-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, May 6, 2017

Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^

Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis  tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)

Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^

Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie




Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat

p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)

Thursday, August 18, 2016

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari lahir Incik Kesayangan yang ke? teeettt!! So, malam tadi Cik Mimie dan adik Incik Kesayangan telah merancang kejutan buatnya.. Baaaikkk punya! hahahaha..

Terpaksa berlakon dan bersusah payah sorokkan kek dalam plastik sampah supaya dia tak tahu apa isi dalam plastik tu.. ahahaha.. nasib baik dia x banyak soal! Maaf Sayang, jangan marah-marah tau :D

Sambut Birthday sekali dengan Ayah (20.08), alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Yeaayhhhh!!
Selamat Hari Lahir :D
Kemain suka lagi dia!!
Potong kuihnya..potong kuihnya... Adik nyanyi :D
Jom kita makan :)
Opps! kantoi pulak main-main mata..hahaha
Muka dia yang lebih :P
Hadiah buat Incik Kesayangan :) ILYSM!!
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG, semoga Allah S.W.T melanjutkan usia sayang, beri kesihatan yang baik, meluaskan pintu rezeki dan memudahkan segala urusan buat kita tak lama je lagi :) Amin..

#takpernahtaksayang #birthdayboy #tahunterakhirbujang #18082016

P/s : Nanti ada masa Cik Mimie datang jengan rumah U Olls ye, maaf sangat :(

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Friday, July 15, 2016

SYAWAL 2016 - BERAYA BERSAMA KELUARGA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Syawal yang ke-10, sekejap betul masa berlalu. So, memandangkan semua orang dah update gambar raya, Cik Mimie pun nak update jugak..hehehehe.. Tahun ini alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik walaupun pagi raya pertama tu, Cik Mimie dengan mak je ada dekat rumah siapkan apa yang patut. hukhukhuk. Sedih tau! Adik beradik yang lain ondeway dari rumah masing-masing. Tengah hari baru la dapat berkumpul itupun tak semua ada sebab ada yang balik rumah mertua.

Tentatif hari raya. Ceh, siap ada tentatif lagi kan..hahaha..

Raya Pertama - Duduk rumah tunggu tetamu / sedara-mara serbu rumah
Raya Kedua - Masih dirumah layan program TV
Raya Ketiga - Balik kampunggggg PEKAN PAHANG raya rumah Ayah long, Mak Andak & Makcik
Raya Keempat - Terjah rumah sedara-mara di SEGAMAT
Raya Kelima - Serbu rumah adik-beradik & rumah bakal Mertua. :D
Raya Keenam hingga hari ini - KERJAAAAAA T_T

So, Cik Mimie malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita layan gambar ye? Sila jangan muntah hijau sebab gambar banyak sangat..hehehehe.. :P

HARI RAYA PERTAMA - RUMAH JERRR




HARI RAYA KETIGA - PEKAN PAHANG




















RAYA KEEMPAT - RUMAH SEDARA MARA



RAYA KELIMA - KAWASAN RUMAH 


 Tahun ni takde gambar dengan Incik Kesayang sebab dia kerjaaaaa, so kita collage je la ye gambarnya :) Insyaallah, tahun depan kita raya sama-sama :) Yeaaayhhh!


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D

#kosongkosong #ootdraya #lastrayaassingle #selamathariraya #blogger

p/s : Ada masa Cik Mimie terjah u Oll k? :D Terima kasih sudi jenjalan kat sini.

Friday, September 18, 2015

Hari 1 Malaysia - Rompin

Salam 1 Malaysia ^_^



Plan ke lain pergi ke lain, that's my family...hahaha :)

Jenjalan kat Pesta Rompin, Hp rosak ihsan gambar dari hp kakak je la T_T

p/s : Mood berblogging teruk giler bulan ni T_T
300 x 250