-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Saturday, June 3, 2017

Kek Butter Kurma - Juadah Sampingan Berbuka

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari ke-8 kita menyambut bulan Ramadhan, terasa pantas masa berlalu. Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat di bulan mulia ni kan? :) So, untuk entry hari ini Cik Mimie nak berkongsi resepi yang sangat simple untuk buat Kek Butter Kurma yang sangat sedap! :)

Semalam Cik Mimie berbuka di rumah Family bersama adik beradik yang lain. So, petang tu Cik Mimie decide nak buat Kek untuk juadah sampingan. Memandangkan bulan puasa ni, so memang orang akan makan buah kurma betul tak? Cik Mimie pun apa lagi, terus buat Kek Butter Kurma. Dapat juga bantu memberi tenaga dan mengenyangkan perut. Tunggu apa lagi? Check it Out!!!

Kek Butter Kurma
Bahan-Bahan yang diperlukan :
  • 1 Buku Buttercup (250gram)
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 Cawan Gula Pasir
  • 1 Sudu Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Esen Vanila
  • 4 Biji Telur
  • 10 biji buah kurma (dibuang biji dan dipotong kecil)
Cara-cara membuatnya :
  1. Panaskan Oven dan juga loyang dalam suhu 180C lebih kurang 15 minit.
  2. Masukkan Butter, Gula dan telur di dalam mixer dan pukul sehingga semua bahan sebati. (Nak guna manual whisk hand pun boleh :)
  3. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi.
  4. Bila adunan dah sebati masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, serbuk penaik dan juga buah kurma. Gaul adunan sehingga rata.
  5. Keluarkan loyang dan sapukan permukaannya dengan sedikit butter.
  6. Masukkan adunan kedalam loyang dan ratakan. Kalau nak letak hirisan buah kurma diatas adunan pun boleh, macam Cik Mimie buat ni :)
  7. Bakar adunan menggunakan suhu 180C masa lebih kurang 30 minit. (Mengikut Oven masing-masing ye)
  8. Siap dan sedia untuk dimakan.. Nyum3!!
P/s : Selamat mencuba, jangan pula ada yang nak buka puasa baca entry ni..heheheh :D

Saturday, June 18, 2016

SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi U Olls, Ya Allah..lama betul tak menaip dekat sini. Masa memang sangat-sangat mencemburui Cik Mimie. Rindu dengan sahabat, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik di dalam alam blogger ni. Rindu nak berbalas komen, tapi apakan daya. Tak mampu buat masa sekarang ni. T_T

Hari ni merupakan hari ke 13 kita berpuasa. Sekejap je kan? Dah nak setengah bulan dah. Masa memang tak tunggu kita. So, di kesempatan ini masih sempat rasanya Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA buat semua yang mengenali diri ini * Cewah! hehehehe.. 

Semoga ibadah kita di bulan puasa ini diterima oleh-NYA. Tahun ni, takde dapat kad raya.. hukhukhuk... sedih kita.. hehehe


p/s : Tengah sibuk buat persiapan "Kotak Keinginan" yang ketiga. Semoga dipermudahkan :)

Rinddduuuuuu U Olllsss!!!

Friday, July 3, 2015

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #41

Salam 1 Malaysia ^_^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2oVP4G3U0-yrpftfaN9mRpHT1P-b56f3lL0Dh1DG-lNWxtNzgyuAoLS-YuDdMuwRRlOQ7jvg3NaxmUDOHz64CO2fi6ekywBWiOIXnLdTdq5OQ-L0cQVLOT-K9eYFQJa3Ujo9s-OSBkb8/s1600/adab+berbuka+puasa.jpg
Sumber

p/s : Kurang dari setengah bulan je lagi puasa akan meninggalkan kita..
300 x 250