-->

CARI APE TU?

Friday, January 30, 2015

My Family - MyLip's Generation

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, nampak tak gambar kat atas tu? Kalau nak tahu itulah keluarga Cik Mimie, tapi tak cukup 100% masih ada yang tak termasuk dalam gambar tu :) Disebabkan ramai sangat bertanya Cik Mimie ni berapa orang adik beradik. Lepas tu rasa macam ramai je kakak Cik Mimie ni kan? So, Cik Mimie nak story pasal keluarga Cik Mimie. 


Ini gambar campak balik pada 04.04.2012, masa ni kami adik beradik berkumpul dekat dataran Segamat bawa makanan dan celebrate Birthday Abah Cik Mimie. Memang seronok la..hehe..tak pernah dibuat orang berkelah dekat dataran. :)


Adik beradik Cik Mimie ada 9 orang semuanya, 8 perempuan dan seorang lelaki. Cik Mimie anak yang bongsu so Cik Mimie ada 7 orang kakak dan seorang abang lah. Semua dah berkeluarga tinggal Cik Mimie seorang je belum lagi. InshaAllah, sampai seru adalah nanti..ekekeke..Memandangkan semua dah berkeluarga so Cik Mimie mempunyai 21 orang anak buah 10 perempuan dan 11 lelaki. Ha, ada seorang lagi tengah on the way, inshaAllah bulan 3 nanti akan keluar dari perut mak dia..huhu..Opps, lupa nak bagitahu yang Cik Mimie dah ada seorang cucu iaitu anak kepada anak buah sulung Cik Mimie. Tengok anak buah pun dah kawin dan ada anak tau..haha..ucu nya saja belum lagi..:)

Along - Normah Md Yusop
Angah - Nordin Md Yusop
Uda - Normala Md Yusop
Andak - Norlizana Md Yusop
Ateh - Nora Md Yusop
Anjang - Zubaidah Md Yusop
Itam - Zuriawati Md Yusop
Acik - Zuriyani Md Yusop
Ucu - Norshamimi Md Yusop

Kesayangan kami semua Encik Md Yusop Kasim dan Puan Lipah Ason.

p/s : Ada masa cerita pasal anak-anak buah Cik Mimie pula.. :)

12 comments:

  1. oh..skang kak wana dah tau..rupanya cik mimie ni anak bongsu ya..eh samala ngan akak..heheh..kak wana pun dipanggil 'ucu' oleh anak2 buah..so, ada persamaan la kita kan..bleh hantuk kepala sesama..haha..;p

    best tengok keluarga besar ucu..eh..hihik

    ReplyDelete
  2. 9 beradik rupanya..itu sbb anak buah ramai coz CM anak bongsu...abg sorang je..di kelilingi munger

    ReplyDelete
  3. salam. jemput join give away di blog saya yer.. http://merlynhasshim.blogspot.com/2015/01/giveaway-ambank-givealittle-membantu.html

    ReplyDelete
  4. dok Segamat... adik beradik ramai... ramai pompuan... anak sedara ramai... ehhh orang jawa ker?? (ehhh tak pepasal kan... ) tapi betul yer orang jawa.... saya pun ramai sangat adik beradik (10... sorang meninggal kecik) dan anak sedara sekampung ramai... dan saya jawa... hahahaha sama tak?

    ReplyDelete
  5. mmg meriah keluarga besar mcm ni yer ;)

    Jemput join Segmen Bloglist Mac-April CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/01/segmen-bloglist-mac-april-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  6. wahh...mesti meriah rumah mak ayah bila bkumpul kan. dulu saya masa kecik rasa best adk beradik sikit seb tengok org yg adik beradik ramai rasa serabut..hehe.. puncanya masa nk main, ada sorg kwn tu kena bawa adik2 dia juga n adik2 dia kacau barang mainan saya.seb tu saya tak suka..haha. tp bla dh besar ni baru tahu bestnya adik beradik ramai.. meriah rumah.. mcm tongkang pecah tak bla smua bkmpul..hahaha

    zinziemeewah

    ReplyDelete
  7. hehehe besaq family CM kita ni.. hehhee buat pape mesti havoc n happening.. huhuhu tak lama lagi CM kita plak.. nasi minyak pulak.. hehe..

    ReplyDelete
  8. Seronoknya kalau ahli keluarga ramai macam Cik Mimie ^-^

    ReplyDelete
  9. ramai adik-beradik cik mimie..
    geng perempuan ramai, untung tau

    ReplyDelete
  10. Best ade keluarga yang besar ni tau

    ReplyDelete
  11. Besarnya family mimie... muda dah ada cucu... anak saudara cik mimie berapa tu dah kahwin tu

    ReplyDelete
  12. Wah!! bestnye keluarga besar... Bila raya mesti meriah berkumpul ramai2..

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda