-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label Incik Comot. Show all posts
Showing posts with label Incik Comot. Show all posts

Friday, August 18, 2017

Selamat Hari Lahir Suamiku

Salam 1 Malaysia ^_^


Ya Allah, lama betul tak bersiaran disini. Kalau ikutkan banyak sangat story nak kongsi. Tapi, apakan daya Cik Mimie tak mampu nak luangkan masa seperti dulu. InsyaAllah, perlahan-lahan cari mood untuk berblogging semula.

Hari ini 18.08.2017 genaplah usia Incik Kesayangan Cik Mimie yang ke- 27 Tahun. Tahun pertama sambut Hari Lahir sebagai seorang suami.. hehehe.. Malam tadi tepat pukul 12.00 Cik Mimie hanya mampu nyanyi lagu "Happy Birthday To You" dan bagi ucapan je. Cakap dengan dia Tahun ni takda pape nak bagi kat dia. *padahal dah ada surprise tok dia.. HAHAHAHA 

So, setelah bersekongkol dengan Bouquet Surprise Planner. Misi untuk bagi kejutan kepada Incik Kesayangan dijalankan tepat pukul 3.30 petang. Alhamdulillah misi berjaya dengan jayanya. Cik Mimie rasa happy giler dapat buat dia terkejut.. siap Whatsapp cakap terima kasih dan terharu sangat. *Sorry Papa :D


Selamat Hari Lahir Papa Sayang

Mama doakan semoga papa dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki serta diberi kebahagian dunia dan akhirat.

Terima kasih menjadi suami yang terbaik dalam hidup Mama. Semoga Allah makbulkan doa dan impian kita untuk dapat "our own annyo".. Amin..

Isterimu,
Mama

p/s : Gembira dan seronok sangat rasa hati ni bila dapat buat orang yang kita sayang gembira.. :D

Saturday, June 10, 2017

Genap 6 Tahun

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ini 10.06.2017 genaplah 6 tahun usia perkenalan Cik Mimie dengan Incik kesayangan. Kalau ikutkan lagi lama sebab kami satu sekolah menengah dulu. Tapi, masa sekolah memang buat tak tahu jer. Bercakap pun payah, sikit pun tak tertarik orang kata. HAHAHA.. Kalau Dah Jodoh Tak Kemana la kan? Hehehe..

Sekarang pun dan 6 bulan menjadi suami isteri, InsyaAllah semoga Allah berkati dan rahmati hubungan kami sehingga ke Jannah-NYA. Adat berumahtangga, ada pasang surutnya. Semoga Allah bekalkan dengan kesabaran dan ketabahan untuk hadapi segala ujian yang mendatang. Amin :)


SELAMAT ULANGHTAHUN PERKENALAN KITA SAYANG :) Semoga kasih sayang dan cinta antara kita tak pernah kurang. Harap kita dapat menjalani kehidupan kita bersama-sama hingga ke akhir hayat. MAMA SAYANG PAPA!!

P/s : Incik kesayangan tak pernah lupa tarikh ni sebab selama 6 tahun, setiap bulan kami akan wish happy monthiversary kami. hahaha.. mungkin ini satu tips untuk lelaki tak lupa tarikh penting. ^_-

Saturday, May 6, 2017

Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^

Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis  tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)

Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^

Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie




Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat

p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)

Thursday, August 18, 2016

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini merupakan hari lahir Incik Kesayangan yang ke? teeettt!! So, malam tadi Cik Mimie dan adik Incik Kesayangan telah merancang kejutan buatnya.. Baaaikkk punya! hahahaha..

Terpaksa berlakon dan bersusah payah sorokkan kek dalam plastik sampah supaya dia tak tahu apa isi dalam plastik tu.. ahahaha.. nasib baik dia x banyak soal! Maaf Sayang, jangan marah-marah tau :D

Sambut Birthday sekali dengan Ayah (20.08), alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.. Yeaayhhhh!!
Selamat Hari Lahir :D
Kemain suka lagi dia!!
Potong kuihnya..potong kuihnya... Adik nyanyi :D
Jom kita makan :)
Opps! kantoi pulak main-main mata..hahaha
Muka dia yang lebih :P
Hadiah buat Incik Kesayangan :) ILYSM!!
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG, semoga Allah S.W.T melanjutkan usia sayang, beri kesihatan yang baik, meluaskan pintu rezeki dan memudahkan segala urusan buat kita tak lama je lagi :) Amin..

