-->

CARI APE TU?

Saturday, June 3, 2017

Kek Butter Kurma - Juadah Sampingan Berbuka

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari ke-8 kita menyambut bulan Ramadhan, terasa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di bulan mulia ni kan? :) So, untuk entry hari ini Cik Mimie nak berkongsi resepi yang sangat simple untuk buat Kek Butter Kurma yang sangat sedap! :)

Semalam Cik Mimie berbuka di rumah Family bersama adik beradik yang lain. So, petang tu Cik Mimie decide nak buat Kek untuk juadah sampingan. Memandangkan bulan puasa ni, so memang orang akan makan buah kurma betul tak? Cik Mimie pun apa lagi, terus buat Kek Butter Kurma. Dapat juga bantu memberi tenaga dan mengenyangkan perut. Tunggu apa lagi? Check it Out!!!

Kek Butter Kurma
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • 1 Buku Buttercup (250gram)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Esen Vanila
  • 4 Biji Telur
  • 10 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan Oven dan juga loyang dalam suhu 180C lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan Butter, Gula dan telur di dalam mixer dan pukul sehingga semua bahan sebati. (Nak guna manual whisk hand pun boleh :)
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Bila adunan dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, serbuk penaik dan juga buah kurma. Gaul adunan sehingga rata.
  5. Keluarkan loyang dan sapukan permukaannya dengan sedikit butter.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kalau nak letak hirisan buah kurma diatas adunan pun boleh, macam Cik Mimie buat ni :)
  7. Bakar adunan menggunakan suhu 180C masa lebih kurang 30 minit. (Mengikut Oven masing-masing ye)
  8. Siap dan sedia untuk dimakan.. Nyum3!!
P/s : Selamat mencuba, jangan pula ada yang nak buka puasa baca entry ni..heheheh :D

6 comments:

  1. boleh la cuba nanti. kurma pon byk kt dapur tu. huhuh

    ReplyDelete
  2. wahhh resepi. mesti sdap ni.. nyummm

    ReplyDelete
  3. ya allah sedap pulak nampak , boleh try nih nanti

    ReplyDelete
  4. gluppp... mcm ap je.
    insyaAllah nnt blik kg boleh try buat.
    ambik resepi ye :)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda