-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, June 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun 2017. Alhamdulillah, kita semua dapat merasai nikmat bulan Ramadhan hingga penghujungnya. InsyaAllah, esok kita semua bakal meraikan Hari Raya AidilFitri yakni hari kemenangan kita setelah sebulan menjalani ibdah puasa.

Dikesempatan ini, Cik Mimie ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun tidak. Jika ada terkasar bahasa ataupun terdapat bait-bait kata yang selama ini Cik Mimie tulis menguris hati. Cik Mimie mohon ampun dan maaf. Halal segala apa yang dikongsikan disini, harap kita dapat terus mengikat silaturahin di alam maya ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama Cik Mimie beraya sebagai seorang isteri dan juga beraya di rumah mertua. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita semua dapat menikmati nikmat hari raya tahun ini. Amin..


Dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

#teamrayajohor #teamtakdekampung #pagirumahmertuapetangumahmakabah #satudaerahjer

p/s :Hari ini still bekerja, off satu minggu...yeaayhhh!!!

Wednesday, June 14, 2017

"Giveaway Annivesary Dan Duit Raya"

Salam 1 Malaysia ^_^


Hadiah Untuk Pemenang 

Cash 
Cash RM50 - 2 Pemenang
Cash RM30 - 1 Pemenang
Cash RM20 - 1 Pemenang 

Top Up 
RM10 - 3 Pemenang 
RM5 - 1 Pemenang

Barang-Barang Lain 
1 set kerongsang - 1 Pemenang 
Tudung- 1 Pemenang 
Eyeliner - 3 Pemenang 
Cermin 2 in 1 - 1 Pemenang 
Watermark - 1 pemenang

Giveaway ini akan bermula pada 29 Mei 2017 hingga 29 Jun 2017 tamat jam 11.59 malam.. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  3 Julai 2017. 100% pemilihan pemenang menggunakan random.org.

p/s : Cik Ash mencari 15 pemenang untuk GA ini. So, tunggu apa lagi jom join :D

Friday, June 9, 2017

Menang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Salam 1 Malaysia ^_^


Hari ini 09.06.2017, maka tamatlah GA anjuran Kak Sha @ Kasihku Amani Imani. Alhamdulillah, Cik Mimie tersenarai sebagai salah seorang pemenang di antara 20 orang yang dipilih. So, siapa-siapa yang belum semak senarai pemenang boleh KLIK SINI :)


P/s : Tahniah buat semua pemenang, terima kasih kepada Kak Sha jugak :)

Tuesday, June 6, 2017

“Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

Salam 1 Malaysia ^_^


Syarat - syaratnya :

1 - follow blog saya

2 - buat satu entry bertajuk “Giveaway Kad Raya by Zafirah Nazri”

3 - Tempekkan banner dekat atas , backlink kan ke entry ini . 


4 - klik salah satu link | ini | ini | dan |ini |  singgah habis loading

5 - komen link entry anda di entry ini.

Siap ! selamat bersegmen semua . 


saya akan pilih seramai 10 orang untuk diberikan kad raya . 

Tarikh Tamat : 18 Jun 2017

p/s : All the best!

Saturday, June 3, 2017

Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Salam 1 Malaysia ^_^


SILA KLIK BANNER DI ATAS JIKA MAHU MENANG DUIT RAYA!

Assalamualaikum kepada semua rakan blogger. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga semua ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. Sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, Abam Kie dan penaja2 yang baik hati sekalian dengan secara rasminya melancarkan Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals. Jom sertai GA yang hebat ini kerana kami sudah menyediakan duit raya dan barangan eksklusif untuk dimenangi. Kalau tak join memang rugilah. Berikut ialah hadiah-hadiah yang ditawarkan:

RM20 X 11 pemenang
RM10 X 13 pemenang
Selendang Rindu X 2 pemenang
Stokin Tangan dan Stokin Silvy X 2 pemenang
Pre-loved Novel X 2 pemenang
Kad Raya untuk peserta terpantas dan terakhir!

Kesemuanya 32 orang pemenang bakal kami cari!