#takpernahtaksayang #birthdayboy #tahunterakhirbujang #18082016

P/s : Nanti ada masa Cik Mimie datang jengan rumah U Olls ye, maaf sangat :(

Wednesday, July 27, 2016

Wordless Wednesday #2 (2016) : SELAMAT HARI JADI ADIK!

Salam 1 Malaysia ^_^



Surprise Birthday Party untuk Adik Incik Kesayangan malam tadi, terkejut betul muka dia buka-buka pintu nampak kek depan mata.. Ha Ha Ha. Sayang, we did a great job! Yeaayhh!! ^_^

#Bakalmertua #Bakalsuami #Bakaladikipar #BakalPengantin

p/s : Incik Kesayang dua beradik je :)

Tuesday, January 12, 2016

HARI PERTUNANGAN / ENGAGEMENT DAY

Salam 1 Malaysia 

Tarikh 09 Januari 2016 iaitu hari Sabtu yang lepas, telah berlangsungnya majlis pertunangan Cik Mimie dengan Incik Kesayangan. Setelah hampir 4 Tahun 7 Bulan kami bergelar 'couple'. So, this year we decide to end it as a 'Halal Couple' In Sha Allah. 

Alhamdulillah, majlis yang agak simple dan kecik je hanya antara dua belah pihak telah berjalan dengan lancar. Hati ni Allah je tahu betapa 'nervous' nye, dup dap dup dap bakhang.. hehehe.. Pada mulanya tiada apa-apa tema pun yang Cik Mimie buat sebab Cik Mimie & Incik Kesayangan nak buat simple-simple je. So, masa mencari sireh junjung yang ready made, nampak la warna hitam putih ni. Cantiklah pulak, grab terus memang tak fikir apa pun. Semuanya last minute preparation. hahahaha.. So, bagi mengenakan semua barang dengan sireh junjung terpaksa buat tema hitam putih. Terpaksa beli baju tunang warna hitam, sebab Cik Mimie takkan beli warna putih akan cepat kotor.. sayangnya lahai..

Majlis bermula lepas asar, wakil pihak lelaki sampai dalam pukul 5 petang macam tu. Alhamdulillah semua ok, tempoh pertunangan setahun hidup. So, dalam masa setahun ni Cik Mimie boleh pilih mana-mana bulan untuk majlis perkahwinan kami. So far, belum ada tarikh lagi.. In sha Allah, akan mencari masa yang sesuai. Apa kata kita layan gambar je la ye.. heee.. malas pulak nak tulis panjang-panjang ni.. :D

Menanti dengan penuh debaran.. heartbeat laju giler..hehehe
simple hantaran dari pihak Cik Mimie.

With Abah Kesayangan :)
With Emak Kesayangan :)

With My Siblings :)
Acara sarung cincin... gigil2 tangan masa ni.. opps!
Close up sikit.. abaikan inai yang tak cantik tu..hahaha.. 

Selepas majlis selesai :)
Keluarga belah lelaki :)
Orang tu balik keje terus datang sini.. huhuu... Officially his fiance :)

Alhamdulillah, selesai je majlis hilang segala gugup, nervous, butterfly in my stomach bagai tu.. hahahahah.. Terima kasih kepada semua yang membantu memeriahkan majlis ni. Selesai satu bab, kena fikir bab seterusnya pulak.. alahai... hahahahah..

Thank kepada MUA kak Umie Iena, booking last minute sebab ikutkan nak make up sendiri je. Tapi akak-akak suruh orang make up kan. Inilah first time Cik Mimie make up macam ni.. selalunya letak krim muka je pergi memana.. hahahaha..bedak pun tak pakai.. opps!

Okla, setakat ni je , nanti ada bab baru Cik Mimie story lagi..  Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang wish congratulation dekat FB ye :) terharu sangat.. muahmuahciked!

#tunangorang
#engagementday
#09january2016
#Momentindahpermulaantahunbaru

p/s : Banyak benda nak kena settle kan lepas ni.. semoga dipermudahkan oleh-NYA.. Amin..

Monday, August 17, 2015

Keep Calm and Keep On Planning

Salam 1 Malaysia ^_^

http://sd.keepcalm-o-matic.co.uk/i/keep-calm-cause-it-s-my-boyfriend-s-birthday.png

Esok, birthday Incik Kesayangan, 20 & 21 pula birthday abang Ipar KLIK SINI. So, Cik Mimie and akak2 tengah merencana birthday celebration untuk mereka bertiga.. Hope menjadi la malam ni..huhuhu

p/s : hadiah semua dah prepared :)

Tuesday, June 16, 2015

Kad Buat Si Dia :)

Salam 1 Malaysia ^_^


Ha, siapa ingat tentang entry Biarlah Gambar Berbicara? Dalam entry tu Cik Mimie just tunjuk gambar kad kat atas ni je kan? So, hari ini Cik Mimie nak bagitahu kad apa sebenarnya tu. Tapi, rasa-rasanya U Olls dah tahu kan kad untuk siapa..betul tak? Ha, betul untuk Incik Kesayangan a.k.a MNL.

Kad ini ialah hadiah dari Cik Mimie untuk Incik Kesayangan bersempena Ulang Tahun kami yang ke 4 Tahun (10.06.2015) tempoh hari. Hahaha, dah lama sangat perap..hehehe.. So, disebabkan tulisan Cik Mimie ni tak berapa nak cantik orang kata. Cik Mimie pun deko-deko kad ni dengan main tampal-tampal je.


Ruangan dalam kad, Cik Mimie cari frame yang macam dalam gambar ni dan add text je. Ha, semua text dalam tu ialah "Love Quote" yang Cik Mimie suka. *Google je la..

Ini rupa dalam ruang kad setelah siap tampal semua "Love Quote" tu :) Ha, ada lagi tau yang Cik Mimie tampal..hehehe..*betul-betul takde keje ni.. :)

Nak bagi kad ni meriah, Cik Mimie print beberapa gambar-gambar kami sepanjang tempoh 4 tahun kami bersama. Nasib baik kad ni kecik, kalau besar memang semua gambar Cik Mimie tampal..heheheh..

Dan, akhir sekali disebabkan terprint gambar ni saiz besar. Sayang betul nak buang, Cik Mimie tampal dibahagian belakang kad. hahahah.. nampak ok la kan? hehe.. Kad ni dah selamat Incik Kesayangan terima :) dan dia suka...yeaayh!!

p/s : Incik Kesayangan cakap tulisan Cik Mimie buruk..hahaha..cuma dekat sampul kad je Cik Mimie guna tulisan tangan. Nasib baik, dalam kad tampal je.. TEKNOLOGI dihujung jari :P

#memangdahtahutulisanburuk

Tuesday, April 14, 2015

Friday, April 10, 2015

Entri Tanpa Kata : Jumaat Yang Indah #31

Salam 1 Malaysia ^_^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJXmcvkMMSyrICbi8kOlw1YEk6ZzduZzr8NN5ODbvLmJAR6xh7H4N2vvU_F2RR9dD5q81R74EeBgHtJUFb7388G4p9dZP9a-V-7_uR-WTlsg9MJEdn_3PhmNVbHJREx5SrDJNpl8h2R78/s1600/532237_379462988826586_251469215_n.png
Google Image
p/s : Hari ini Ulangtahun Yang ke 3Tahun 10Bulan "Kasih sayang saya untuk awak sentiasa bertambah setiap hari" :)

