-->
728 x 90

CARI APE TU?

Sunday, December 12, 2010

Semalam Punya Cerita: Rewang + Majlis Cukur Jambul

Salam 1 Malaysia ^_^

Huwaaa, baru Cik mimie ada masa nk update blog n BW arini.
semalam bz giler ngan majlis my sista.
Tolong dia wat persiapan tok Majlis Cukur Jambul puteri sulung beliau
Nurhusnina Aqilah Binti Abdul Wahab.
*si comel + montel..tee hee..

Seperti biasa sudah menjadi adat kami disini. Sebelum majlis bermula pd malam hari, di siang hari penduduk kampung + sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai untuk bergotong-royong membantu membuat persiapan untuk majlis tersebut. Aktiviti ini dipanggil REWANG. Di mana x kira lelaki ataupun perempuan akan datang ke rumah tuan punya majlis dan membantu apa yg patut. Sebagai contoh, mengupas bawang, goreng ayam, pasang balai, & juga memasak. Kebiasaannya makcik2 & pakcik2 yg turut serta lam aktiviti sebegini.*Jarang kot nmpk anak muda. Kebnyakkan makcik2 ni pulak akan membawa pisau dr rumah mereka sendiri bg memudahkan mereka membantu. *almaklumlah kekdg tuan rumah pun x cukup pisau tok bg dorg guna. hehehe!!

Nak dijadikan cerita Cik Mimie pun turut serta dalam aktiviti rewang semalam. Memang seronok, walaupun penat tapi x terasa pun bila kita buat kerja ramai2 macam tu. Then bercampur plak ngan makcik2 kt situ dgr dorg bersembang sambil bergurau2.hehehe!!Kebaikan yg Cik Mimie nmpk la kn bila wat aktiviti Rewang ni.
  1. Leh eratkan silaturahim antara penduduk kmpung ngan tuan rumah.
  2. Hubungan adik bradik pun sama leh erat gak.
  3. kerja menjadi lebih mudah & cepat.
  4. Suasana lebih meriah.
  5. Kenal lbih rapat ngan jiran2 sekeliling*yg ni bg Cik Mimie la yg jrg ada kt umah coz merantau jauh.
Picca mereka tgah merewang

Cerita malam hari pulak, Majlis Cukur Jambul pun berlangsung. Cukur jambul ni merupakan adat resam masyarakat melayu di Malaysia. Di mana majlis ini akan diadakan 40 hari selepas kelahiran bayi. Kebiasaannya, majlis ini tidak akan disambut selepas kelahiran bayi kerana ibu si bayi masih dalam pantang atau belum sihat so, kenalah tggu si ibu tu abis pantang dulu yer. Antara acara yg dijalan semasa majlis ialah:-
  • Menyembelih kambing/lembu Aqiqah.
  • Bacaan berzanji/marhaban diadakan.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yg dihias indah. Di bawah buaian akan diletakkan pisa corek/kemenyan berasap dan tali buaian akan ditarik oleh kanak2.*bg setgah tmpat je yg wat cmni.
  • Selepas itu bayi akan didukung dan diarak sekeliling tetamu yg sedg berzanji di ruang anjung rumah.
  • Beberapa tetamu penting/terpilih seperti datuk bayi, imam & ketua ketua kampung akan merestui & mengusap jambul/kepala bayi tersebut.*acara potong/cukur jambul la ni.
untuk melengkapkan majlis ni beberapa peralatan tok cukur jambul bayi kenala disediakan seperti sedulang bunga rampai, sebiji kepala muda, beberapa helai daun tertentu(termasuk daun sirih alat perenjis), beras yg dilumur dgn kunyit, beras putih, air wangi & bunga telur(tok dibg kepada setiap tetamu).

si comel tu sikit pun x nanes ^_^

p/s: alhamdulillah majlis berjln dg lancar. Seronok + penat x ilang lagi ni!!

No comments:

Post a Comment

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250