillah, rezeki sebagai seorang blogger. Walaupun Cik Mimie belum berkesempatan lagi nak ke luar negara. At least, bila dapat hadiah dari kawan-kawan blogger ini membuatkan Cik Mimie nak pergi ke sana jugak. InsyaAllah, jika mendapat keizinan dari-NYA :)

p/s : Bulan May dah nak habis, Sijil PT belum create lagi..=_="

Monday, May 11, 2015

Terima Kasih Puan Sang Penulis

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah,  hadiah salah satu GA yang Cik Mimie menang telah selamat Cik Mimie terima semalam :) Terima kasih buat Puan Sang Penulis. Comel sangat hadiah yang Cik Mimie dapat tu. :) Ha, nak tahu tak Cik Mimie menang GA apa?

http://norshamimi.blogspot.com/2015/04/giveaway-1st-luartekoblogspotcom.html




-Selingan-

Kegembiraan berganda!!! Alhamdulillah, Cik Mimie bersyukur sangat-sangat sebab tadi pagi Cik Mimie ada Ujian memandu dengan JPJ. Semuanya berjalan dengan lancar, setelah agak lama tertangguh disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pagi tadi penentu segalanya.. Cik Mimie LULUS!!! :) Ramai yang tertanya-tanya apa yang Cik Mimie counting #nervous beberapa hari ni kan? ha, inilah sebabnya...hahaha..Yess!!! :)

http://www.lulusdanpandu.com/lulusdanpandu3.gif
p/s : Raya tahun ni dah boleh driving sendiri..yeeaayh!!! :)

Monday, February 16, 2015

Hadiah Dari Mass-Naim

Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulillah, hadiah GA "1st Giveaway by Mass-Naim" telah selamat Cik Mimie terima semalam. Sehelai shawl/selendang sangat cantik dan lembut material dia :) Nanti Cik Mimie selfie kalau pakai shawl ni ye:) Terima kasih Kak Mass :)

Jom terjah Kak Mass - http://mass-naim.blogspot.com

p/s : Mood nak cuti semakin menghimpit diri ini...hahaha

Thursday, January 29, 2015

Hadiah Tajaan Anamizu

Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulillah, semalam abang posmen singgah rumah hantar surat untuk Cik Mimie..*Cewah singgah konon padahal memang kerja abang posmen tu..hahaha..Cik Mimie dapat sekeping kad dari Anamizu. Kalau nak tahu Kad itu adalah hadiah untuk Cik Mimie sebab terpilih sebagai pemenang di segmen anjuran Cik Balqis iaitu Segmen Zaman Persekolahan. Anamizu adalah sponsor untuk hadiah Cik Mimie. Wah, cantik tau kad yang Ana bagi..suka sangat :) Bertambah koleksi hadiah dari blogger.



Thank Ana untuk kad yang cantik ni :) Cik Mimie suka sangat-sangat...Cik Mimie dah selamat terima kad Ana tau :)

p/s : Hari ini mood macam ke laut jer...huhuhuhu

Thursday, January 22, 2015

PostCard From Germany

Salam 1 Malaysia ^_^

Diterbangkan khas dari Germany
Good Morning U Olls!! Ha, nampak tak poskad kat atas ni, ada kereta warna pink lagi tau..hehehe..Mesti semua tahu kan siapa pengirim poskad ni? kalau cakap je dari Germany memang dah boleh agak dah...hehehe..siapa lagi kalau bukan AISYA IBRAHIM pemilik blog NEVER PERFECT :) Huuwaa!! I suka giler you, thank sangat-sangat tau.. jauh berbatu-batu poskad ni terbang, semalam sampai rumah I :) Nak melompat-lompat dan lari setempat je rasa...haha..


Ucapan Aisya : 
"Assalamualaikum, Cik Mimie. Harap Cik Mimie happy dapat poskad nie. Terima kasih banyak sebab selalu rajin datang baca & komen blog kita you. Semoga friendship nie lasts for long-long time."

Happy Everything Until Next You!!

"With great love comes great friendship"

Salam sayang, Aisya Ibrahim JINDRISSKA.blogspot.com

To  Aisyah : 
"Waalaikummusalam, untuk pengetahuan Aisya Cik Mimie happy giler you dapat poskad ni..hehe..first time tau dapat poskad dari luar negara ni..ha, excited die jangan cakap la..hehehe..Cik Mimie pun nak ucapkan terima kasih dekat Aisya sebab selalu singgah dan komen disini jugak. Hope friendship ni bukan setakat di bloga aja ye :) Gudluck for your study & take care disana :) Muah2 ciked!"

with Love,
Cik Mimie ^_^

p/s : Sesiapa yang tak kenal atau nak kenal-kenal dengan Aisya boleh KLIK SINI :)

Monday, December 22, 2014

Ole-Ole dari Phuket Thailand

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, Ingat tak Cik Mimie ada menang GA anjuran KerusiBurok? So, ole-ole KB dah selamat Cik Mimie terima hari Sabtu hari tu. Maaf sebab lambat buat entry ye KB :) 



Kad ucapan dari KB, ha kad ni pun boleh guna untuk jadi penanda buku tau! Cantik dan kreatif kan?


TAAADAAAA!!! in dia ole-ole dari phuket tu, keychain gajah Tony Ja...hehehe..comey je..siap ada loceng lagi tau..hikhik..Terima kasih KB untuk ole-ole ni. Cik Mimie suka sangat..:)

p/s : Tahniah kepada pemenang lain jugak :)

Wednesday, December 17, 2014

Hadiah Dari Sis JM

Salam 1 Malaysia ^_^

Pertama sekali, Cik Mimie nak ucapkan terima kasih kepada Sis JM untuk hadiah yang diberi. Cik Mimie suka sangat-sangat, teruja tau time buka sampul surat tu and nampak FM from somewhere place Sis JM pergi. Nak tahu tak dari mana? nanti Cik Mimie tunjuk...hehehe..Actually, hadiah dah sampai semalam tapi disebabkan Cik Mimie sibuk tak sempat nak buat entry pasal ni. Maaf ye Sis JM :) Opps, lupa nak tanya..U Olls kenalkan Sis JM tu siapa? Kalau tak kenal boleh klik2 DISINI :)


"Assalam Cik Mimie, terima kasih kerana rajin tinggalkan komen di blog Sis JM... Terimalah small gift dari Sis ye.." NOTA CINTA DARI SIS JM...hehehe ^_^

TAAADAAAAA!!!!


FM dari KOREA, comel kan? hehehe..Cik Mimie suka sangat :) Terima kasih ye Sis JM ^^

p/s: Minggu yang sangat STRESSSSS!!!

Monday, November 3, 2014

Hadiah Dari BFF

Salam 1 Malaysia ^_^

Seronoknya Cik Mimie rasa hari ni, tadi abang posmen ada singgah rumah hantar bungkusan tok Cik Mimie. Da dapat agak dah dari siapa, sebab hari tu BFF Cik Mimie ada minta alamat nak bagi something katanya. So, barangnya dah pun sampai hari ini.


Cantik tak? Brooch and Pin. Actually, BFF Cik Mimie ni ada buat craft. Kreatif sangat orangnya, Cik Mimie pun  ada jugak order dengan dia. :) Hadiah untuk kahwin kakak2 Cik Mimie bulan 6 hari tu.



Bantal ni lah antara barang yang Cik Mimie order dengan BFF Cik Mimie ni..cantik kan? Design gambar semua ikut citarasa kita..dia akan buat apa yang kita nak :)

https://www.facebook.com/QasehHati04

So, kalau u oll nak boleh terjah FB dia. Klik je banner QASEH HATI ini :)

p/s : Thank BFF, terharu sangat :)  dari Terengganu barang ni sampai :)

Wednesday, October 29, 2014

Terima Kasih Incik Kesayangan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ok, ni nak cerita tentang hari Sabtu lepas Cik Mimie sambut Birthday dengan Emak Incik Kesayangan. Memandangkan tarikh lahir kami tak berapa jauh dan juga dalam bulan yang sama. So, Incik Kesayangan beli kek untuk kami berdua. Buat makan-makan je dekat rumah Incik Kesayangan tapau KFC..hahaha..

Birthday Emak Incik Kesayangan 27.10.2014 :)
Ha, yang paling best sangat-sangat plus terharu giler la kan. Cik Mimie dapat hadiah dari Incik Kesayangan. Besar kotak hadiah Cik Mimie tau..hahaha..Itupun dah sampai rumah baru dia bagi..saja je nak buat kita terharu..hakhakhak..!

Biru warna kesukaan Cik Mimie dan Incik Kesayangan.
Ha, besar kan? Nak tahu tak isi dia apa? Meh usha-usha..
Dalam kotak besar tu ada kad kecik ni...heee
Tarraaaa...anak buah Cik Mimie yang paling jeles..hahaha..tapi, Abah cakap dah besar-besar pun nak Anak Patung lagi..hehehe..orang dah bagi kita terima je la..tak minta pun dia belikan..hohoho..Terima kasih sayang :)

Anak baru Cik Mimie..ekekeke..:)
p/s : Cik Mimie ada menang Segmen dan GA. Alhamdulillah nanti Cik Mimie update Segmen & GA apa ye :) Tahniah buat pemenang lain jugak :)
300 x 250