Tuesday, March 10, 2015

Entri Tanpa Kata : Happy Anniversary

Salam 1 Malaysia ^_^

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/01/09/86/01098611b882b7043c3c6d02b0292bf5.jpg
Hari ini 10.03.2015 genap 3 Tahun 9 Bulan 

Terima kasih Incik Kesayangan, Hope apa yang kita impikan tercapai pada tahun 4 hubungan kita..amin :)

p/s : Tak sangka kawan sekolah jadi BF..hohoho

Monday, February 23, 2015

Topup dari Syira Lokman

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, rezeki Allah. Cik Mimie menang Topup untuk Giveaway 7HARI by Syira Lokman. Dalam 14 pemenang yang dicari, terselit nama blog Cik Mimie dekat situ. :)


Topup yang Syira bagi dah selamat Cik Mimie terima Jumaat lepas..Terima kasih ye Syira :)

-Selingan-

Muka dah makin tembam..apa nak jadi ni Mimie...=_="
Gambar semalam (throwback), setelah beberapa hari bertapa di rumah. akhirnya, semalam baru dapat keluar itupun jenjalan dekat bandar Segamat je dengan Incik Kesayangan, Kakak No.8 dan juga Abang Ipar. Cuti CNY hanya di SEGAMAT..hukhukhuk.

p/s : Banyak pulak update entry hari ini, mentang-mentang dah lama cuti..hihihi..jangan marah tau! :)

Wednesday, December 10, 2014

Ulangtahun Yang Ke-42 Bulan

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ini 10.12.2014 merupakan Ulangtahun Cik Mimie dan juga Incik Kesayangan yang ke-42 Bulan. So, kalau kita tukarkan bulan itu kepada tahun maka jadilah 3 Tahun 6 Bulan. *rasa macam baru je kenal dengan dia :)

http://www.punjabigraphics.com/images/1/happy-anniversary-poem.gif

http://www.coolnsmart.com/images/01/49718_original.jpg

Ucapan untuk Incik Kesayangan : Terima kasih atas segala pengorbanan syg selama ini. Terima kasih juga untuk kasih sayang yang tak pernah kurang even, kita selalu gaduh, berselisih pendapat tapi kita masih lagi percaya antara satu sama lain. I really LOVE u and I hope our relationship will everlasting till Jannah. Hope apa yang kita rancang untuk our future akan tercapai.Amin. ILYSM :)


Lirik Lagu Kamu Saja - Ainan Tasneem

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

Tak pernah terlintas di hatiku ini
Untuk curangi dan berpaling pada yang lain
Namamu saja yang terukir di hati
Kau menerangi diriku di kala ku sepi

Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuat ku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia

Sayangku bagiku kau mempersona
Kau sempurna kau terima aku seadanya
Walaupun hidup tak selalunya indah
Hariku indah kerna kamu selalu ada

Hanya kamu saja yang mampu membuatku terbang tinggi
Kamu saja yang mampu membuat tidur ku lena
Kamu saja yang mampu membuat mimpiku indah
Kamu saja yang mampu membuat diriku gembira

p/s : Semoga apa kita rancang akan menjadi kenyataan :) Amin

Wednesday, September 24, 2014

"Yong Peng Gegar" Katanya

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, hari ni banyak pulak idea nak mengupdate blog..hahaha..Juz nak share video Incik Kesayangan dengan roomate beliau yang takde keje malam tadi. Ceh, siap upload dekat youtube lagi tau...hahahaha..Apa-apa pun Cik Mimie nak cakap dekat Incik Kesayangan "Sayang memang Awesome bab-bab menggoreng ni, Love you".*nanti nak request lagu Ainan Tasnem...lalalalala..boleh kan? boleh kan? ^_^.


P/s : First & Last!

Tuesday, August 19, 2014

TEMAN BARU - A388T

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u oll, selamat pagi :) Semoga hari ni lebih baik dari semalam! Ha, nampak tak tajuk entry Cik Mimie tu. Hehehehe..happy giler ni sebab Cik Mimie dah dapat teman baru. Ingat tak entry RETAK HATIKU T_T *kalau tak ingat boleh klik tajuk tu.

