-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, June 24, 2017

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2017

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan Ramadhan terakhir untuk tahun 2017. Alhamdulillah, kita semua dapat merasai nikmat bulan Ramadhan hingga penghujungnya. InsyaAllah, esok kita semua bakal meraikan Hari Raya AidilFitri yakni hari kemenangan kita setelah sebulan menjalani ibdah puasa.

Dikesempatan ini, Cik Mimie ingin memohon ampun dan maaf kepada semua rakan-rakan blogger yang dikenali mahupun tidak. Jika ada terkasar bahasa ataupun terdapat bait-bait kata yang selama ini Cik Mimie tulis menguris hati. Cik Mimie mohon ampun dan maaf. Halal segala apa yang dikongsikan disini, harap kita dapat terus mengikat silaturahin di alam maya ini.

Tahun ini merupakan tahun pertama Cik Mimie beraya sebagai seorang isteri dan juga beraya di rumah mertua. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita semua dapat menikmati nikmat hari raya tahun ini. Amin..


Dengan ini Cik Mimie ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN!

#teamrayajohor #teamtakdekampung #pagirumahmertuapetangumahmakabah #satudaerahjer

p/s :Hari ini still bekerja, off satu minggu...yeaayhhh!!!

2 comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN..

    Kalau ada tersalah kata, terguris hati, terlepas bicara,tersalah komen, terburuk sangka..harap ampun maaf...

    Semoga ikatan ukhuwah kerana Allah akan terjaga dan sentiasa dalam rahmatNya..

    Terima kasih sbb menjadi sahabat di alam maya ni..dan semoga kita semua sentiasa dlm redha Allah..

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250