-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label XTVT. Show all posts
Showing posts with label XTVT. Show all posts

Tuesday, December 28, 2010

Masanya Hampir Tiba

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini 28/12/2010 bersamaan hari Selasa. Ini bermakna ada 2 hari lagi sisa-sisa cuti sebelum Cik Mimie melangkah masuk Semester Baru@Terakhir pada 31/12/2010.*maaflah kalau lepas ni jrg da update blog+bw.


Sedey pun ade, maka tamat la aktiviti-aktiviti Cik Mimie pada musim cuti ni.
kejap betol masa berlalu, sekarang Cik Mimie telah bergelar "super-duper Senior".


Selepas ini xdapat la Cik Mimie nak bermalas-malas lagi kat rumah. Bgun tido dinihari, seperti apa yang telah selalu Cik Mimie lakukan. Berangan-angan tggu Zizan Raja Lawak lamar Cik Mimie.*ahakz perahsantan lebey ni.


Aktiviti bersiar-siar juga harus dihentikan. Kalau tidak pantang free mesti da pusing-pusing Bandar Segamat+Cuci Mata.*Sambung kt Kuantan.


Dan yang pasti bila kelas da start nnt, assignment jgan cakapla. Menggunung bagai Gunung Ledang.*Whoa, kna prepare masa ni!!


Akhir sekali, terpaksa la memokuskan diri depan buku untuk mencapai cita-cita yang diidam-idamkan.*pokus mimie pokus!!



Yang paling-paling sedey!! Xdapat jadi minah scoot da...

[motor yang selalu jadi mangsa bawa Cik Mimie ke sana ke mari]

p/s: semester baru, tahun baru, maka azam pun mesti baru..Chaiyok2 Cik Mimie!!!

Monday, December 20, 2010

Edisi: Jom Sihat!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini ase cam nak ajak reader2 Cik Mimie menjaga kesihatan la. apa kata petang2 lau ada masa terluang tu u all pergila ke Taman Permainan @ Jogging Track tok menyihatkan badan. Sekejap pun xpe, sambil2 bersenam leh menghirup udara segar. *xdela u all memerap kt dalam rumah jer.

Kalau u all nak tahu, skrg ni kte da xpayah da nk berhabis duit pergi 'gymnasium' tok menyihatkan badan. Dekat Taman Permainan pun boleh tau!! Set lengkap ag disediakan tok kte. Apa? Tak caya? Meh Cik Mimie buktikan.



Ini namanya "Rowing Machine" berfungsi untuk mengembangkan otot di lengan atas dan bahu dan bahagian belakang ia baik untuk menyembuhkan ketegangan otot pinggang bersama sendi pinggul, fungsi rintangan dalam lengan atas, bahu yang keras, otot astrophy dll.



Cara-cara menggunakannya: Duduk di kerusi, pegang gagang. Letakkan kaki u all pada pedal kemudian strething kaki u all dan gerakkan tangan u all ke belakang pada masa yang sama, gerakkan kaki, tangan dan tubuh kedepan dan kebelakang seperti mendayung.




Ini plak namanya "Af Pro Cycler Station" berfungsi untuk meningkatkan fungsi jantung dan pneumonia dan mengembangkan kekuatan otot-otot di bawah kaki dan pinggang dan meningkatkan penyelarasan fleksibiliti dan kestabilan dari anggota tubuh bahagian bawah. Baik untuk penyembuhan ketegangan otot pinggang serta sendi pinggul, fungsi kendala dalam sendi ekstremitas bawah, ketidakmampuan otot dan astrophy, dll



Cara-cara menggunakannya: Berdiri tegak di papan tulis dengan kedua tangan memegang bar erat. Menggerakkan kaki seperti berjalan kaki untuk bersenam. Sesuaikan kelajuan dan pelbagai gerakan untuk intensity latihan yang paling sesuai untuk diri sendiri. (Amaran: mengayunkan kedua kaki depan atau ke belakang dilarang).



Ha! yg ni nama dia "Triple Twister" agak seronok menggunakan alat ni. Bagi sapa2 yg nak pinggang yang ramping boleh la guna alat ni. Ia berfungsi untuk menguatkan otot pinggang dan perut, meningkatkan fleksibiliti dan kelincahan tulang, sendi pinggul dan membentuk susuk berpaling pinggang ke tahap yang lebih luas dapat mengendurkan otot pinggang membersihkan saluran darah dan Qi untuk merangsang peredaran dan kekuatan pinggang dan menguatkan buah pinggang. Berlaku untuk sendi dan rintangan fungsi pinggang, kelemahan, kekurangan buah pinggang, ketegangan otot pinggang, keletihan tubuh, dll.



Cara-cara menggunakannya: Berdiri pada plat dengan kedua tangan memegang gagang berbalik pinggang dari sisi ke sisi. (Amaran: Terus berpaling pinggang dari bawah kawalan dan tidak mengubah dengan lepaskan tangan dari pegangan)



Alat terakhir ialah "Sit Up Bench" berfungsi untuk mengempiskan perut dan latihan kekuatan yang biasa dilakukan dengan tujuan mengukuhkan fleksor pinggul dan otot perut.



Cara-cara menggunakannya: duduk di kaki hook platform bawah bar dan menekuk lutut. Bengkokkan ke atas untuk sudut 45 darjah. Tahan selama hitungan 5 sebyk 5 kali.

"Ok selesai sudah aktiviti hari ini. Maaf kerana pakaian x bersesuaian, time ni suka2 je sebab teringin sangat nk cuba alat2 di atas. Memang menyeronokkan!!"

p/s: Mulakan Aktiviti beriadah anda hari ini!!

Sunday, December 12, 2010

Semalam Punya Cerita: Rewang + Majlis Cukur Jambul

Salam 1 Malaysia ^_^

Huwaaa, baru Cik mimie ada masa nk update blog n BW arini.
semalam bz giler ngan majlis my sista.
Tolong dia wat persiapan tok Majlis Cukur Jambul puteri sulung beliau
Nurhusnina Aqilah Binti Abdul Wahab.
*si comel + montel..tee hee..

Seperti biasa sudah menjadi adat kami disini. Sebelum majlis bermula pd malam hari, di siang hari penduduk kampung + sanak saudara akan berkumpul beramai-ramai untuk bergotong-royong membantu membuat persiapan untuk majlis tersebut. Aktiviti ini dipanggil REWANG. Di mana x kira lelaki ataupun perempuan akan datang ke rumah tuan punya majlis dan membantu apa yg patut. Sebagai contoh, mengupas bawang, goreng ayam, pasang balai, & juga memasak. Kebiasaannya makcik2 & pakcik2 yg turut serta lam aktiviti sebegini.*Jarang kot nmpk anak muda. Kebnyakkan makcik2 ni pulak akan membawa pisau dr rumah mereka sendiri bg memudahkan mereka membantu. *almaklumlah kekdg tuan rumah pun x cukup pisau tok bg dorg guna. hehehe!!

Nak dijadikan cerita Cik Mimie pun turut serta dalam aktiviti rewang semalam. Memang seronok, walaupun penat tapi x terasa pun bila kita buat kerja ramai2 macam tu. Then bercampur plak ngan makcik2 kt situ dgr dorg bersembang sambil bergurau2.hehehe!!Kebaikan yg Cik Mimie nmpk la kn bila wat aktiviti Rewang ni.
  1. Leh eratkan silaturahim antara penduduk kmpung ngan tuan rumah.
  2. Hubungan adik bradik pun sama leh erat gak.
  3. kerja menjadi lebih mudah & cepat.
  4. Suasana lebih meriah.
  5. Kenal lbih rapat ngan jiran2 sekeliling*yg ni bg Cik Mimie la yg jrg ada kt umah coz merantau jauh.
Picca mereka tgah merewang

Cerita malam hari pulak, Majlis Cukur Jambul pun berlangsung. Cukur jambul ni merupakan adat resam masyarakat melayu di Malaysia. Di mana majlis ini akan diadakan 40 hari selepas kelahiran bayi. Kebiasaannya, majlis ini tidak akan disambut selepas kelahiran bayi kerana ibu si bayi masih dalam pantang atau belum sihat so, kenalah tggu si ibu tu abis pantang dulu yer. Antara acara yg dijalan semasa majlis ialah:-
  • Menyembelih kambing/lembu Aqiqah.
  • Bacaan berzanji/marhaban diadakan.
  • Meletakkan bayi di dalam buaian yg dihias indah. Di bawah buaian akan diletakkan pisa corek/kemenyan berasap dan tali buaian akan ditarik oleh kanak2.*bg setgah tmpat je yg wat cmni.
  • Selepas itu bayi akan didukung dan diarak sekeliling tetamu yg sedg berzanji di ruang anjung rumah.
  • Beberapa tetamu penting/terpilih seperti datuk bayi, imam & ketua ketua kampung akan merestui & mengusap jambul/kepala bayi tersebut.*acara potong/cukur jambul la ni.
untuk melengkapkan majlis ni beberapa peralatan tok cukur jambul bayi kenala disediakan seperti sedulang bunga rampai, sebiji kepala muda, beberapa helai daun tertentu(termasuk daun sirih alat perenjis), beras yg dilumur dgn kunyit, beras putih, air wangi & bunga telur(tok dibg kepada setiap tetamu).

si comel tu sikit pun x nanes ^_^

p/s: alhamdulillah majlis berjln dg lancar. Seronok + penat x ilang lagi ni!!

Tuesday, March 9, 2010

AWARD GIVING CEREMONY & ALUMNI DINNERS

Pada 6/3/2010 bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan, kolej aku tlah mngadakan satu events bg semua students School of Business Management (SOBM). Mmg best giler time tu. For the first time, aku wat performance. Wow, cm x percaya pun ade..aku menyanyi ngan mmber aku Amoy(purplegurl) mlm tu lagu Aku Bukan Untukmu by Rossa. Mlm tu jgak mmg meriah, dgn lampu sana sini, dgn student2 len yang dress up cntik..pergh, best sgt2, aku xkn lupakan kenangan ni smpai bile2..huhu.


jom usha picca yg aku snap mlm 2.....

it's me


my BFF -shasha n wanie-






picca-picca di atas ni adalah picca-picca aku bersama teman2 seperjuang di kolej. gurl2 Diploma Business Studies (DBS4)

Sunday, February 7, 2010

!N!LaH kAm!

Salam and Holla guys..arini aku ase cam nak merapu skit nak bercerita tentang kami gurl2 dbs sem 4 yang semakin hari semakin rapat, mesra, gumbira dan sekepala *walaupun hakikat mak bapak lain2.


First of all, aku nak knalkan kami-kami semua ni.. aku NORSHAMIMI atau lbih dikenali sbagai MIMIE mrupakan sorg yang agak pasif, x suke dgn ke'ketat'kan muke dan kuat melatah *itupun lau kena kacau la.


Kedua, mmber baik aku ZHASAZATUL SAHERA atau nma mnja dier SHASHA sorg yang agk giler2 skit otak dier, pemarah bg sapa2 yang x tau dan 1 persamaan yang agak ketara dgan aku 'SUKE MELATAH' *sbb tu kiteorg kamcing giler.


Ketiga, mmber aku sorg lagi NUR ASWANI diklgan kami dikenali sbgai WANIE sorg yang sporting, ckp slumber dan mmpunyai persamaan yang sama dgn aku dan sha"melatah" *hahaha xboleh bla kan..??


Keempat, NURSYAFIQAH atau nama comel dier AMOI gurlz yang paling riang lam klas kami kalu xde dier bosanla ari2 kami. sorg yang agak aggresif, xsuke ditegur tnpa sebab dan suke mengusik aku *sbb tu aku mkin kuat melatah.


Kelima, FARHAIN HIDAYAH atau lbih mesra dgn pgglan AIN sorg yang agak pendiam *bg sapa yg x knal die akn ckp cm2, sbnarnye talkative gak ain ni. sorg yang malu2 p pandai *pe org kte 'diam2 ubi berisi'


Keenam, WAN RAHMAH kami2 pggil dier WAN sorg yang ade pendirian, agak clumsy kkdg dan tergolong lam plajar pintar *mana x nye every sem pat dekan.


And lastly, IZNI SYUHADA akak kami didlm klas dikenali sbgai KAK.IZ *walaupun die x suke kami pggil die gne pggilan tu, p kami suke sori kak.iz..ngehngeh. sorg yang comel, lmah lembut dan bile berckp suke mnggunekan loghat klate die tu.. *adess, kkdg leh wat aku x pham.


inilah AKTIVITI yang KAMI-KAMI semua suke buat
SNAP>>>SNAP>>SNAP>>
makan-makan di KFC

after final exam~yeayh

sebelum klas MgT 300

sementara menuggu klas bermula

di LPPKP 2010-modul 2
300 x 250