-->

CARI APE TU?

Saturday, February 7, 2015

Zero - Juara Maharajalawak Mega 2014

Salam 1 Malaysia ^_^


Malam tadi telah berlangsungnya Pentas Akhir Maharajalawak Mega 2014, peserta yang terlibat terdiri daripada 5 Superhero iaitu, BOCEY, ZERO, NABIL, SEPAHTU & SHIRO. Persembahan semua superhero memang sangat menyengat! 2 tema yang dipertandingkan iaitu Bebas & Muzikal. Setelah 13 minggu mengerah idea untuk dipertandingkan akhirnya mereka sampai ke kemuncaknya.

Tahniah buat kumpulan ZERO kerana telah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014. Yeeeaaaaayhhh!! Cik Mimie suka, lompat-lompat depan TV malam tadi..hahaha.."You guys deserves it!. Sekaligus meletakkan kumpulan SEPAHTU sebagai Naib Juara MLM.

http://3.bp.blogspot.com/-_utSW_AprAo/VNT0Py13DQI/AAAAAAAAaCE/0Tx8qC1LlDA/s1600/Capture.PNG 

2 persembahan dipersembahkan malam tadi. Tema bebas kumpulan Zero menyerikan persembahan mereka dengan Tarian Singa, memang kelakar. Siap joget awak kat mana, awak awak kat mana...hahaha.. Persembahan kedua bertemakan muzikal, ending yang sangat menyentuh jiwa. Cik Mimie nangis tau T_T betapa kuatnya mereka menempuh hidup ini tanpa Ayah. Semoga mereka terus sukses diluar sana :) All the best ZERO!!!

Keputusan Penuh :

Tempat Pertama : Zero
Hadiah yang dimenangi RM500,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kedua : Sepahtu
Hadiah yang dimenangi RM250,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Ketiga : Nabil
Hadiah yang dimenangi RM150,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Keempat : Shiro
Hadiah yang dimenangi RM50,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kelima : Bocey
Hadiah yang dimenangi RM25,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

p/s : Boleh la Melati guna buat kahwin nanti :) hikhikhik...

pssst : Kak Wana & HSB macam mana MLM malam tadi puas hati tak??

15 comments:

  1. Tak tengok pun malam tadi. hari ni baru nak cari. heheh :D

    ReplyDelete
  2. Seronok la dia team favorite menang. hehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..alhamdulillah, rezeki berpihak pada zero..:)

      Delete
  3. hurm dah rezeki.. xpela kita still sokong Shiro =)

    ReplyDelete
  4. tahniah buat Zero :) kak Ros pulak suka Sepahtu :) hihi

    ReplyDelete
  5. kak wana pun happy sangat..tepuk tangan macam tepuk tengok kat stadium..memang puas hati dengan kemenangan zero dan sememangnya mereka layak dinobatkan sebagai juara..hoyeahhhhh!!!

    ReplyDelete
  6. sis JM sgt puas hati kerana ZERO menang..group dorang mmg lawak..gelak terkekeh2

    ReplyDelete
  7. ye zero mmg layak pon dapat juara tu...
    wlaupon dari kerusi panas..
    tiap2 mggu ade lawak yang baru

    ReplyDelete
  8. saya suka Zero! hehehehe... awal2 macam bosan sikit dia pnya acting. lama-lama not bad lah. suka. :D

    ReplyDelete
  9. Akak tak sempat tengok persembahan muzikal zero ni, dah tidur dulu.
    Paling suka masa minggu dikir barat tu, memang akak gelak berdekah-dekah.
    Banyak rm diaorang dapat. Semoga diaorang dapat tunaikan apa.yang diaorang hajat sebelum ni.

    ReplyDelete
  10. zero to hero. hihi. jarang2 tengok MLM. nanti ade waktu free Wardah terjah. :)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda