Salam 1 Malaysia ^_^
Gud Morning U olls!! Hari ini Cik Mimie nak story pasal Sukaneka Anak Buah Cik Mimie iaitu Nur Husnina Aqilah yang telah berlangsung pada 23.11.2014 ahad lepas. Actually, Cik Mimie join events ni sebab Kakak Cik Mimie minta tolong jagakan anak bujang dia. Kira jadi babysitter la kat situ..hohoho..Sebab kebanyakan sukan melibatkan parents dengan anak masing-masing. So, Cik Mimie ok je sebab Ahad memang free.
![]() |
| SAMBUTAN SUKANEKA & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN 2014 |
![]() |
| INI DIA NUR HUSNINA AQILAH, PEMALU SANGAT KENA PUJUK DULU BARU NAK MAIN GAME..Hohoho |
![]() |
| SI BUJANG YANG CIK MIMIE KENA JAGA - ABDUL HAFIZ ZIQRI *Sangat tak tahu duduk diam ok! |
![]() |
| INI DIA FAMILY KAKAK CIK MIMIE *Semangat nak bersukan...huhu |
Majlis bermula pada pukul 7.00 pagi, semua ibu bapa dan kanak-kanak perlu berkumpul di Dewan Sukan JKR Segamat. Cik Mimie datang lewat sikit dalam pukul 8.30 pagi macam tu, sebab penat sikit baru balik dari Mersing semalamnya..huhu..*Nasib baik Cik Mimie datang first permainan baru nak bermula.
SENARAI PERMAINAN
-Bawa Gelang Getah dalam Straw - IbuBapa dan Anak
-Bawa Bola PingPong dalam Senduk - IbuBapa dan Anak
-Berundur Menggunakan Tiga Kaki - IbuBapa
-Pakaian Beragam Surat Khabar - Ibubapa dan Anak
-Bungkus Hamper Paling Kreatif - Ibubapa dan Anak
-Belon Air Kusayang - IbuBapa
![]() |
| INI ACARA BAWA BOLA PINGPONG DALAM SENDUK, ANAK BUAH CIK MIMIE TERLIBAT |
![]() |
| INI ACARA PAKAIN BERAGAM MENGGUNAKAN SURAT KHABAR*Macam-macam fesyen baju ada tau..hehe |
![]() |
| SIAP SEDIA UNTUK ACARA BUNGKUS HAMPER |
![]() |
| SEMANGAT BERKOBAR-KOBAR TU..Hehehehe |
Cik Mimie pun ada join tau, main acara Belon Air Kusayang. Habis basah seluar Cik Mimie...hahaha..Kalah ok..T_T. Tepat pukul 11.00 acara sukaneka pun tamat, Anak buah Cik Mimie tak menang pun mana2 acara. So, kami semua bergerak ke dalam dewan bagi acara penyampaian hadiah dan sijil untuk kanak-kanak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dato Lau Chee Koon ADUN PEMANIS. Lambat juga la mula sebab tunggu tetamu VIP sampai. Dalam pukul 11.45 baru majlis penyampaian hadiah bermula.
![]() |
| INI DIA HADIAH BAGI ACARA SUKANEKA |
![]() |
| INI PULA HADIAH UNTUK KANAK-KANAK CENDERAHATI & SIJIL TAMAT BELAJAR |
Pukul 1.00 Majlis pun tamat, Cik Mimie tak sempat nak ambil gambar lagi
sebab Si Bujang tu dah buat hal. Menangis sana sini..hahahaha..So, kami pun balik rumah. Sekali-sekala join event macam ni pun best jugak, tengok ragam budak-budak ni bersukan..hehehe..
p/s : Balik tu terus Cik Mimie tidur, penatnya badan =_="












