-->
728 x 90

CARI APE TU?

Wednesday, December 22, 2010

Edisi: Darah Oh Darah!!


Salam 1 Malaysia ^_^

Ok, entry kali ni Cik Mimie nk berkongsi tentang apa kaitan darah u all dengan personaliti u all? Nak tahu x? mesti nak kn..so, jom cekkidout:-

Darah Jenis

Mereka yang tergolong dari kategori ini boleh jadi ibu atau bapa dan pasangan yang baik. Hal ini kerana kamu boleh membuat keputusan dengan bijak dan menangani banyak perkara, dari urusan di rumah hingga mendidik anak dengan baik. Kamu tegas dalam urusan kerja dan tidak suka membuang masa. Selain menepati masa, kamu tidak suka orang yang bersikap sambil lewa. Namun, kamu sering mengabaikan kesihatan dan selalu sakit. Segeralah berubah untuk lebih mencintai tubuh kamu. Kamu juga seorang yang degil dan akibatnya, kamu tidak suka mendengar pendapat orang lain. Apa yang kamu tahu hanyalah diri kamu sahaja. Selain daripada seorang yang mementingkan kesihatan, kamu seorang yang adil dan tidak suka berpihak pada sesiapa. Kamu boleh menjadi orang tengah yang baik.

Darah Jenis

Kamu dahagakan penghargaan. Bagi kamu, orang perlu tahu apa yang kamu lakukan. Seorang yang suka mencari perhatian, kamu kadangkala kelihatan terdesak namun masih boleh dikawal. Kamu seorang yang trendy dan suka bersosial. Individu ini tidak gemar tinggal di rumah sepanjang hari. Kamu juga seorang yang happy go lucky dan suka berkawan. Kamu juga seorang yang terkenal dan menjadi perhatian dalam kalangan teman2. Kamu kerap menghabiskan masa bersama teman2 dan bijak membawa diri. Kadangkala, kamu agak ego namun kerana kamu sangat mempesona, teman tidak sampai hati untuk memarahi kamu. Satu perkara lagi, kamu adalah individu yang boros! Nafsu berbelanja kamu sangat melampau. Boleh jadi kerana berbelanja, kamu tiada simpanan untuk masa depan langsung. Cuba kawal perbelanjaan kamu dan kawal sedikit sikap peramah kamu itu. Mungkin ada orang tidak senang dengan sikap ringan mulut kami itu.

Darah Jenis

Kamu bijak mengatur kewangan dan berjimat cermat tetapi kadangkala kamu terlalu pemurah. Jangan sampai ada yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan kamu itu. Kamu seorang yang tidak kisah dengan keadaan sekeliling. Pendek kata, kamu seorang yang tak up to date. Begitu juga dengan penampilan kamu. Kamu kurang gemar untuk bergaya. Tidak mahu mengikut arus semasa, kamu agak konservatif. Pemikiran kamu juga agak kolot dan kamu bukan seorang yang terbuka. Namun, kamu seorang yang cergas berfikir. Ada sahaja idea bernas yang lahir daripada fikiran kamu. Dari sudut cinta, kamu seorang yang cukup menawan. Ramai tertarik dengan kamu kerana daya penarik diri kamu. Kamu juga seorang yang panas baran dan pantang dicabar. Bukanlah seorang yang penakut, kamu terkenal dengan sikap berani. Nampak sahaja lembut kan. Hah, jangan main-main dengan kamu ya. Oops, kamu juga nampak sombong kadangkala, biasakan diri dengan senyuman kerana kamu pasti kelihatan ceria dengannya.


Darah Jenis

Kamu seorang yang cerdas. Kamu bijak membuat keputusan dan seorang yang relevan. Masalah kewangan kamu hadapi secara rasional. Waktu yang ada kamu gunakan untuk meningkatkan mutu diri sendiri dan melakukan aktiviti2 baru. Pada kamu, masa itu emas dan tidak wajar disia-siakan. Kamu seorang yang menghargai diri dan berusaha untuk menjadi sempurna dari segala segi. Sifat cool adalah milik kamu. Jarang sekali untuk melihat kamu panas baran. Kamu lebih suka berdiam diri dan memendam rasa jika ada apa2 yang berlaku. Dari segi percintaan, ramai yang meminati kamu tetapi takut untuk mendekati kamu. Kamu ada masalah badan berbau? Oh, cepat-cepat atasinya. Jangan sangka kamu terlalu berani kerana kamu seorang yang penakut sebenarnya. Jangan terkejut kerana kamu adalah seorang yang kuat cemburu! Aduh, kesian pada pasangan kamu kerana perlu memberitahu segala pergerakkannya terlebih dahulu kepada kamu. Sikap sayang yang terlalu menebal pada pasangan sangat dipuji tetapi kurangkan cemburu itu sikit ya!

"Agak-agak ada persamaan tak dengan diri u all??"

p/s: sekadar suka-suka, ikut u all la nk percaya ke x..weee~

Sumber: REMAJA

8 comments:

  1. mimie..klu darah ajim nie plik skit..
    hrinie darah A..sok mybe B..
    lusa msti O...klu cm2 cmne yek?..

    hik3..(^_^)

    ReplyDelete
  2. ajiem: hakhakhak...pelik sungguh..mimie ase an da x lama da tu..
    siyes da x lama...hahahah ^_*

    ReplyDelete
  3. saya masih tak taw jenis darah saya..hahah...


    anyway...
    i have this entry too :D
    http://applegreengirl.blogspot.com/2010/12/rahsia-darah.html

    ReplyDelete
  4. Green Apple: lorh, kenapa x jumpa doktor tnye?

    ahakz, leh sama lak entry kn..seb bek isi x sama..haha..

    ReplyDelete
  5. so xbleh la slhkan diri sndiri bila sy boros.kena slhkan darah la mcm ni.haha.

    ReplyDelete
  6. MiSz_aIN: hahaha..so, anda berdarah B la an?? kuikuikui..tukar darah cepat..ngeh3x..

    ReplyDelete
  7. kita tak taw kte darah ape.. ;'((
    camne nak cek ek hehe

    ReplyDelete
  8. CahayaCintaIlahi: camne nk tau? kna jmpe doktor la, wat medical check up..=)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250