-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Friday, January 30, 2015

My Family - MyLip's Generation

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, nampak tak gambar kat atas tu? Kalau nak tahu itulah keluarga Cik Mimie, tapi tak cukup 100% masih ada yang tak termasuk dalam gambar tu :) Disebabkan ramai sangat bertanya Cik Mimie ni berapa orang adik beradik. Lepas tu rasa macam ramai je kakak Cik Mimie ni kan? So, Cik Mimie nak story pasal keluarga Cik Mimie. 


Ini gambar campak balik pada 04.04.2012, masa ni kami adik beradik berkumpul dekat dataran Segamat bawa makanan dan celebrate Birthday Abah Cik Mimie. Memang seronok la..hehe..tak pernah dibuat orang berkelah dekat dataran. :)


Adik beradik Cik Mimie ada 9 orang semuanya, 8 perempuan dan seorang lelaki. Cik Mimie anak yang bongsu so Cik Mimie ada 7 orang kakak dan seorang abang lah. Semua dah berkeluarga tinggal Cik Mimie seorang je belum lagi. InshaAllah, sampai seru adalah nanti..ekekeke..Memandangkan semua dah berkeluarga so Cik Mimie mempunyai 21 orang anak buah 10 perempuan dan 11 lelaki. Ha, ada seorang lagi tengah on the way, inshaAllah bulan 3 nanti akan keluar dari perut mak dia..huhu..Opps, lupa nak bagitahu yang Cik Mimie dah ada seorang cucu iaitu anak kepada anak buah sulung Cik Mimie. Tengok anak buah pun dah kawin dan ada anak tau..haha..ucu nya saja belum lagi..:)

Along - Normah Md Yusop
Angah - Nordin Md Yusop
Uda - Normala Md Yusop
Andak - Norlizana Md Yusop
Ateh - Nora Md Yusop
Anjang - Zubaidah Md Yusop
Itam - Zuriawati Md Yusop
Acik - Zuriyani Md Yusop
Ucu - Norshamimi Md Yusop

Kesayangan kami semua Encik Md Yusop Kasim dan Puan Lipah Ason.

p/s : Ada masa cerita pasal anak-anak buah Cik Mimie pula.. :)

Friday, December 26, 2014

Nasi Ayam Gemas

Salam 1 Malaysia ^_^


Dating dengan Emak semalam, lepas balik dari rumah Kakak Cik Mimie ajak mak makan dekat sini :) NASI AYAM GEMAS. Kebetulan kedai dia baru buka. so apa lagi..TERJAH!! hehehehe

Nasi Ayam Gemas

-Bersebelahan VIVO PIZZA Taman Sri Utama, Segamat-
-Berdepan dengan Pasaraya KIPMART, Segamat-

Waktu Operasi : 9.00 Pagi - 7.00 petang

Nasi ayam x 1 orang = RM6.50

So. semalam makan dengan mak, minum air masak & Teh o panas semuanya RM13.70 :)

Sedap dan sangat berbaloi..ayam yang dia bagi pun banyak siap boleh buat ratah lagi...hahahaha :)

p/s : Bawa mak merempit...hahahaha...psst, ada yang pernah makan tak dekat Nasi Ayam Gemas ni?
300 x 250