-->

CARI APE TU?

Wednesday, May 17, 2017

Majlis Resepsi Belah Lelaki (25.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^


Cik Mimie a.k.a Puan Mimie bersiaran lagi untuk hari ini. Mood dan idea datang mencurah-curah ke ladang gandum. Hehehehe.. Ok, kali ni nak bercerita mengenai Majlis Resepsi belah lelaki pulak. Hari tu belah perempuan Cik Mimie dah cerita. Siapa tak baca lagi boleh klik link diatas tu :D

Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Lelaki ini telah berlangsung pada 25 Disember 2016 bersamaan Hari Ahad. Kira lepas Majlis belah Perempuan esoknya terus ke Majlis belah Lelaki pulak. Memandangkan kami duduk satu daerah dan tak berapa nak jauh, kami bercadang buat majlis selang sehari sahaja. Penat pun sekejap je la kan. hehehehe... Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Majlis belah lelaki telah diadakan di Dewan Serbaguna Rumah Rakyat, Bukit Siput, Segamat.

Actually, malam Sabtu lepas majlis belah perempuan Cik Mimie terus ikut Incik kesayangan balik rumah dia sebab malam tu ada Majlis Khatam Al-Quran. Memang stay kat situ je la terus. Esoknya, MUA + Bridal pun sampai untuk siapkan kami berdua. Bagi Majlis belah lelaki ni tema untuk pelamin MIL yang pilih dia nak biru+Putih macam tu. Manakala, baju kami Incik Kesayangan yang pilih, Songket warna Emerald Green. Cik Mimie ikut je sebab majlis Cik Mimie totally Cik Mimie yang pilih.. hahahaha.. adil la kan? :D

Tepat pukul 2.00 Petang rombongan dari keluarga Cik Mimie pun sampai. Ha, ada retro sikit di Majlis belah lelaki ni. Incik kesayangan punya Plan, kami telah berarak ke Dewan dengan menaiki VESPA milik FIL dan diiringi dengan beberapa biji motor sepupu dan adik Incik Kesayangan. Wah, memang seronok la kan Cik Mimie. Huhuhuu..


Macam-macam program yang berlangsung dalam Majlis belah Lelaki ni. Makcik Incik Kesayangan anjurkan. Ada tarian Zapin dari sepupu dan anak buah Incik Kesayangan, ada cabutan nombor bertuah dan juga baling/lempar syiling kepada kanak-kanak. Penat + seronok sangat, lepas majlis sanding Cik Mimie dan Incik Kesayangan ada Photoshot untuk Outdoor pulak dalam pukul 4.00 kami dah cabut lari. HAHAHA.. disebabkan masa tak banyak, kami pilih outdoor dekat kawasan taman tu je, pergi Taman Permainan tak jauh dari situ. Alhamdulillah, majlis selesai dengan jayanya. Semua yang dirancang berjalan dengan lancar. :D

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Incik Kesayangan





Tema : Emerald Green
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Di Yang Katering
Tempat : Dewan Serbaguna Rumah Rakyat, Bukit Siput, Segamat

p/s : Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Kami :) 

4 comments:

  1. wah. cantiknyaaaa. tema hijau pon cantiklaa cik mimie :)

    nadyya tag cik mimie ;)
    https://loveneddy.blogspot.my/2017/05/segmen-bloglist-jun-september-2017.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanad dah boleh wat preparation awal ni.. nk pilih colour tema pe tok tahun depan.. hehehe :)

      Delete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda