-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, May 19, 2017

Sarapan Ala Kampung : Lempeng Cair

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat pagi Jumaat Penghulu segala hari, alhamdulillah kita masih diberi peluang bernafas untuk menikmati nikmat Allah S.W.T. Hari ini Cik Mimie bawa bekal ke pejabat. Sarapan ala kampung je, iaitu lempeng cair. Incik Kesayangan request malam tadi. hahahaha.. Jom usha resepi buat Lempeng cair yang mudah lagi mengenyangkan :)

Lempeng cair
Bahan-bahan (10 keping) :

3 cawan tepung gandum
3@4 cawan air (ikut keperluan)
1 sudu kecil garam
Minyak untuk memasak (sikit je)

Cara membuatnya :
1. Campurkan tepung gandum, air dan garam.
2. Adun sebati sehingga tepung tidak berketul-ketul dan tidak terlalu pekat@cair (sedang2 je)
3. Panaskan kuali (boleh guna kuali leper @ non-stick pan) letak sedikit minyak dan ratakan.
4. Gunakan senduk untuk letak adunan tepung atas kuali (satu senduk da cukup da)
5. Lepas tu ratakan adunan menggunakan bawah senduk secara bulatan.
6. Guna api perlahan je, bila nampak tepung terangkat sikit terus terbalikkan bahagian atas ke bawah.
7. Masak sehingga warna kekuningan .
8. Angkat dan hidangkan :)

Cik Mimie guna kuali leper je, bulat sedang-sedang je :)
Lempeng cair ni, boleh dimakan @ dicicah dengan kuah kari, sambal tumis, sambal sardin or kuah asam pedas. Memang marvelous!!

Bekal hari ini, alhamdulillah kenyang :)
Cik Mimie cicah dengan kuah kari, sampai menjilat jari makan.. hehehehe.. 2 keping pun dah cukup kenyang dah. Alhamdulillah :) Bagi nak mencuba resepi ni, selamat mencuba :D

p/s : U Olls, sarapan apa hari ni?

5 comments:

  1. Salah 1 menu yang PC kerap buat...kadang makan dengan kari..kadang makan dengan sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cicah dengan sambal ikan bilis memang sedap...mmm :)

      Delete
  2. sedap tu cik mimie.. kak ekin duk buat sokmo kat abe lempeng... hihihihi

    Jemput Join Giveaway: Giveaway Annivesary Dan Duit Raya

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250