-->
728 x 90

CARI APE TU?

Tuesday, January 20, 2015

Keywords Nuffnang #1 : Rindu??

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai U Olls, Cik Mimie ta pernah buat entry berkaitan dengan keywords Nuffnang kan? So, tahun ni Cik Mimie ingat cerita la pasal keywords ni..hehe..nak la jugak tahu apa yang selalu U Olls cari kat sini..hehehe.. Keywords untuk minggu ini jom usha apa yang kamu..kamu..kamu..cari di blog Cik Mimie :)


Wow, ramainya yang search mengenai RINDU di blog Cik Mimie? Blog Cik Mimie ni untuk orang yang merindu ye? hehehe...Ok2, memandangkan ramai yang cari mengenai rindu, Cik Mimie nak kongsi dengan U Olls apa itu rindu? Ha, sapa tahu? cepat-cepat angkat tangan!

Rindu pada pendapat Cik Mimie ialah sesuatu anugerah yang wujud dalam perasaan kita. Dimana cara untuk kita mengatasi rasa rindu itu ialah dengan mendekati atau mendatangi kepada sesuatu yang dirindui. Contohnya, jika kita rindu dengan rakan-rakan kita. Cara mengatasinya, kita hanya perlu menghubungi atau berjumpa dengan mereka. Ha, lebih kurang macam tu la. Rindu ni subjektif sebenarnya, ada yang rindu dengan manusia, binatang, benda dan sebagainya.

RINDU (AL-’ISYQ)

Rindu itu ialah cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. Maka rindu tersebut bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Boleh jadi, orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan.

Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram.

Adapun rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi’ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahwa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.

Makna ucapan Suyuthi adalah orang-orang yang memendam kerinduan baik lelaki mahupun perempuan, dengan tetap menjaga kehormatan dan menyembunyikan kerinduannya sebab dia tidak mampu untuk mendapatkan apa yang dirindukannya dan bersabar atasnya sampai mati kerana kerinduan tersebut, maka dia mendapatkan pahala syahid di akhirat. Hal ini tidak aneh jika fahami kesabaran orang ini dalam kerinduan bukan dalam kefajiran yang mengikuti syahwat dan dia bukan orang yang rendah yang melecehkan kehormatan manusia bahkan dia adalah seorang yang sabar, menjaga diri meskipun dalam hatinya ada kekuatan dan ada keterkaitan dengan yang dirindui, dia tahan kekerasan jiwanya, dia ikat anggota badannya sebab ini di bawah kekuasaannya. Adapun tentang hatinya dia tidak bisa menguasai, maka dia bersabar atasnya dengan sikap afaf (menjaga diri) dan menyembunyikan kerinduannya sehingga dengan itu dia mendapat pahala.

Wallahu a’lam.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgaMEo-ZLubc3b8vWrQSe5wxGFnV_YBIJPoyqy6J7Bh_WQ6h-TVRajyQg7Kf2RTTpxy6XuoC-gsgdmVEUSzIzfCY3OR8qjDZUZnvRsl5bqDNoIUm1dZoSFQBBuMcEF0uBwE8bmesLfc3o3I/s960/543087_371030062987368_19523415_n.jpg
Credit : Google image
P/s : Rindunya dengan kengkawan time study dulu T_T

6 comments:

  1. wah..rindu2 ya..heheh..kalau kak wana tengah rindukan seseorang..ehem..;p

    ReplyDelete
  2. nampaknya ramai yg 'rindu' di luar sana heee...mesti dorang tengah cari tips menghilangkan rasa rindu tu heee

    ReplyDelete
  3. Wahhh...KW rindu jauh mengatasi yang lain.
    Makna nama akak ~> cahaya yang merindu :)

    ReplyDelete
  4. hehehe apalah sebenarnya dicari 'rindu' tu ye hehehe..

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250