-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label Mersing. Show all posts
Showing posts with label Mersing. Show all posts

Tuesday, November 25, 2014

MERSING PART 2 - Jelajah Seketika

 Salam 1 Malaysia ^_^

Hai..hai..hai..Cik Mimie nak sambung cerita di Mersing..hahaha..belum habis lagi tau, terpaksa buat 2 bahagian..hehehe..Kali ini nak cerita tempat yang sempat Cik Mimie dan keluarga singgah. Disebabkan masa terlalu singkat, so tak banyak tempat yang kami boleh pergi. Mana taknya petang Sabtu tu jugak kami nak kena balik ke SEGAMAT sebab hari Ahad ada yang perlu bekerja.


Pukul 9.00 pagi - Kami semua dah bersiap-siap untuk check out dari homestay dan berjalan-jalan di bandar Mersing.



Pukul 9.30 pagi - Setelah puas pusing-pusing di bandar Mersing kami berhenti seketika dan singgah di Jeti Mersing berhadapan dengan PASARAYA KINI. Eh, alang-alang dah sampai pasaraya jom la shopping sekali..hahaha..sambil menyelam minum air :)


Pukul 11.00 pagi - Mencari keropok lekor untuk bawa balik ke SEGAMAT. Taaddaaaa, inilah kedai yang kami singgah. Harga pun boleh tahan la..12 batang keropok lekor berharga RM10.00. So, akak Cik Mimie pulun RM30 hengget! Lepas tu, keropok keping 3 bungkus RM10.00. Berbaloi jugak la kan :)



Pukul 11.30 Pagi - Kami singgah berehat di Pantai Mersing, memang seronok sangat Cik Mimie sebab dapat tengok laut..huwaaaa...rasa taknak balik je tau..redup, tenang dan damai sangat duduk berehat kat sini. Anak-anak buah Cik Mimie sibuk main playground tu..hehehe..

Kenduri untuk beliau :)

Pukul 1.30 tengah hari - Kami bertolak ke Felda Nitar 2 untuk menghadiri kenduri Yassin dan Doa Selamat bersempena dengan kandungan Akak Cik Mimie cukup 7 Bulan. Cucu pertama untuk Keluarga Abang Ipar Cik Mimie :) Perjalanan dari bandar Mersing ke Felda Nitar lebih kurang 20 Minit. Kak Long Cik Mimie pun datang jugak dari Kluang.

Budak dah bosan asyik ajak dia ambil gambar je..hahaha..

Pukul 4.00 Petang - Kami bertolak balik ke SEGAMAT, dapat berita tak berapa baik. Mak mertua kakak Cik Mimie dimasukkan ke hospital sebab jatuh dalam bilik air. So, kami semua terpaksa pulang awal. Alhamdulillah, keadaannya stabil dan hari ini dah boleh discharge :)

p/s : Cerita Mersing dah Habis, Sukaneka Tadika belum lagi..nantikan :)

MERSING PART 1 - DM Homestay

Salam 1 Malaysia ^_^

Petang U olls :) baru hari ini sempat nak update entry pasal Mersing. Maklumlah, Cik Mimie tak selalu ngadap blog ni. Time free je Cik Mimie jengah...hehehe..Ok, berbalik kepada tajuk entry. U olls pun dah tahu kan Jumaat & Sabtu minggu lepas Cik Mimie pergi Mersing untuk hadiri kenduri di rumah keluarga Abang Ipar Cik Mimie. Kami sekeluarga pilih untuk menginap di Homestay, taknak susahkan keluarga Abang Ipar.

Model tak berbayar..hahaha
DM Homestay, kalau nak tahu inilah tempat penginapan Cik Mimie dan keluarga malam Sabtu hari tu. Homestay dia memang Tip Top, Cik Mimie bagi 4 1/2 bintang tau..hehehe..Actually, pagi Jumaat lagi keluarga Cik Mimie ada yang dah bertolak ke sana iaitu Keluarga Angah (1 Kereta), Keluarga Ateh (1 Kereta) & Keluarga Anjang (1 Kereta). Cik Mimie dan akak Cik Mimie je bertolak pukul 3 petang sebab kami kerja separuh hari. Memang jeles tengok akak2 Cik Mimie sent gambar di group Whatsapp. Tak aci diorang dah sampai dulu Cik Mimie belum lagi..huhuhu...So, tepat pukul 7 Cik Mimie sampai Felda Nitar rumah keluarga Abang Ipar Cik Mimie. Siap mandi dan rehatkan diri sekejap, kami pun bergerak ke bandar Mersing lokasi seterusnya HOMESTAY.*nak hantar Cik Mimie sebenarnya..hehehe..

Salah satu bilik
Ruangan dapur
Alamat DM Homestay No.159, Jalan Kantan, Taman Sri Mersing, 86800 Mersing, Johor.

DM Homestay menyediakan perkhidmatan penginapan berkonsepkan inap taman yang terletak di Taman Sri Mersing. Berkonsepkan penginapan taman perumahan yang selesa dan menarik. 
 
 KELENGKAPAN & KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :-
1) 3 Bilik Tidur Lengkapan Perabot
2) Bilik Berhawa Dingin & Berkipas Angin
3) TV Berbayar
4) Set Kerusi Sofa & Ruang Rehat
5) WiFi disediakan PERCUMA
6) Peti Ais & Pemanas Air
7) Tunjuk Arah Kiblat, Telekung & Sejadah
8) Pemanas Air Mandi dan Tuala
9) Kemudahan extra tilam dan bantal
10) Dapur & Mesin basuh disediakan.

LOKASI BERDEKATAN :-
- Masjid Jamek Sri Mersing - 2 minit
- Pasaraya Tunas Manja - 3 minit
- Perhentian Bas - 5 minit
- Bandar Mersing - 6 minit
- Jeti Mersing - 7 minit
- Pantai Mersing - 8 minit
- Pantai Air Papan - 15 minit
- Endau - 35 minit

KADAR BAYARAN :
RM170 = Hari Isnin - Khamis
RM200 = Hari Jumaat - Ahad
RM150 utk malam berikutnya.

Sebarang pertanyaan dan tempahan,sila hubungi :-

012-7439609 atau 013-7993808
***
Other Terms & Conditions:
Daftar Masuk : 2.00 petang
Daftar Keluar: 12.00 tengahari
Deposit : RM50 untuk setiap 1 malam

Cik Mimie pergi hari Jumaat so bayaran yang dikenakan untuk 1 malam ialah RM200 :) Puas hati kot.

CREDIT

p/s : Nak cerita pasal pantai pulak nanti :)
300 x 250