-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, March 11, 2019

Resepi : Roti Naik Tanpa Telur

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai semua, Cik Mimie cuba mencuri masa untuk mewarnai semula blog ini. Hope adalah orang yang datang membaca :). Ok harini nak share resepi Roti Naik ada orang panggil Roti Bun. Tak kisahlah janji roti. hehehe.. 

Untuk resepi ni Cik Mimie tak menggunakan telur sebab My Little Hero alah dengan makanan yang ada telur ni. So, google pun google jumpa lah satu resepi mudah dan bahan pun senang je nak cari. :) *Sy Little Kitchen

Bahan yang digunakan :-

  • 11gram Yis Kering / satu paket*
  • 1/2 Cawan Air Suam*
  • 1 sb gula*
  • 1 sb tepung gandum*
  • 2 sb marjerin dicairkan
  • 1 cawan gula dilarutkan dengan 1/2 cawan air panas (kalau taknak manis boleh kurangkan kuantiti gula ye)
  • 3 cawan tepung gandum + 1 cawan tepung gandum (standby kalau doh lembik, boleh tambah susu tepung sikit untuk rasa lemak)

Cara membuatnya :-

  1. Campurkan bahan bertanda (*) tunggu sehinggan yis kembang
  2. Larutkan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air panas, jadikan sirap gula dan sejukkan
  3. Masukkan 3 cawan tepung gandum di dalam bekas yang sesuai dan buatkan lubang ditengah-tengah tepung
  4. Masukkan semua bahan iaitu yis yang telah kembang, sirap gula dan juga marjerin yang dicairkan tadi ditengah lubang tepung dan uli sebati
  5. Sekiranya adunan doh lembik boleh tambah sedikit demi sedikit 1 cawan tepung yang kita standby dan sedikit susu tepung, uli sehingga doh tidak melekat
  6. Biar adunan naik dalam masa 30 minit, bila dah kembang uli sedikit untuk buangkan angin dalam doh. 
  7. Bentukkan doh bulat2 dan susun didalam loyang yang telah dioles dengan marjerin (suka hati nak buat bentuk macam mana, panjang ke, bulat2 ke ikut selera masing-masing ye)
  8. Biarkan doh naik lagi dalam 30 minit.
  9. Lepastu boleh bakar pd suhu 180 darjah celcius selama 20 minit atau kekuningan, bila dah masak keluarkan dari oven dan sapu marjerin di atas roti, nak bagi roti berkilat. *jangan lupa panaskan oven dahulu dalam 10 minit
Siap :)

Selepas siap dibakar :)
nyum2:)


p/s : Alhamdulilah percubaan pertama buat roti, ini pun kena tunggu my little hero tido. Kalau tak mimpi la nak buat..hahahahaha

7 comments:

  1. terbaek.. nak cuba la nanti :)

    ReplyDelete
  2. Arwah mak SS selalu buat roti bun ni...

    ReplyDelete
  3. wah wah Puan Mimie kite.. hehe meroti eyh.
    meh la kasi kite sikit =D

    ReplyDelete
  4. akak nak cuba buat la roti ni nanti x guna telur tu.. mejadi buat tu...

    ReplyDelete
  5. haluuu.. kite datang singgah lagi ni =)

    ReplyDelete
  6. fuyyyoooo sedapnyaa! nampak pun sodap hahaha. nak cikeddd kihkihh

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250