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow blog dan Google+ penganjur dan penaja-penaja berikut:

* Abam Kie
* Ceritera Ibu
* Shafyqah Azahar
* Dearies Couple
* Jiakreatifelt
* Lovely Sunshine
* Saghah Cheeky Lady
* Sedetik Seketika
* Lea Azleeya
* Queen Bee
* irrayyan.com
* Kasihku Amani
* Hazrina Halim
* Mia Liana

2. Follow instagram berikut. (Bagi peserta yang ada akaun IG sahaja)

* Najiah Shaharain
* Abam Kie
* Mardhiyyah Rosli
* Shafyqah Azahar
* irrayyandotcom
* mialiana

3. Like Facebook berikut. (Jangan kata anda tak ada akaun FB!)

* Ina Azzahra
* Ayuni Dibble
* Handsock Murah dan Cantik
* Mialiana.com


4. Buat entri bertajuk Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

5. Salin dan tampal kod HTML yang disediakan

6. Terbitkan

7. Tinggalkan pautan entri giveaway anda di ruangan komen entri SINI sahaja

8. Siap!

Pastikan anda mematuhi segala syarat yang dinyatakan. Boleh follow blog2 di atas tu sikit2. Lama2 habis la. Honesty is the best policy. Kerjasama rakan2 blogger amat diperlukan dan Abam Kie akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi menyertai GA ini. Selamat maju jaya dan selamat menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini!

Jom klik di SINI jika nak join Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals.

Tarikh Tamat : 16 June 2017

Monday, May 29, 2017

"Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani"

Salam 1 Malaysia ^_^


Hadiahnya

1. 8 set sampul duit raya & kad raya untuk 8 orang pemenang.
2. Hadiah saguhati untuk 12 orang pemenang iaitu kiriman kad raya dari Sha.

Jumlah hadiah = 20 pemenang

Tempoh Giveaway 27 Mei 2017 sehingga 07 Jun 2017.
Pengumuman pemenang pada 09 Jun 2017.

Wednesday, July 27, 2016

MyLip's Generation : Rayakan Sebulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ini kisah hari AHAD 24.07.2016 yang lalu. Kami semua ke Kluang beraya rumah Kak Long Cik Mimie di Taman Matahari. Alhamdulillah, semua 9 beradik dapat berkumpul tapi still tak cukup ahli. Riuh-rendah dibuatnya, dengan anak-anak buah berlari sana-sini. Adik-beradik dok bergosip plus melatah lepastu ketawa sampai cramp perut. Ipar-duai sibuk bersembang. Hehehe.. Inilah Keluarga Cik Mimie :D

Disebabkan hari ni hari Rabu, maka tak boleh nak taip panjang-panjang. "Wordless Wednesday" :P

Family Besar Cik Mimie



Kami 9 beradik, 1 Kumbang 8 Bunga :)



My anak-anak buah, Dah besar dah..







Jom balik Segamat :)
Alhamdulillah, tahun ni memang jauh-jauh berjalan. So, mulai hari ini kita attend Open House pulak! Yeeaayhhh! Tak sabar nak makan-makan..Hahahaha..

p/s : Lepas ni dah kena lupakan pasal raya, fokus persiapan hari penting pulak ^_^

Wednesday, July 20, 2016

Wordless Wednesday #1 (2016) : KUIH RAYA BUATAN SENDIRI

Salam 1 Malaysia ^_^


Tahun ni terlebih rajin, semua kuih & Kek buat sendiri.. Nak jadi bini orang kena lah belajar..kahkahkah!

p/s : Wordless Pertama untuk tahun ni *Gila lama tak update =_="

Friday, July 15, 2016

SYAWAL 2016 - BERAYA BERSAMA KELUARGA

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Syawal yang ke-10, sekejap betul masa berlalu. So, memandangkan semua orang dah update gambar raya, Cik Mimie pun nak update jugak..hehehehe.. Tahun ini alhamdulillah, dapat berkumpul adik beradik walaupun pagi raya pertama tu, Cik Mimie dengan mak je ada dekat rumah siapkan apa yang patut. hukhukhuk. Sedih tau! Adik beradik yang lain ondeway dari rumah masing-masing. Tengah hari baru la dapat berkumpul itupun tak semua ada sebab ada yang balik rumah mertua.

Tentatif hari raya. Ceh, siap ada tentatif lagi kan..hahaha..

Raya Pertama - Duduk rumah tunggu tetamu / sedara-mara serbu rumah
Raya Kedua - Masih dirumah layan program TV
Raya Ketiga - Balik kampunggggg PEKAN PAHANG raya rumah Ayah long, Mak Andak & Makcik
Raya Keempat - Terjah rumah sedara-mara di SEGAMAT
Raya Kelima - Serbu rumah adik-beradik & rumah bakal Mertua. :D
Raya Keenam hingga hari ini - KERJAAAAAA T_T

So, Cik Mimie malas nak bebel banyak-banyak. Jom kita layan gambar ye? Sila jangan muntah hijau sebab gambar banyak sangat..hehehehe.. :P

HARI RAYA PERTAMA - RUMAH JERRR




HARI RAYA KETIGA - PEKAN PAHANG




















RAYA KEEMPAT - RUMAH SEDARA MARA



RAYA KELIMA - KAWASAN RUMAH 


 Tahun ni takde gambar dengan Incik Kesayang sebab dia kerjaaaaa, so kita collage je la ye gambarnya :) Insyaallah, tahun depan kita raya sama-sama :) Yeaaayhhh!


SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! :D

#kosongkosong #ootdraya #lastrayaassingle #selamathariraya #blogger

p/s : Ada masa Cik Mimie terjah u Oll k? :D Terima kasih sudi jenjalan kat sini.

Tuesday, July 12, 2016

Selamat Hari Raya AidilFitri 2016

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai Uolls, wah masih berada di mood raya lagi ke idak ni? hehehe.. Setelah 5 hari Cik Mimie bercuti semalam dah mula berkerja dah. Dia punya mood nak bangun pagi pergi kerja tu jangan cakap lah. Memang nampak bantal dan tilam tu memanggil-manggil je. hahahaha..

Alhamdulillah, tahun ni beraya dalam keadaan besederhana, Kuih raya pun takde yang beli semua Cik Mimie buat dan Kakak-kakak Cik Mimie bagi.,,hikhikhik,, jimat sikit. Dia punya rajin tahun ni 6 jenis kuih raya Cik Mimie buat sendiri.. Alhamdulillah, semua menjadi dan laku keras.. :D

Tiga kali Cik Mimie cuba buat Kek Butter, kek dia memang menjadi tapi hangus bahagian atas... sabar je la... Nasib baik habis anak-anak buah bedal.. :)

so, masih lagi dalam bulan syawal ni dan mood beraya pun tak habis lagi ni. Cik Mimie ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua yang mengenali Cik Mimie. Minta ampun, minta maaf jika selama kita berkenalan di alam maya ni ada yang terasa hati, terguris dengan perkataan yang Cik Mimie tulis di blog ini. Cik Mimie minta maaf ye :) #kosongkosong


Hari ni Cik Mimie terima emel yang mengembirakan.. Akan berada di blog ini.. stay tuneeeeee..

P/s : Masih dalam proses merealisasikan kotak keinginan 'KETIGA'. Moga dipermudahkan :)

Tuesday, July 28, 2015

Riang Ria Raya 2015 - MyLip's Generations!

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, menulis dalam keadaan yang tak berapa nak sihat. Cik Mimie diserang batuk, demam dan selsema. *kerja tetap kerja =_=". Maaf sebab lama tak kelihatan, minggu ni masa memang mencemburui Cik Mimie. Nanti bila Cik Mimie dah sihat, mood BW tu dah kembali Cik Mimie terjah rumah kalian ye.

Okla, untuk entry hari ini entry RAYA..hehehe..orang lain dah lama update, Cik Mimie baru terkedek-kedek nak update hari ini kan? hehehe..xpela, janji hado! So, layan gambar je la ye. RAYA PERTAMA!!

*Sila jangan muntah Hijau! Eh, mak ko hijau..ekekeke..

TEMA TAHUN NI : ROYAL BLUE

Kami 5 beradik je yang ada time ni, 4 orang lagi tak sampai lagi..semua kata  tak aci! Nasib ko la nak.. :P
Ini dia Puan Lipah dan En. Md. Yusop. Penggantin Lama..hehehe :)
Keluarga Abang Ngah (Satu2nya Abang Cik Mimie)
Andak dan suami (Kakak No.3) anak-anak entah kemana..hihi
Keluarga Ateh (Kakak No.4)
Keluarga Anjang ( Kakak No. 5)
Keluarga Itam (Kakak No.6) Eh, Rayyan la tu :)
Keluarga Acik (Kakak No.7) Eh, lari tema la..hehe.. Hai, YAYA :)
Ini memang wajib ada..siapa? biarlah rahsia!!
Dengan Anak-anak buah..Terasa muda pulak..ekeke :)

Nina & Dijah...ini lah Klon Mak Ucu dia..nak jugak bunga2 kat kepala...haha
Pantang nampak kamera...psoing terus :)
Raya time..jom terjah rumah sedara-mara
With Kakak no.3, 4, dan 5 :)
Terlebih lighting pulak gambar ni..hahaha with Emak & Abah
Lastly, Incik Kesayangan Hamba..ekeke :) Raya Ke-5 baru dapat beraya sama!
p/s : Takde ke yang nak jemput gi Open House? hehehe
300 x 250