-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label 2014. Show all posts
Showing posts with label 2014. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Photoshop : Aksi Si Comel #5

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Pagi!!! Bersiaran di hari ahad, jarang-jarang kot...Hehehehe...baru lepas balik dari driving school, omaiii so sleepy. Rasa macam nak sambung tido je ni. Huhuhu..So, untuk entry hari ni just nak share gambar Rayyan yang Cik Mimie edit sana sini. Hahaha..Mak Ucu tengah takde keje memang inilah keje yang akan Mak Ucu buat. Maaf ye Rayyan Mak Ucu pinjam gambar..hehe..

Rayyan terbang bersama belon-belonnya :)
Jom teddy kita jalan-jalan :)
Hasil yang tak berapa nak jadi, masih dalah proses belajar Photoshop ni. Kesabaran kena tinggi kalau tak, memang separuh jalan lah jawab..kikiki..

oklah tu je nak share...hahaha

p/s : Hari cuti kena rehatkan diri, Owh AHAD kenapa cepat sangat ko pergi? Esok ISNIN =_="

Saturday, February 7, 2015

Zero - Juara Maharajalawak Mega 2014

Salam 1 Malaysia ^_^


Malam tadi telah berlangsungnya Pentas Akhir Maharajalawak Mega 2014, peserta yang terlibat terdiri daripada 5 Superhero iaitu, BOCEY, ZERO, NABIL, SEPAHTU & SHIRO. Persembahan semua superhero memang sangat menyengat! 2 tema yang dipertandingkan iaitu Bebas & Muzikal. Setelah 13 minggu mengerah idea untuk dipertandingkan akhirnya mereka sampai ke kemuncaknya.

Tahniah buat kumpulan ZERO kerana telah dinobatkan sebagai JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2014. Yeeeaaaaayhhh!! Cik Mimie suka, lompat-lompat depan TV malam tadi..hahaha.."You guys deserves it!. Sekaligus meletakkan kumpulan SEPAHTU sebagai Naib Juara MLM.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg9gzclXrnH6BE7Wg4iOPrQ2Wt5jgjgZBJu5XcE5nXDn_2A_Bg4EMVAhioRibbpIZntYlY9IDJoHElSSMNy-o8cjNDzsM7fbBFVcdUnxxygehy9zIgiT0hzIG3BKEgQqHCR6oPH2x1UjdKf/s1600/Capture.PNG 

2 persembahan dipersembahkan malam tadi. Tema bebas kumpulan Zero menyerikan persembahan mereka dengan Tarian Singa, memang kelakar. Siap joget awak kat mana, awak awak kat mana...hahaha.. Persembahan kedua bertemakan muzikal, ending yang sangat menyentuh jiwa. Cik Mimie nangis tau T_T betapa kuatnya mereka menempuh hidup ini tanpa Ayah. Semoga mereka terus sukses diluar sana :) All the best ZERO!!!

Keputusan Penuh :

Tempat Pertama : Zero
Hadiah yang dimenangi RM500,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kedua : Sepahtu
Hadiah yang dimenangi RM250,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Ketiga : Nabil
Hadiah yang dimenangi RM150,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Keempat : Shiro
Hadiah yang dimenangi RM50,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

Tempat Kelima : Bocey
Hadiah yang dimenangi RM25,000.00 dan Trofi sumbangan Astro

p/s : Boleh la Melati guna buat kahwin nanti :) hikhikhik...

pssst : Kak Wana & HSB macam mana MLM malam tadi puas hati tak??

Thursday, February 5, 2015

Melati Peserta MLM Nak Kahwin???

Salam 1 Malaysia ^_^

Eh..eh..betul ke cerita yang Cik Mimie baca ni? Kalau tak betul tolong betulkan ye?. Cik Mimie baca yang Melati peserta Maharajalawak Mega (MLM) bakal berkahwin pertengahan bulan Februari ini. Ala, baru nak minat dekat dia. Patutlah masa Stacy tanya nama penuh si Melati ni dia jawab "Sekuntum bunga Melati binti sudah dipetik orang" hehehe.. Ha, siapa yang layan MLM mesti tahu siapa Melati ni kan? Sejak dari MLM tahun lepas Syaiful dari kumpulan ZERO atau nama sebenar beliau Mohd Syaiful Bin Doli Sharif, 25 sudah mendapat jolokan dengan nama MELATI.

“Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin." Syaiful memberitahu ketika ditemui pada majlis sidang media MLM 2014 separuh akhir Jumaat lepas. Sumber Astro Gempak.

http://www.rotikaya.com/wp-content/uploads/2015/02/Syaiful-Zero-Umum-Bakal-Kahwin-Selepas-Pentas-Akhir-MLM-2014-ROTIKAYA-700x451.jpeg
Credit : Google image
Cik Mimie minat dengan kumpulan ZERO, diorang semua sempoi-sempoi. Walaupun kekadang ada lawak yang tak menjadi tapi semangat dan usaha mereka itu ada :) Harap-harap semua peserta MLM Akhir ini akan buat yang terbaik dan memberi persembahan yang meletup la orang kata.

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/mlm04.transformed.jpg
Credit : Google image
ZERO - PANTANG MUNDUR KECUALI OPERASI

p/s  : Tak sabar nak tengok MLM esok ^_^ Kak Wana, HSB dah bersedia ke idak?

Thursday, January 1, 2015

10 Pengomen Tegar Disember

Salam 1 Malaysia ^_^

Selamat Tahun Baru 2015!!  Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu dengan tahun 2015 ini. Ini bermakna Tahun 2014 dan bulan Disember telahpun melabuhkan tirainya. Ini dia 10 orang PENGOMEN TEGAR bagi bulan DISEMBER. Terima kasih banyak-banyak diatas sumbangan komen-komen anda semua :) Cik Mimie sangat-sangat menghargai dan terharu :) Muah-muah Ciked! Terimalah rewards yang tak seberapa ni dari Cik Mimie untuk U olls :)

DRUM ROLL PLEASE!!!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOMFvMP5EJ6cOHXP9SpYaik7HZ2rBLmWXXCtBklaBN50dblJLGXxogX4kC5Amevam4Gbjyqqtdv8KldoSnPgTzbO9A4AOAY4QiTs2IcRkQkr5JaPZ897JAj8_fojJz-SpR9iRkX2AHDVgE/s1600/drumkitty2.gif


10 PENGOMEN TEGAR DISEMBER
Sijil untuk U Olls semua, hope U Olls suka. Maaf, tak sempat nak buat cantik-cantik..Cik Mimie sibuk sikit, ini je yang termampu..:) Sayang U Olls semua..Terima kasih sebab rajin conteng-conteng dekat sini :)
 
p/s : Terima kasih Kak Wana sebab Boom Blog Cik Mimie semalam..meletup-letup sekejap..haha :)

Wednesday, December 31, 2014

Wordless Wednesday #34 : GoodBye 2014

Salam 1 Malaysia ^_^
Goodbye 2014 Simple Goodbye 2014   Simple

http://www.freeallimages.com/wp-content/uploads/2014/12/welcome-2015-3.jpg

 Wordless Wednesday

p/s : Azam tahun ni masih belum terlaksana, terpaksa la carried forward..=_="

Monday, December 1, 2014

10 Pengomen Tegar November

Salam 1 Malaysia ^_^

Yeeeaaayyhh!! November telah melabuhkan tirainya. Selamat Datang bulan Disember :) So, awal-awal bulan ni Cik Mimie nak bagi rewards dekat 10 orang PENGOMEN TEGAR blog picisan Cik Mimie ni. Terima kasih banyak-banyak diatas sumbangan komen-komen anda semua :) Cik Mimie sangat-sangat menghargai dan terharu :) Muah-muah Ciked!

http://s22.postimg.org/ejvkvng4h/drumroll_please.jpg

10 PENGOMEN TEGAR NOVEMBER
Ini dia Sijil Penghargaan buat U olls yang rajin conteng-conteng di blog Cik Mimie. Hope U olls suka dengan Sijil ni. Harap maaf tangan Cik Mimie tak berapa nak kreatif buat benda-benda ni semua. Ini je termampu nak bagi pada U olls. Jangan segan-segan conteng-conteng dekat sini lagi tau.

SAYANG U OLLS!!! ^_^ TERIMA KASIH KERANA MENGOMEN DISINI :)
 
p/s : Mommy Ayu Boom Blog Cik Mimie Sabtu hari itu, Terus mendadak komen dia..hehehe..Miss u too Ayu :)

Thursday, November 27, 2014

Sukaneka Tabika Perpaduan 2014

Salam 1 Malaysia ^_^

Gud Morning U olls!! Hari ini Cik Mimie nak story pasal Sukaneka Anak Buah Cik Mimie iaitu Nur Husnina Aqilah yang telah berlangsung pada 23.11.2014 ahad lepas. Actually, Cik Mimie join events ni sebab Kakak Cik Mimie minta tolong jagakan anak bujang dia. Kira jadi babysitter la kat situ..hohoho..Sebab kebanyakan sukan melibatkan parents dengan anak masing-masing. So, Cik Mimie ok je sebab Ahad memang free.

SAMBUTAN SUKANEKA  & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN 2014
INI DIA NUR HUSNINA AQILAH, PEMALU SANGAT KENA PUJUK DULU BARU NAK MAIN GAME..Hohoho
SI BUJANG YANG CIK MIMIE KENA JAGA - ABDUL HAFIZ ZIQRI *Sangat tak tahu duduk diam ok!
INI DIA FAMILY KAKAK CIK MIMIE *Semangat nak bersukan...huhu
Majlis bermula pada pukul 7.00 pagi, semua ibu bapa dan kanak-kanak perlu berkumpul di Dewan Sukan JKR Segamat. Cik Mimie datang lewat sikit dalam pukul 8.30 pagi macam tu, sebab penat sikit baru balik dari Mersing semalamnya..huhu..*Nasib baik Cik Mimie datang first permainan baru nak bermula.

SENARAI PERMAINAN

-Bawa Gelang Getah dalam Straw - IbuBapa dan Anak
-Bawa Bola PingPong dalam Senduk - IbuBapa dan Anak
-Berundur Menggunakan Tiga Kaki - IbuBapa
-Pakaian Beragam Surat Khabar - Ibubapa dan Anak
-Bungkus Hamper Paling Kreatif - Ibubapa dan Anak
-Belon Air Kusayang - IbuBapa

INI ACARA BAWA BOLA PINGPONG DALAM SENDUK, ANAK BUAH CIK MIMIE TERLIBAT
INI ACARA PAKAIN BERAGAM MENGGUNAKAN SURAT KHABAR*Macam-macam fesyen baju ada tau..hehe
SIAP SEDIA UNTUK ACARA BUNGKUS HAMPER
SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR TU..Hehehehe
Cik Mimie pun ada join tau, main acara Belon Air Kusayang. Habis basah seluar Cik Mimie...hahaha..Kalah ok..T_T. Tepat pukul 11.00 acara sukaneka pun tamat, Anak buah Cik Mimie tak menang pun mana2 acara. So, kami semua bergerak ke dalam dewan bagi acara penyampaian hadiah dan sijil untuk kanak-kanak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Lau Chee Koon ADUN PEMANIS. Lambat juga la mula sebab tunggu tetamu VIP sampai. Dalam pukul 11.45 baru majlis penyampaian hadiah bermula.

INI DIA HADIAH BAGI ACARA SUKANEKA
INI PULA HADIAH UNTUK KANAK-KANAK CENDERAHATI & SIJIL TAMAT BELAJAR
Pukul 1.00 Majlis pun tamat, Cik Mimie tak sempat nak ambil gambar lagi sebab Si Bujang tu dah buat hal. Menangis sana sini..hahahaha..So, kami pun balik rumah. Sekali-sekala join event macam ni pun best jugak, tengok ragam budak-budak ni bersukan..hehehe..

p/s : Balik tu terus Cik Mimie tidur, penatnya badan =_="

Friday, October 10, 2014

Cuti Umum Perayaan Deepavali Dipinda!

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, ini nak cerita pasal tarikh perayaan Deepavali yang katanya telah dipinda atau ditukar tarikhnya. Actually, Cik Mimie pun tak tahu pada mulanya. Itupun Officemate and Boss Cik Mimie yang bagitahu. So, untuk mendapatkan kepastian Cik Mimie pun meng'goggle' SEARCH - "Tarikh Perayaan Deepavali 2014".

Bagi negeri Johor Notis Pemberitahuan




Sudah lama rupanya pindaan ni, kenapa Cik Mimie baru tahu erk? Haish, tak alert betul Cik Mimie ni =_=" So, yang lain-lain yang baru tahu macam Cik Mimie ni..hehehe..Tarikh Perayaan Deepavali 22 OKTOBER 2014 (RABU) tau! Ha, tarikh da tukar dah :) Jangan lupe update kalendar U Oll tau...hehehehe...:p

p/s : Baru ingat nak apply cuti 24.10.14 boleh straight cuti..tapi tarikh dah tukar tak jadi la gamaknya..ekekeke..

Sunday, October 5, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk kita semua menyambut hari raya haji @ hari raya Aidiladha ni:) Actually, Hari raya AidilAdha ni disambut oleh semua umat Islam bagi memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim A.S. untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S. sebagai simbolik ketaatannya kepada ALLAH SWT. Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihannya kepada kambing biri-biri (kibas) dan mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas berkenaan. Hari Raya AidilAdha juga merupakan petanda berakhirnya musim Haji.

Aidiladha akan disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah pada setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik
google image
 "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN"


P/S : Ada sesiapa yang buat korban ke tahun ni? :)

Saturday, August 30, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, negara kita telah mencapai Kemerdekaan yang ke-57. Di kesempatan ini Cik Mimie ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan kepada u oll semua. Semoga negara kita sentiasa aman dan dilindungi dari segala anasir-anasir jahat ataupun segala keganasan. I love MALAYSIA <3.

 p/s : esok nak pergi Dataran Segamat tengok acara perbarisan. Minggu yang sibuk...sigh! >_<

Tuesday, May 27, 2014

SALAM ISRAK MIKRAJ 2014

Salam 1 Malaysia







SALAM ISRAK MIKRAJ BUAT SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT

sumber : google
300 x 250