Sabtu hari tu, semasa Cik Mimie beli barang2 untuk rumah terbuka. Cik Mimie pergilah satu kedai ni saja nak usha-usha orang kata. Tetiba berkenan pula hati ni dengan A388T. Apa lagi, telefon Incik Kesayangan suruh dia datang and minta pendapat dia. So, tunggu punya tunggu Incik Kesayangan pun sampai. Terus heret dia pergi kedai tu..HAHAHA..Dia pun belek-belek, tengok-tengok then cakap OK.*gembira tak terkata Cik Mimie.

Yeeaaayyyhhh!! dah dapat pengganti dah. Ini dia A388T yang Cik Mimie maksudkan tu :)



Ini pula sedikit Review untuk Model Telefon Lenovo A388T
  • Colour Black & White
  • Non-contract mobile phone version of the machine 
  • Single card dual-mode network mode (TD-SCDMA/GSM) 
  • Support for mobile operators to 3G (TD-SCDMA), mobile 2G / Unicom 2G (GSM) 
  • Andrews Android 2.3 operating system  
  • Smart System Interface Samsung Touchwiz user interface 
  • Quad-Core CPU cores  
  • CPU frequency 1.2GHz.
  • Running memory (RAM) 512MB  
  • Memory card MicrroSD (TF) card expansion card quote View 
  • Battery type Lithium Battery 
  • Network standard network parameter TD-SCDMA 2010-2025 
  • Support band Mobile / Unicom 2G: GSM 900/1800/1900MHz mobile 3G: TD-SCDMA 2010-2025  
  • Data services GPRS / EDGE / TD-SCDMA
  • Exterior design dimensions (L * W * H) 145.5 × 73.8 × 10.6  
  • Weight 181 g
  • Body material plastic (ABS)  
  • Screen parameter Screen siza 5.0 inches.
  • Resolution of 480 × 854 (FWVGA)  
  • Screen material TFT
  • The number of pixels 196 PPI / inch  
  • Touch type capacitive touch screen
  • The main camera main camera Pixels 5.0 million pixels 
So, far Cik Mimie guna ok dan sangat-sangat berpuas hati :) Barulah boleh sambung BW and Update entry..Yeaayhh!! :) Oh, lupa kalau u oll nak tengok kualiti gambar dia boleh klik dekat entry ni Happy Birthday Incik Kesayangan gambar-gambar dalam entry tu Cik Mimie guna A388T ni :)





 Credit Review

p/s: Thank Incik Kesayangan :) ILYSM

Monday, August 18, 2014

Happy Birthday Incik Kesayangan

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini 18.08.2014 cukup doplohempat tahun umur Incik Kesayangan. Semalam rumah Cik Mimie ada buat Rumah Terbuka So, sambut sekali Birthday Incik kesayangan dengan Abang-abang ipar Cik Mimie memandangkan mereka bertiga lahir pada bulan yang sama iaitu OGOS.

Hahaha, SURPRISE PARTY tercengang-cengang muka dorang bila kitaorang panggil dorang untuk potong kek. Sibuk tanya, idea siapa ni? Hehehe..mestilah idea Cik Mimie dengan akak-akak Cik Mimie :) Teeheee..So, inilah kek untuk mereka bertiga :)

 Happy Birthday untuk Bro Razis, Taufik dan jugak Incik Kesayangan :)

 Muka cover malu je tu..hahahah..mana taknya tetamu ramai kat dalam rumah tu :p


Yeeeeaaayhhh! Selesai sudah acara potong Kek : )

18.08.2014 - Incik Kesayangan (Kanan)
20.08.2014 - Bro Taufik (Tengah)
21.08.2014 - Bro Razis (Kiri)

Tak sempat nak ambil gambar sesama dan gambar lain-lain, sibuk sangat ramai tetamu yang datang semalam :) Inipun curi-curi masa sekejap.

P/s: Incik kesayangan suka hadiah yang Cik Mimie bagi..yeeayhh!! :)
300 x 250