-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, January 5, 2015

Temujanji Kedua 04.01.2015

Salam 1 Malaysia ^_^

Entry kali ini adalah sambungan dari entry ini "Temujanji Pertama 21.12.2014". Semalam seperti yang telah dijanjikan pagi-pagi lagi Cik Mimie telah terpacak di Klinik Kesihatan Bandar IOI, Segamat untuk temujanji berkaitan batuk Cik Mimie. Kali ini Cik Mimie just ambil keputusan kahak 2 minggu lepas je, memandangkan Cik Mimie dah tak batuk lagi. :)


Pintu masuk K.K Bandar IOI, pukul 8.00 pagi Cik Mimie dah sampai. Masuk-masuk terus pergi kaunter pendaftaran letak kad klinik dan tunggu untuk dapat No.Giliran.

Dalam 15 minit lepas tu nama Cik Mimie pun dipanggil, dapat No : 2009 nasib baik tak ramai tunggu 5 orang je lagi. So, bergerak ke tempat menunggu bilik rawatan. Semalam Cik Mimie merempit sensorang je tau. =_=" Dalam 8.45 pagi No Cik Mimie kedengaran 2009 bilik 2*intonasi ala-ala mesin no tu...hahaha.. Kali ini jumpa doktor Cina Perempuan Dr.Kiew nama dia, masuk je terus pas kad klinik. Dia tanya ada buat ujian kahak ke? Cik Mimie cakap ada 2 minggu lepas so, dia minta Cik Mimie pergi bilik makmal ambil keputusan then jumpa dia balik...erkk?

Ini borang ujian makmal 2 minggu lepas, masa tu ke hantar sekali dengan sample kahak. Memang tak berapa nak paham apa yang doktor ni tulis..hahaha


 Ini result untuk ketiga-tiga sample kahak yang Cik Mimie bagi 2 minggu lepas.

Sample 1503 : GOOD (No AFB Seen)
Sample 1507 : GOOD (No AFB Seen)
Sample 1508 : GOOD (No AFB Seen)


Keseluruhan keputusan untuk ujian kahak Cik Mimie ialah NO PATHOGEN ISOLATED. Alhamdulillah syukur sangat-sangat dapat keputusan ni semalam ^^


Summary untuk pemeriksaan Cik Mimie semalam. Takde lagi temujanji..yeeaaayhhh!! Malas betul nak ulang-alik ke klinik ni...heee..

Apa itu AFB??

"Most samples that are submitted for acid-fast bacilli (AFB) testing are collected because the health practitioner suspects that a person has tuberculosis (TB), a lung infection caused by Mycobacterium tuberculosis. Mycobacteria are called acid-fast bacilli because they are a group of rod-shaped bacteria (bacilli) that can be seen under the microscope following a staining procedure where the bacteria retain the color of the stain after an acid wash (acid-fast). AFB laboratory tests detect the bacteria in a person's sample and help identify an infection caused by AFB. Sumber Lab Test Online

Kalau nak tahu AFB ni kiranya ujian untuk kenalpasti samada kita ada menghidap TB atau tak. Manakalan Pathogen Isolated tu Cik Mimie kurang pasti apa benda tu..kalau ada sesiapa tahu, boleh la terangkan pada Cik Mimie ye :) Terima kasih..

p/s : Doktor tu cakap ada setengah orang memang lambat batuk dia nak sembuh...erk?? O.o

"Tak sabar nak tunjuk muka anak buah baru..hehe..nantilah bila dah cukup pantang :)"

18 comments:

  1. Alhamdulillah cik Mimie dah sihat..memang bosan kalau asyik ulang alik ke klinik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..hee tau xpe..Cik Mimie memang susah nak g hospital kalau sakit tu tak teruk sgt..

      Delete
  2. Zumal pun selalu batuk, memang berpanjangan. Kalau kat rumah ayah memang dia suruh pergi check. Tapi zumal memang dah tau keputusannya sama memang batuk biasa. Ayah jew risau sangat ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kekadang mls nk cek p parent suh cek..nk xnk pergi jugak la..xnk bg dorg risau :)

      Delete
  3. alhamdulillah cik mimie sihat & tiada apa yg perlu dirunsingkan =)

    ReplyDelete
  4. jaga diri Cik Mimie.. skarang ni panas semula jadi minum air masak banyak2.. elakkan ais kat kedai kita tak tahu masak ke tidak airnya..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. jaga diri ye akak. nasib x kena TB. ayh Jie prnh kena TB mmg terseksa hidup huuhu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula takut jugak kalau ada penyakit TB ni..syukur doktor sah kn tiada apa2 :)

      Delete
  6. alhamdulillah, tak dak apa2. take care na cik mimie! ^_^

    ReplyDelete
  7. Semoga sembuh sepenuhnya, Cik Mimie. Jangan berembun sangat.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, takde apa-apa.
    Akak pun batuk tak lega-lega lagi ni

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah dah xyah nak kena repeat check up lg kan :)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah takde pape dah. Aku pn selalu batuk lama nk baik. Tp x jumpa doc. Mkn cekelat angin je. Hehe

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250