-->

Pages

CARI APE TU?

Monday, December 8, 2014

"Segmen : Zaman Persekolahan"

Salam 1 Malaysia ^_^

Tiba masanya Cik Mimie join segmen dari Cik Balqis @ CB. Segmen yang memerlukan para blogger menjadi sedikit kreatif dengan membuat karangan ataupun cerita mengenai zaman persekolahan masing-masing. Sebelum join tu macam biasalah kena ikut syarat-syarat yang diberi.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

Klik-Klik Banner untuk Join :)


Cik Mimie yang mana? Cik...Cik Mimie yang mana?
*sambil ikut rentak lagu awak kat mana..lalalala..

Cik Mimie pilih Nombor 16 

http://1.bp.blogspot.com/-tMc9pXRRPE8/UXy852GduFI/AAAAAAAAEog/EsqcbxM1uyA/s400/IMG05200-20130426-1344.jpg

Pada tahun 2003 - 2007, terdapat seorang budak perempuan yang bersekolah di sebuah sekolah yang agak tinggi nun diatas bukit sana. Nama sekolah itu ialah S.M.J.K (C) Seg Hwa yang terletak di daerah Segamat, Johor. Dia merupakan pelajar yang sangat Nerd dan pendiam, suka bersendiri dan melakukan kerja sendiri tanpa mempedulikan orang-orang disekeliling beliau. Ini kerana, beliau agak Culture Shock sedikit sebab tetiba diri beliau dikelilingi oleh pelajar-pelajar berbangsa Cina. *Lantak pi lah pelajar lain nak buat apa dalam kelas, yang dia tahu buat kerja dia dan siapkan homework. Samalah karakter beliau seperti nombor 16. Bercermin mata sebab rabun yang terlampau tinggi..HAHAHAHA.. Tapi dalam pendiam itu, beliau jugak seorang atlet yang bolehlah dikatakan aktif sebab berjaya merangkul Emas 3 tahun berturut-turut dalam acara sukan Lompat Tinggi.*sebab tu dia tinggi macam galah. 

Walaupun pendiam, beliau masih mempunyai teman yang agak gilerrr-gilerrr dan sesengal ayam. HAHAHAHA..lima tahun disana memberi banyak kenangan yang memang tak dapat dilupakan. Bersaing dengan pelajar cina yang lain adalah cabaran yang paling besar sekali. Haish, tetiba rindu pulak dengan kawan-kawan lain.
Pic kena blur sikit..hahaha..biarlah dia tidak dikenali..hahaha
 Jom Belajar Sikit :) * Ni je Cik Mimie tahu...hahaha..

Ni hao ma? - How Are you?
Wo hen hao - I'm Fine
Ni jiao shenme mingzi? - What is you name?
Wo jiao Mi Mi - I am Mimie
Hen gaoxing renshi ni - Nice to meet you
Wo hen ye gaoxing renshi ni - Nice to meet you too

 Due Date : 31 Disember 2014

Mencari  66 Orang Pemenang, Cepat-cepat penyertaan masih dibuka hadiah-hadiah menarik menanti anda semua...cewah, macam wat Year End Sale je...hahaha
p/s : Cik Mimie salah seorang sponsor, jom2 join ramai-ramai :)

19 comments:

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Salam ukhwah fillah abadan abada
    selamat bersegmen semoga berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhwah Fillah jugak :)
      Terima kasih :)

      Delete
  2. waah . pelajar sekolah cina :D mesti best kan ? wuwuwu . boleh cakap cina lah ni kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tak best la..bese je..huhuhu..tak pandai cakap cina sebab tak belajar..p orang cakap paham la sikit2 :)

      Delete
  3. ni baru orang kata, diam-diam ubi berisi. hehe. masa sekolah rendah dulu pun sekolah cina jugak ka?

    wo jiao fa tin. (betul ka?hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekolah rendah sekolah melayu, sebab tu masuk menengah culture shock sikit..hahaha..

      betul la tu :)
      sebutan jiao tu ciau = wo ciau fa tin..macam tu la..

      cam bu diorang sebut pu..haha..susah la..

      Delete
  4. Wah...pandai cakap mandarin lah ni. Akak tahu 'lau cer, cao an' je. Itu pun entah betul entah idak.
    Bagusnya Cik Mimie - No. 16, budak rajin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai sikit2 je kak..sebab tak belajar pun dulu..heee...betul la tu..maksud dia.. selamat pagi Cikgu :)

      xla rajin mana..hahaha

      Delete
  5. perh perhh skolah cina ka dulu CM? bes gak tu. pengalaman. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, CM sekolah cina dulu...pengalaman yang seronok jugakla..walaupun kkdg rase mcm disisihkan..hahaha

      Delete
    2. ala rase mcm disisihkan? sbb dorang smua chinese eh?hehe

      Delete
  6. Good luck CM..no 16 ...hurmm..budak baik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..x baik sgt la Sis JM..nakal jugak :)

      Delete
  7. Aku bru perasan ko dah femes jd cm. haha. Kat sekolah cina xamek bahasa cina ke? Ko mesti paham bos ko tiap2 ari pasang my.fm. Haha

    ReplyDelete
  8. akak! saya kenal sekolah tu. masa wedding kakak kawan saya, saya nampak sekolah tu. dekat sangat dah dengan rumah dia! hahahaha...

    anyways, selamat bersegmen, ^^

    ReplyDelete
  9. goodluck! untung sekolah cina ni pengalaman lain sikit dan kita boleh belajar bahasa depa.

    ReplyDelete
  10. Wahhhh, pandai la speaking cina. Gud luck CM

    ReplyDelete
  11. good luck yer :)

    http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html

    ReplyDelete
  12. tengkiu join segmen sy. jom check pemenang plak yer :)
    Senarai Pemenang Segmen

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda