Salam 1 Malaysia ^_^
Hari ni Cik Mimie nak share ngan u all beberapa kisah lawak yang agak kelakar la bagi Cik Mimie *pai guling atas lantai Cik Mimie gelak wakakaka...opps!!
Tijah: "Tuan doktor adalah yang terbaik dalam dunia"
Doktor: "Sudah semestinya. Terima kasih atas pujian anda"
Tijah: "Kerana doktor , saya telah mendapat 1 manfaat yang terbesar semalam!"
Doktor: "Tapi seingat saya, puan belum pernah menjadi pesakit saya lagi"
Tijah: "Memang pun belum pernah lagi"
Doktor: "Habis tu?"
Tijah: "Pesakit doktor yang sakit gigi semalam adalah ibu mertua saya. Dan kerana rawatan doktor juga ibu mertua saya meninggal dunia"
Kisah 2: Hospital Mental
[Seorang nurse di hospital sakit jiwa nampak seorang pesakit sedang tulis surat]
Nurse: "Ko tulis surat kat sapa?"
Pesakit: "Aku tulis surat untuk diri aku sendiri"
Nurse: "Jadi...apa yg ko tulis?"
Pesakit: "Mana aku tahu? Esok pagi bila posmen hantar, baru la aku boleh baca."
Kisah 3: Posmen
[Seorang posmen yang datang menghantar surat..]
Posmen: "Assalamualaikum"
En. Sameon: "Waalaikummussalam"
Posmen: "Ni rumah Encik Sameon yer?"
En. Sameon: "Ya saya"
Posmen: "Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni
En. Sameon: "Buat susah aje encik ni! Apasal tak pos kan jer?!!"
Posmen: "La..."
Kisah 3: Diam Ketika Makan.
[Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama]
Anak: "Ayah, di.."
Ayah: "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
[Selesai makan]
Ayah: "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin engkau katakan?"
Anak: "Ayah, sayur yang ayah makan tadi ada ulat!"
Kisah 4: Nenek Tua
[Kerana ingin menjimatkan kos sara diri di Kuala Lumpur. Herman dan isterinya membawa nenek mereka di kampung untuk mengasuh anak mereka]
Herman dan isteri: "Nenek kami dah balik, mana anak kami?"
Nenek: "Nanti dulu, kita tunggu dia menangis"
Herman dan isteri: "Kenapa nak tunggu dia menangis?"
Nenek: "Sebab aku lupa aku letak dia kat mana!"
Herman dan isteri: "Nenek!!!"
Kisah 5: Juruterbang yang Bodoh
[Pesawat Airlines sedang mengalami gangguan enjin di udara]
"May day, may day, may day..!!, terdengar juruterbang siarkan S.O.S melaui radio.
"Pesanan anda didengar jelas", kata petugas dek menara pengawas, "Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"
"Ya, baik!" jawab juruterbang itu. "Saya tinggi 1.8cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"
Sumber: REMAJA
p/s: Sepanjang Cik Mimie tulis entry ni, xtau byk mana dah Cik Mimie gelak!!
hahahaha.. betol lah.. senyum sombing ni (cover gelak nanti bos dengar)
ReplyDeletenadzirah aqilah: hahaha..xpuas la lau senyum sombing jer..lepaskn je semua..hikhik
ReplyDeletehaha..lawaks gle.. yg org gle kot pling bes..hihi..
ReplyDeleteajiem: hahaha..dan kisah posmen pling sengal!! agagagaga..
ReplyDeleteha..ha.. senyum sorang2 pagi ni..
ReplyDeleteHanis Azla: jgn ade yg kata u giler sudah la..ahakz!! ^_*
ReplyDelete