-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, January 8, 2015

KBS WORLD CHANNEL - THE RETURN OF SUPERMAN

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi..Hari ini Cik Mimie nak share Program TV Korea yang Cik Mimie layan di Astro saluran 391 (KBS WORLD). Sebenarnya, banyak program Korea yang menarik yang boleh kita tengok. So, Cik Mimie nak kongsi salah satu program kegemaran Cik Mimie yang sentiasa menemani Cik Mimie pada hujung minggu..cewahh ayat~~

The Return of Superman

Cik Mimie rasa ramai juga yang layan program ni. Sebab apa? sebab program realiti ni menampilkan kanak-kanak yang sangat comel..hasih, rasa nak cubit-cubit je pipi dorang tau. Dah la comel bijak pulak tu. Program ni bersiaran pada setiap hari AHAD pukul 3.27 petang.*kekadang waktu dia berubah-berubah =_=!. Ulangannya pula pada hari Ahad juga pada pukul 11.45 malam.*Kalau tak silap Cik Mimie...hehehe..Jom kenali kanak-kanak comel dalam program ni..

https://koreanindo.files.wordpress.com/2014/08/triplet.jpg?w=634

Pasangan kembar 3 iaitu Daehan, Minguk dan juga Manse. Mereka ini merupakan anak kepada pelakon Korea Song IIkook. Kalau U Olls tengok teletah mereka automatik segala masalah akan hilang. Mempunyai karakter yang berbeza dan sangat menyayangi antara satu sama lain. Bagi IIkook memang cabaran untuk membesarkan mereka tetapi penat itu hilang bila melihat mereka membesar dengan sihat. Pasangan Kemabar 3 ini telah dilahirkan pada 16 Mac 2012.

http://31.media.tumblr.com/379a6bb9efe3e38d2c32bfd55feb61d1/tumblr_n2srg3r7Y21tspz4co5_500.jpg

Choo Sarang ini pula memang favourite Cik Mimie bukan sahaja comel tapi bijak juga. Sarang merupakan anak kepada petinju terkenal Choo Sunghoon dari Korea dan Yano Shiho model terkenal dari Jepun. Kiranya Sarang ni campuran antara Korea - Jepun sama dengan ayah dia juga. Emak dia pun comel macam dia jugak tau..hehehe..Kalau nak tahu Sarang ni suka sangat menyanyi n menari. Setiap pagi kalau breakfast dengan ayah dia mesti dia menyanyi sambil tunggu ayah dia prepare breakfast..comel sangat :) Birthday Sarang sama dengan Cik Mimie tau..24 Oktober 2011 :) Cuma tahun je lain..hahaha

http://spe.fotolog.com/photo/62/10/40/mazegohan/13957005965435_f.jpg

Pasangan Kembar Lee Seoeon dan Lee Seojun. Comel gila ok mereka berdua ni, sekarang dah besar dan dah pandai cakap...hehehe..Anak kepada pelakon, pelawak dan juga pengacara Lee Hwijae manakala isteri beliau seorang Florist Moon Jeong Woon. Kalau nak tahu pasangan kembar ni telah dilahirkan pada 15 Mac 2013 dan mereka berdua mula muncul dalam program ini pada 03 November 2013. Sekarang umur mereka dah setahun 10 bulan. :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjwHRywxlFk3IrBuV768eBd8w0sSq62ayvBmv8zjwB-9MT-T0IsKiJZSmwws-IWzR3VMZ896OhaZ4pvkpBAjxFSNnoWh_cjpoi6e584OiSfyvFiYd84Q_kQ-EGlyrkVU5cDzkvL2U83PtVX/s640/Tablo+and+Haru.png

Kanak-kanak terakhir yang menyertai program ini ialah Lee Haru. Dia ni paling senior dalam rancangan ni sekarang berumur 5 Tahun. Fizikal kalau tengok macam umur 7 tahun dah tau..hehehe.. anak kepada penyanyi Rap terkenal Korea Tablo atau nama sebenarnya Lee Seon Wong dan pelakon Kang Hye Jung. Kalau nak tahu Haru ni dia macam weird sikit kelakuan dia, Cik Mimie tak tahu nak descript macam mana. U oll kalau nak tahu kenalah tengok program ni..hehehe..Dilahirkan pada 02 Mei 2010, seorang yang suka bertanya dan sangat bijak :)

Saluran : 391 - KBS WORLD
Tajuk : The Return Of Superman
Waktu siaran : 3.27 petang (AHAD)

p/s : Nanti Cik Mimie share program lain ye, yang selalu Cik Mimie layan dekat KBS World ni. :)

Sumber gamabr : Image Google

18 comments:

  1. tak pernah layan drama korea ni. adik anis je suka layan. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bukan drama..program realiti :) kalau drama Cik Mimie kureng sikit..hehe :)

      Delete
  2. Serius memang comel sangat.memang geram tengok..hihi..Kak wana suka tengok telatah kembar 3 tiga tu..memang mencuit hati ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? lagi2 time keluar jenjalan dengan ayah dia..mcm2 ragam..hikhik..:)

      Delete
  3. dulu suka jgk tengok.. tapi skrg duduk tempat xde tv sahkan astro kan... hehehe sy suka Sarang.. comel jer dia n kuat mkan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sarang memang super cute..geram tgk dia..kalau dgn ayh dia asik makan je..hehe..lagi2 dapat tulang..

      Delete
  4. Suka sangat dengan rancangan ni :D

    Paling suka dengan Daehan Minguk Manse

    ReplyDelete
  5. Pernah tengok cite ni.
    Memang comel-comel budak-budak tu

    ReplyDelete
  6. suka Haru ^^ dia cem diva sket and jeles sebab abam abam big bang sayang dia hahaha

    ReplyDelete
  7. sebelum ni dok tengok "dad,where are you going" ja. tak dan nak tengok lagi hat ni. takut nanti start tengok melekat pulak. haha

    ReplyDelete
  8. kitew lak xde astro kat umah sobss sobss hehe

    ReplyDelete
  9. best nih..haruslah layan..sis JM mmg minat rancangan begini hikss

    ReplyDelete
  10. Kak ekin sempat tengok masa anak saudara abg yg sulung mai tido sini sambil tggu result.. suka tgk yg kembar 3 tu alangkah indaht Allah kurniakn baby buat kak ekin

    ReplyDelete
  11. memula dulu ingatkan rancangan nie pasal apa.. Sekali tertengok terus tertawan.. tapi biasanya tengok bila balik umah MIL jer..

    ReplyDelete
  12. Suka tengok telatah si kembar 3 tu.. Hahaa kekadang tergelak sorng2 tgok telatah dyorang

    ReplyDelete
  13. Nanti nak tengok lah. yang ade 3 org budak lelaki tu dah tengok.. ayah dia denda.. haha. sgt cute. denda mengadap dinding. krikrkikk

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250