-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Friday, August 18, 2017

Selamat Hari Lahir Suamiku

Salam 1 Malaysia ^_^


Ya Allah, lama betul tak bersiaran disini. Kalau ikutkan banyak sangat story nak kongsi. Tapi, apakan daya Cik Mimie tak mampu nak luangkan masa seperti dulu. InsyaAllah, perlahan-lahan cari mood untuk berblogging semula.

Hari ini 18.08.2017 genaplah usia Incik Kesayangan Cik Mimie yang ke- 27 Tahun. Tahun pertama sambut Hari Lahir sebagai seorang suami.. hehehe.. Malam tadi tepat pukul 12.00 Cik Mimie hanya mampu nyanyi lagu "Happy Birthday To You" dan bagi ucapan je. Cakap dengan dia Tahun ni takda pape nak bagi kat dia. *padahal dah ada surprise tok dia.. HAHAHAHA 

So, setelah bersekongkol dengan Bouquet Surprise Planner. Misi untuk bagi kejutan kepada Incik Kesayangan dijalankan tepat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah misi berjaya dengan jayanya. Cik Mimie rasa happy giler dapat buat dia terkejut.. siap Whatsapp cakap terima kasih dan terharu sangat. *Sorry Papa :D


Selamat Hari Lahir Papa Sayang

Mama doakan semoga papa dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberi kebahagian dunia dan akhirat.

Terima kasih menjadi suami yang terbaik dalam hidup Mama. Semoga Allah makbulkan doa dan impian kita untuk dapat "our own annyo".. Amin..

Isterimu,
Mama

p/s : Gembira dan seronok sangat rasa hati ni bila dapat buat orang yang kita sayang gembira.. :D

Saturday, June 18, 2016

SALAM RAMADHAN AL - MUBARAK

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi U Olls, Ya Allah..lama betul tak menaip dekat sini. Masa memang sangat-sangat mencemburui Cik Mimie. Rindu dengan sahabat, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik di dalam alam blogger ni. Rindu nak berbalas komen, tapi apakan daya. Tak mampu buat masa sekarang ni. T_T

Hari ni merupakan hari ke 13 kita berpuasa. Sekejap je kan? Dah nak setengah bulan dah. Masa memang tak tunggu kita. So, di kesempatan ini masih sempat rasanya Cik Mimie nak ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA buat semua yang mengenali diri ini * Cewah! hehehehe.. 

Semoga ibadah kita di bulan puasa ini diterima oleh-NYA. Tahun ni, takde dapat kad raya.. hukhukhuk... sedih kita.. hehehe


p/s : Tengah sibuk buat persiapan "Kotak Keinginan" yang ketiga. Semoga dipermudahkan :)

Rinddduuuuuu U Olllsss!!!

Sunday, May 10, 2015

Selamat Hari Ibu a.k.a Happy Mother Day's

Salam 1 Malaysia ^_^

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG9hMjsePpwAPTAnQARCmiGG8zZBoFf9LlbwYg5GtISoT4Cf0BPrEUw-3VWWOTnAAqrOQgVxwb-goXO_X33Dn95pVLHw4mrAZpbYj8-QeRck4xP-SD1vFCIYxpTz76CJG4UknnGYvvlwY/s1600/happy-mothers-day.gif

Hari ini 10 Mei 2015 bersamaan Hari Ahad minggu Kedua. Seperti kita semua tahu hari ini ialah Hari Ibu di seluruh dunia :)

Buat Emak Puan Lipah Binti Ason

Chenta Hati Cik Mimie :)
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan perhatian mak selama ini. Adik bersyukur kerana dikurniakan emak setabah dan sekuat emak. Bagi adik hari-hari adalah hari ibu, tak perlu tunggu 10 mei ini :) Adik sayang emak ketat-ketat, sekarang kesihatan emak sentiasa terganggu. Adik berdoa hari-hari agar Allah sembuhkan emak dan panjangkan usia emak. Emak nak tahu apa yang sentiasa buat adik bahagia? Adik bahagia sangat bila adik masak, lepas tu tengok emak & abah makan bertambah. Bukan sekali atau dua kekadang lewat malam pun still makan lagi lauk yang adik masak. Bahagia sangat emak :) Mungkin ini juga yang emak rasa bila emak masak dan anak-anak emak makan dengan selera sekali sampai bertambah nasi di pinggan :) 

InsyaAllah, adik janji yang adik sentiasa akan jaga emak. Teman emak pergi Fisio, ambil ubat emak. Kita dah janji bulan puasa nanti nak pergi Terwaih sama-sama macam tahun-tahun sebelumnya. Seronok kan? :) 

Semoga Allah, memberkati dan melindungi Emak dan Abah serta memberi kesihatan yang baik. Amin

Sayang Emak!!!

Selamat Hari Ibu.

Tak lupa juga buat Kakak-Kaka Cik Mimie dan jugak Kakak Ipar Cik Mimie

Selamat Hari Ibu buat

Normah Md Yusop
Normala Md Yusop
Norlizana Md Yusop
Nora Md Yusop
Zubaidah Md Yusop
Zuriawati Md Yusop
Zuriyani Md Yusao
Maziah Ali Mohamad

Dan............

Semua Ibu-ibu diseluruh dunia!!!

p/s : Esok penentu segalanya - Still counting #Nervous

Thursday, February 19, 2015

Happy Chinese New Year 2015

Salam 1 Malaysia ^_^

http://graphicsheat.com/wp-content/uploads/2014/12/chinese_new_year_goat_2015_across_the_miles_card-r1aacd27137c14265b45dd9d9b87046aa_xvuat_8byvr_512.jpg

Cik Mimie ucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina" kepada semua yang berbangsa Cina. Especially, untuk kawan-kawan Cik Mimie di Sekolah Menengah Seg Hwa, Segamat Johor. Tak lupa juga Happy Holiday juga buat kita semua..hikhik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzs37HmC-frBU_ejRledmqeB_gZy_H30HU3dcAWK1fzmn9WRyqw5dKPQr1-wjyFW30wh4avCbgJHlvycr4mvVxUUll7-G4eV_1EB_h__ySo62kn3RJ8q_3X_5l8764KilpAV2bEqFcyQ_u/s1600/chinese-new-year-song-2015.JPG

Xin Nian Kuai Le Ni men :)

p/s : Cuti-cuti ni duk rumah je la :)

Sunday, February 5, 2012

Maulidur Rasul

Salam 1 Malaysia ^_^

Cik Mimie Ingin Mengucapkan kepada semua bloggers yang beragama Islam diseluruh Malaysia dan juga rakan-rakan semua..

Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Sama-Sama Lah Kita Menghayati Hari Kelahiran Rasul Kita Yang Tercinta.


*Tak Sabar Nak Sambut...^_^

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru!!

Salam 1 Malaysia ^_^


di sini Cik Mimie nk ambil kesempatan mengucapkan
Selamat menyambut tahun baru 1432H.
Semoga kita dapat meningkatkan amalan2 kita
sebagai bekalan pada akhir zaman nnt..AMIN!!

Friday, September 3, 2010

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!


Salam 1 Malaysia (^_^*)


Di kesempatan ini Cik.Mimi ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri Cik.Mimi ni..
Jika ada salah atau silap dalam pertuturan dan perbuatan,
Cik.Mimi mintak ampun berbanyak la yerk..
Bukan ape kekadang kita x sedar pun yang kita ni ade melakukan kesilapan..
so, sekali lagi Cik.Mimi menyusun sepuluh jari memohon ampun kepada anda semua..
kosong-kosong ye..^_^


p/s: semoga diberi kesempatan tok memohon ampun lagi untuk tahun2 akn datang.


300 x 250