-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label lesen. Show all posts
Showing posts with label lesen. Show all posts

Wednesday, May 27, 2015

Entri Tanpa Kata : Akhirnya!

Salam 1 Malaysia ^_^


Setelah 2 minggu menunggu, akhirnya siap jugak!! Terima kasih Incik Kesayangan sebab tolong ambilkan lesen ni..hehe..

p/s : Raya tahun ni dah boleh drive sendiri...Yeeaayhh!!

Monday, May 11, 2015

Terima Kasih Puan Sang Penulis

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah,  hadiah salah satu GA yang Cik Mimie menang telah selamat Cik Mimie terima semalam :) Terima kasih buat Puan Sang Penulis. Comel sangat hadiah yang Cik Mimie dapat tu. :) Ha, nak tahu tak Cik Mimie menang GA apa?

http://norshamimi.blogspot.com/2015/04/giveaway-1st-luartekoblogspotcom.html




-Selingan-

Kegembiraan berganda!!! Alhamdulillah, Cik Mimie bersyukur sangat-sangat sebab tadi pagi Cik Mimie ada Ujian memandu dengan JPJ. Semuanya berjalan dengan lancar, setelah agak lama tertangguh disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Pagi tadi penentu segalanya.. Cik Mimie LULUS!!! :) Ramai yang tertanya-tanya apa yang Cik Mimie counting #nervous beberapa hari ni kan? ha, inilah sebabnya...hahaha..Yess!!! :)

http://www.lulusdanpandu.com/lulusdanpandu3.gif
p/s : Raya tahun ni dah boleh driving sendiri..yeeaayh!!! :)

Sunday, February 15, 2015

Entri Tanpa Kata : Keep Calm And Drive On

Salam 1 Malaysia ^_^

http://rlv.zcache.com/keep_calm_and_drive_on_learner_any_color_card-r4311c093c3094a37b02082f46403553b_xvuat_8byvr_324.jpg

p/s : Hari ini first time belajar pandu kereta..macam cuak je..O.o

Monday, January 19, 2015

Lulus Ujian Undang-Undang

Salam 1 Malaysia ^_^


Semua sedia maklum yang Cik Mimie telah mendaftar untuk megambil LESEN kelas D pada tahun ini. So, semalam 18.01.2015, Cik Mimie telahpun menduduki Ujian berkomputer untuk lulus ujian undang-undang. Pendaftaran untuk menduduki ujian ini hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh yang kita kehendaki. Cik Mimie apply hari Selasa yang lalu, cuma bagi No. K/P dan No siri Buku Teks Undang-Undang yang kita terima.

Pusat RILEK Cawangan Segamat, Johor
Pusat RILEK, inilah tempat yang Cik Mimie dan semua calon perlu pergi untuk menduduki ujian berkomputer undang-undang. Kalau nak tahu Pusat RILEK ini adalah hak milik Konsortium Multimedia Swasta Sdn Bhd (KOMMS) dimana ia telah diperbadankan di Malaysia sebagai sebuah syarikat sendirian berhad pada 24 Julai 1998. Ia dibina daripada perkongsian strategik tiga pemegang saham, iaitu Mass Media Interaktif Sdn Bhd (MMI), CSA MSC Sdn Bhd dan Dibena Enterprise Sdn BHD. Misi utama ialah pelaksanaan pelbagai saluran penyampaian yang akan menghubungkan orang ramai dengan Kerajaan. 

RILEK pula ialah singkatan daripada "Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan" (Kerajaan Portal Rangkaian Interaktif). RILEK telah menjadi satu jenama generik untuk KOMMS dan semua perkara yang berkaitan dengan perkhidmatannya.  
  
Perkhidmatan yang disediakan ialah : -
  1. Ujian Teori JPJ - Tempahan Online dan Peperiksaan.

    Penyediaan perkhidmatan di Pusat RILEK merangkumi semua aspek ujian teori memandu di bawah kursus pelesenan pemandu, daripada pengimejan digital untuk keselamatan, pembelian kad ujian untuk perolehan ujian.
  2. Lesen memandu JPJ.

    Memberi kemudahan kepada pengguna untuk memohon dan mendapatkan lesen memandu baru ini termasuk pembaharuan atau penggantian.
  3. Saman PDRM.

    Menyediakan kemudahan untuk Pengguna menyemak/memeriksa saman secara dalam talian.
  4. Insolvensi.

    Menyediakan kemudahan kepada Pengguna untuk mengenal pasti status kebankrapan individu dan status pembubaran syarikat.

Lulus 47/50
Keputusan Ujian yang Cik Mimie perolehi semalam. Alhamdulillah, walaupun dup dap dup dap hati ini masa nak jawab akhirnya LULUS. Yeeaaayhhhh!! Lepas ni dah boleh belajar bawa kereta pula..Guuurrlpp! Mampu ke?

Tempat lepak kegemaran - Nanyang Kopitiam

Malam pula, keluar Dinner dengan Incik Kesayangan. Dapatlah makan Free orang belanja kan..Sebab ape belanja? Sebab LULUS dalam Ujian tu.. hahahahaha.. kenyang sangat! Terima kasih Sayang :)

Related Entry :-
1.  Kata Putus Telah Dibuat
2.  Entri Tanpa Kata : Keep Calm 
3.  Wordless Wednesday #31 : Belajar Semula

p/s : Bulan 2 baru mula belajar memandu :)

Wednesday, December 10, 2014

Monday, December 8, 2014

Terima Kasih Atas Penghargaan Ini

Salam 1 Malaysia ^_^

Minggu yang sangat sibuk buat Cik Mimie, terima kasih kepada semua yang support Cik Mimie untuk belajar Lesen Memandu Kelas D. Semalam, Cik Mimie pergi kursus pertama untuk belajar. Seriously, memang bosan sangat-sangat dapat pulak penceramah yang tak berapa best. Kawan pula takde, semua budak baru lepas SPM datang dengan geng memasing..adess, lagi bosan la kan. Pape pun, Cik Mimie akan buat yang terbaik. Insyallah, dalam bulan ni Cik Mimie akan ambik Ujian Komputer. Yeeeaaayhhh!!

Dalam pada tu, Cik Mimie nak ucapkan terima kasih buat Mama 3Farhanah dan jugak Hikayat Seorang Budak sebab bagi penghargaan kepada Cik Mimie sebagai Top Komentator di blog mereka. Cik Mimie suka sangat-sangat. Terima Kasih ye :)


Ini dia, reward dari Hikayat Seorang Budak. Warna bendera Malaysia :) walaupun mata agak berpinar-pinar. Tapi, bila renung lama-lama word ni jadi cantik :) Thank you HSB ^_^


Ini pula, reward dari Mama 3Farhanah. Terima kasih mama bagi banner with bees ni. Hehehe comel sangat tau, rasa diri ni macam kanak-kanak je...Cantik! Terima kasih Mama ^_^

Terima kasih juga buat semua yang sudi tinggalkan jejak anda disini ye, keikhlasan dan kerajinan anda tak mampu Cik Mimie balas...cewahhh..hikhik..Love u Olls...:)

p/s : Baru sekarang sempat nak update pasal ni..adeh!! =_="

Saturday, December 6, 2014

Entri Tanpa Kata : Keep Calm

Salam 1 Malaysia ^_^

Morning U Olls, Cik Mimie sekarang tengah menghadiri ceramah Undang-undang untuk Lesen Memandu Kelas D. Hope semuanya berjalan lancar. ^_^

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6sd27yRdR3VK1HeU4cQ58gZYWvcH4EILep5x9DDxjRw1U-Wd1CsnwYdt9Pq25w03B8E_rVGgeYP1hCp7W5VKK2oJqfyGC7YFBs97oGie9juZpnQPAvakhp7083xe4xVCRJ44bDI3YKqA/s700/keep-calm-and-keep-it-simple-27.png

credit : Image Google

p/s : Isnin nanti Cik Mimie terjah u oll!

Saturday, November 29, 2014

Kata Putus Telah Dibuat

Salam 1 Malaysia ^_^

Setelah Cik Mimie berfikir agak lama untuk membuat keputusan. Akhirnya, kata putus telah dibuat. Cik Mimie setuju, dah tak boleh nak tangguh-tangguh lagi dah. Takut nanti makin mahal harganya, nak taknak kena ambil juga tahun ni. Lagipun ini untuk kemudahan Cik Mimie juga in future. Alang-alang tengah ada promosi ni lebih baik ambil peluang, tahun depan dah tak payah fikir lagi :)

Opps, agak lambat Cik Mimie nak ambil lesen kereta, motor dah pass lama dah..hahaha..bukan apa, Cik Mimie ni gabra sikit bab-bab kereta ni. Takut tersondol kereta orang hahahaha *nampak tak pemikiran negatif tu? belum apa-apa dah fikir bukan-bukan. Hehehe...Disebabkan, semua family & Incik Kesayangan dah sokong 200%. Cik Mimie akan gagahkan diri juga*gagah la sangat..tteeeettt! Esok Cik Mimie akan pergi mendaftar *yeeaaayhh!! Tepuk semangat sikit..pap..pap..pap..:)


Belanja gambar Selfie untuk Hari ini, muka happy sebab hari ini Halfday kejap lagi nak makan kenduri rumah orang kahwin..weeee :)

p/s : Ada sesiapa yang nak join Cik Mimie ambil lesen tak? ada jugak Cik Mimie kawan nanti..hehe :)
300 x 250