-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Karnival Kebudayaan, Kesihatan & Sukan Rakyat

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, hari ini Cik Mimie nak buat promosi sikit untuk Segamat tempat kelahiran lagi tumpah darahku..hikhik..Sesiapa yang rasa cuti Tahun Baru Cina tak tahu nak pergi mana, meh la datang Segamat boleh cuci-cuci mata dan jumpa Cik Mimie kat sini..ekekeke..Kebetulan bulan ni ada Citra Medini Karnival, Kebudayaan, Kesihatan & Sukan Rakyat berlangsung selama lebih kurang 3 Minggu di Dataran Segamat. Banyak juga acara menarik dan juga persembahan-persembahan dari Artis. Boleh la juga kita mengisi masa cuti tu.. ye ke idak? 

Kalau nak tahu Karnival ini adalah anjuran dari Kelab Belia Segamat ( Segamat Fans Club) dan juga kerjasama Pejabat Daerah Segamat, Majlis Daerah Segamat, Pejabat Belia Sukan Daerah Segamat dan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat.

Banner Karnival
-Aturcara-
  • Persembahan Artis
  • Kebudayaan
  • Ceramah Agama
  • Futsal
  • Sukan Rakyat
  • Battle Of Accoustic
  • Battle Of Kompang
  • Band
  • Persembahan Silat
  • Pertandingan Karaoke
  • Gusti Lengan
  • AutoShow
  • Tarik Tali dan banyak lagi.
-Penampilan KHAS-
  • Sanggar Budaya Sri Pengkalan
  • Kempulan Kesenian Lestari 
  • Kelab Kesenian Batu Pahat
JOM KE DATARAN SEGAMAT

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/82/Dataran_Segamat.jpg 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhlJ0ILAfTmVqS7-PBVXlzBQ-hC-Gu0iOfb2AJXB3gka3pi0-JuXVwbOVltVfMtd-2ikAHEUiaYyDxQbA9eF59yQ3KjESLs90qIpMzs5-12JGI8Vue1eNJrFwxXB0uYuH_PWHF0rw0a5x7n/s1600/10.jpg

http://fotografik.my/iso1125/images/stories/fotografidigital/dataransegamat_pano1.jpg

 14 - 28 FEBRUARI 2015

p/s : InshaAllah, kalau ada masa nak pergi jugak Karnival ni :)

credit : Google Image

Tuesday, December 9, 2014

Bahana Ketagih Air Berkarbonat

Salam 1 Malaysia ^_^

Curi kt rumah uncle Google :p


Wah, sedapnya kalau hari panas-panas pekena air berkarbonat kn?
siap ade ais lagi..pergh!! mmg uuurrmmp la..
tapi, tahukah U Olls kesan buruk yang U Olls akan dapat
kalau sering meneguk air ini??
ok, jom usha sekarang..Cik Mimie bagitahu U Olls ye
  • Ginjal-Daya fungsi ginjal akan terganggu dan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing juga akan menurun disebabkan gas yang terkandung dalam air berkarbonat. Jika air kencing sedikit dan lebih pekat dari biasa ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.
  • Perut-Ini penting!! tolong jangan minum air berkarbonat ketika perut kosong. Ia akan menyebabkan anda diserang sakit perut dan perut anda akan mengalami masalah angin. Hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. Beban 'kerja' pada perut juga akan bertambah jika anda minum secara berlebihan.
  • Susah tidur-Tahukah kamu dalam air berkarbonat juga mengandungi kafeina?? Kafeina di dalamnya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. Oleh sebab itu, kamu pasti akan mengalami ketidakselesaan dan hasilnya tidur malam kamu akan terganggu. "Jadikan malam2 kamu seperti ini" 
 
  • Gigi-kecil2 dulu pasti kamu sering dinasihati oleh ibu supaya berus gigi selepas makan gula2 bukan? risikonya sama sahaja pada gigi, jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap kerana ia juga boleh merosakkan gigi. Air berkarbonat mempunyai paras gula yang tinggi. Gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. bayangkn!! jika lama-kelamaan apa akan jadi pada gigi kamu. "Sayangilah gigi anda"
 
  • Otot-Air berkarbonat juga boleh memberi kesan buruk kepada otot. Jika kamu minum air berkarbonat 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. Kesannya, badan kamu akan cepat penat, otot menjadi lemah, tidak larat mengangkat benda berat dan pergerakan juga akn terbatas.
"Mungkin selepas ini U Olls boleh menukar menu minuman U Olls. Cuba elakkan untuk minum air berkarbonat tukar la ia kepada air jus ataupun air kosong*lebih baik tok kesihatan bukan?"

p/s: Cubalah hindari minum minuman berkarbonat mulai hari ini!!
KATAKAN 'TAKNAK' KEPADA AIR BERKARBONAT!!
rujukan: REMAJA

Thursday, June 2, 2011

Edisi Kesihatan: Cara Mengatasi Migrain

Salam 1 Malaysia ^_^

[uncle google]

Ehem!ehem! Hari ini Cik Mimie nak berkongsi sedikit tentang cara-cara yang boleh u all lakukan jika u all diserang Migrain. Macam kita semua tahu, kekadang kita tengok lappy lama-lama pun boleh kena migrain betul tak? So, disini ada beberapa cara yang u all boleh cuba bagi menghilangkan migrain yang menyerang u all tu. Tapi Sebelum itu mari kita ambil tahu terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan Migrain.

Apa itu migrain? Onion Icon

Migrain adalah nyeri kepala berdenyut yang kerapkali disertai mual atau muntah. Penghidap migrain biasanya sensitif terhadap cahaya, suara, bahkan bau-bauan. Sakit kepala ini selalunya berlaku pada satu sisi kepala sahaja, kadang-kadang berpindah ke sisi sebelahnya, dan ada juga berlaku pada kedua-dua sisi kepala sekaligus.

Migrain kadang kala agak sulit berbanding dengan sakit kepala jenis lain. Sakit kepala adalah disebabkan oleh gangguan pada sinus atau akibat ketegangan otot leher, dan ia mempunyai gejala yang hampir sama dengan migrain.

Cara untuk mengatasinya..MSN Onion Emoticons

Beredar ke tempat yang suasananya agak gelap dan selesa. Perkara yang biasa dan amat mudah dilakukan ialah cuba jauhkan diri kamu dengan suasana dan persekitaran yang terang dan bercahaya. Ini kerana, serangan migrain sering dikaitkan dengan berlebihan rangsangan yang masuk ke dalam sistem tubuh. Justeru, sebaiknya elakkan diri kita daripada mendapat rangsangan luar seperti cahaya, haba, suara dan sebagainya.

Letakkan tuala yang basah dan sejuk di dahi, kepala dan juga sekitar leher. Di samping itu, rehatkan mental kamu. Migrain sememangnya dikaitkan dengan mental dan minda yang berat. Jadi, elakkan minda kamu daripada dihimpit dengan pelbagai faktor dari luar.

Langkah seterusnya, fokus kepada hidup kamu yang ceria. Lupakan sebaik mungkin apa juga masalah yang membebani hari-hari kamu.

Langkah terakhir, dapatkah tidur yang secukupnya dan berkualiti. Seperti yang kita semua tahu, untuk mendapatkan tidur yang sempurna, memang susah. Justeru, cuba dapatkan rehat dan seboleh-bolehnya tidurlah. Apabila kamu tidur, minda akan benar-benar rehat dan bebas daripada rangsangan dan gangguan dari luar yang mana ia boleh meningkatkan migrain kamu.

Ok, ini sahaja 4 cara mudah yang boleh u all lakukan sekiranya diserang migrain. Tak salahkan kita berkongsi apa yang kita tahu. Bak kata omputih "Sharing Is Caring"MSN Onion Icons

p/s: Alhamdulillah, setakat ini Cik Mimie bebas dari migrain2 ni..=)

Onion Emoticons

Tuesday, December 21, 2010

Edisi: Jom Jaga Gigi!!

Salam 1 Malaysia
Aik? kenapa nak ajak jaga gigi ni? haish Cik Mimie ni da mcm doktor da kn..
asyik wat entry pasal kesihatan jer..ngeh3x..*xmau mara ar!!
Kenapa Cik Mimie nk ckp pasal gigi hari ni? Sebab td petang Cik Mimie pegi jumpa dentist.
Niat dihati nk tampal gigi..tup3x doktor suh cabut lak.
dengan muka takut2 Cik Mimie bertanya:-

Cik Mimie: Ha!! kena cabut? kenapa nk kena cabut lak doktor?
Doktor: Ye, kena cabut gigi awk ni. Sebab ni gigi susu then dia da goyang2 da ni.
Cik Mimie: Gigi susu? *aik. biar betol doktor ni umo aku da 20 thun da. Xkan ade gigi susu lagi. Doktor biar betol?
Doktor: Betol, ok b4 tu jom kita pergi x-ray dulu tok pastikan.

[bergerak ke bilik x-ray]

Doktor: See, kt lam gusi awk ni still ade gigi lagi. After awk cabut gigi susu ni, gigi yg kat lam gusi tu akan tumbuh.
Cik Mimie: Lama x doktor dia nk tumbuh semula?
Doktor: Xlama dalam 3 bulan je.
Cik Mimie: 3 bulan? *mati ley
Doktor: Kita cabut skrg ok?
Cik Mimie: ok doktor!

[Gigi Cik Mimie telah selamat dicabut, now Cik Mimie da rongak . Dan doktor tersebut telah berkongsi beberapa tip tok menjaga gigi]

::Tip Penjagaan Gigi::
  • Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari-waktu pagi dam malam sebelum tido.
  • Guna berus gigi sesuai dengan mulut anda.
  • guna ubat gigi berfluorida sebesar kacang.
  • Guna flos gigi pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.
  • Dapatkan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya setahun sekali.
  • Makan makanan seimbang, kurangkan snek terutama manisan antara waktu makan.
  • Gantikan manisan dengan buah-buahan, kerepek atau kekacang.
[muka selepas gigi kena cabut, xleh senyum2 da pasni]


p/s: "Kurangkan manisan dalam minuman, tambahkan manisan dalam senyuman"



Monday, December 20, 2010

Edisi: Jom Sihat!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini ase cam nak ajak reader2 Cik Mimie menjaga kesihatan la. apa kata petang2 lau ada masa terluang tu u all pergila ke Taman Permainan @ Jogging Track tok menyihatkan badan. Sekejap pun xpe, sambil2 bersenam leh menghirup udara segar. *xdela u all memerap kt dalam rumah jer.

Kalau u all nak tahu, skrg ni kte da xpayah da nk berhabis duit pergi 'gymnasium' tok menyihatkan badan. Dekat Taman Permainan pun boleh tau!! Set lengkap ag disediakan tok kte. Apa? Tak caya? Meh Cik Mimie buktikan.



Ini namanya "Rowing Machine" berfungsi untuk mengembangkan otot di lengan atas dan bahu dan bahagian belakang ia baik untuk menyembuhkan ketegangan otot pinggang bersama sendi pinggul, fungsi rintangan dalam lengan atas, bahu yang keras, otot astrophy dll.



Cara-cara menggunakannya: Duduk di kerusi, pegang gagang. Letakkan kaki u all pada pedal kemudian strething kaki u all dan gerakkan tangan u all ke belakang pada masa yang sama, gerakkan kaki, tangan dan tubuh kedepan dan kebelakang seperti mendayung.




Ini plak namanya "Af Pro Cycler Station" berfungsi untuk meningkatkan fungsi jantung dan pneumonia dan mengembangkan kekuatan otot-otot di bawah kaki dan pinggang dan meningkatkan penyelarasan fleksibiliti dan kestabilan dari anggota tubuh bahagian bawah. Baik untuk penyembuhan ketegangan otot pinggang serta sendi pinggul, fungsi kendala dalam sendi ekstremitas bawah, ketidakmampuan otot dan astrophy, dll



Cara-cara menggunakannya: Berdiri tegak di papan tulis dengan kedua tangan memegang bar erat. Menggerakkan kaki seperti berjalan kaki untuk bersenam. Sesuaikan kelajuan dan pelbagai gerakan untuk intensity latihan yang paling sesuai untuk diri sendiri. (Amaran: mengayunkan kedua kaki depan atau ke belakang dilarang).



Ha! yg ni nama dia "Triple Twister" agak seronok menggunakan alat ni. Bagi sapa2 yg nak pinggang yang ramping boleh la guna alat ni. Ia berfungsi untuk menguatkan otot pinggang dan perut, meningkatkan fleksibiliti dan kelincahan tulang, sendi pinggul dan membentuk susuk berpaling pinggang ke tahap yang lebih luas dapat mengendurkan otot pinggang membersihkan saluran darah dan Qi untuk merangsang peredaran dan kekuatan pinggang dan menguatkan buah pinggang. Berlaku untuk sendi dan rintangan fungsi pinggang, kelemahan, kekurangan buah pinggang, ketegangan otot pinggang, keletihan tubuh, dll.



Cara-cara menggunakannya: Berdiri pada plat dengan kedua tangan memegang gagang berbalik pinggang dari sisi ke sisi. (Amaran: Terus berpaling pinggang dari bawah kawalan dan tidak mengubah dengan lepaskan tangan dari pegangan)



Alat terakhir ialah "Sit Up Bench" berfungsi untuk mengempiskan perut dan latihan kekuatan yang biasa dilakukan dengan tujuan mengukuhkan fleksor pinggul dan otot perut.



Cara-cara menggunakannya: duduk di kaki hook platform bawah bar dan menekuk lutut. Bengkokkan ke atas untuk sudut 45 darjah. Tahan selama hitungan 5 sebyk 5 kali.

"Ok selesai sudah aktiviti hari ini. Maaf kerana pakaian x bersesuaian, time ni suka2 je sebab teringin sangat nk cuba alat2 di atas. Memang menyeronokkan!!"

p/s: Mulakan Aktiviti beriadah anda hari ini!!

Tuesday, December 7, 2010

Membaca Ketika Baring Boleh Menyebabkan Buta?

Salam 1 Malaysia ^_^


"Solat itu tiang agama", membaca itu adalah jambatan ilmu. Betol tak murid-murid? *ecececeh, berangan nak jadi cikgu lak Cik Mimie ni*. Ok! sebelum Cik Mimie berangan jadi guru besar lebih baik kita berbalik kepada cerita td, macam kita semua tahu minat suka membaca ni mestilah kita tanam dari kecil lagi. Tidak salah jika kita membaca lebih dari 10 buah buku sehari. Tapi sekarang Cik Mimie bukan ingin bercerita mengenai kuantiti buku yang kita baca *no..no..no..* tapi mengenai bagaimana cara kita membaca.
Kebanyakkan lelaki gemar membaca dalam keadaan baring *kenapa erk?*. Mengikut kajian di luar negara mendapati membaca dalam keadaan baring boleh merosakkan mata, malah ia juga boleh menyebabkan buta. Whoa! agak shock juga la Cik Mimie bila dpt tahu. Hal ini kerana, mata kita ni ye murid-murid*lagi sekali mood nk jd cikgu dtg* mempunyai urat saraf yang membantu untuk mengukuhkan kedudukan mata. Bagaimana pula mata boleh buta? *soalan dari sorg anak murid*. Ketika mata sedang membaca, kedudukannya adalah kehadapan dan jika kamu baring ketika membaca satu tekanan berlaku di mata dan ia akan menyebabkan buta. *ala2 tekanan jiwa la* owh, yg ini Cik Mimie tipu.

Now, Cik Mimie nk bgtau murid-murid cara penjagaan mata yang betol. Sila take note ye!! Ade 8 cara semuanya:-
  1. Jangan membaca atau menulis di bawah cahaya yang terlalu terang atau dalam keadaan gelap. *no..no..no..!! AMARAN KERAS DARI CIK MIMIE*
  2. Pastikan kedudukan ketika kamu membaca adalah betol dan selesa *duduk diatas kerusi/meja*
  3. Elakkan membaca/menonton televisyen dalam keadaan berbaring & jauhkan pandangan mata ketika menonton. *ha, yg ni da gtau awal2 lagi kn? plish ye murid2, sila duduk ketika membaca*
  4. Salah satu penjagaan mata yang sihat adalah dengan melihat alam semulajadi *credit bg yg dok kt lam hutan, mesti mata dorg sihat*
  5. Mata kita ni terlalu sensitif, so murid2 jangan kerap menggosok mata kita ye. sekali sekala xpe, Cik Mimie benarkan. ^_^.
  6. Jangan mengambil masa yang terlalu lama ketika menonton televisyen/komputer. Pastikan berehat dalam masa beberapa minit untuk melihat jarak jauh.
  7. Pastikan tidur lebih awal kerana mata perlukan rehat secukupnya.
  8. Makan makanan yang sihat untuk mendapat mata yang sihat seperti kerap mengamalkan makan sayuran & buah-buahan seperti Lobak Merah.
"No 6 & 7 tu cam ssah je bagi Cik Mimie..hahaha."
.*suka jd burung hantu & ngadap lappy lama2*

p/s: Sayangilah Mata Anda
300 x 250