Salam 1 Malaysia ^_^
Curi kt rumah uncle Google :p
Wah, sedapnya kalau hari panas-panas pekena air berkarbonat kn?
siap ade ais lagi..pergh!! mmg uuurrmmp la..

tapi, tahukah U Olls kesan buruk yang U Olls akan dapat
kalau sering meneguk air ini??
ok, jom usha sekarang..Cik Mimie bagitahu U Olls ye

- Ginjal-Daya fungsi ginjal akan terganggu dan produktiviti ginjal dalam menghasilkan air kencing juga akan menurun disebabkan gas yang terkandung dalam air berkarbonat. Jika air kencing sedikit dan lebih pekat dari biasa ini akan mengganggu sistem ginjal untuk berfungsi secara normal.
- Perut-Ini penting!! tolong jangan minum air berkarbonat ketika perut kosong. Ia akan menyebabkan anda diserang sakit perut dan perut anda akan mengalami masalah angin. Hal ini adalah kerana ia boleh menimbulkan luka akibat tercampurnya gas dan asid di dalam perut. Beban 'kerja' pada perut juga akan bertambah jika anda minum secara berlebihan.
- Susah tidur-Tahukah kamu dalam air berkarbonat juga mengandungi kafeina?? Kafeina di dalamnya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan degupan jantung menjadi tidak teratur. Oleh sebab itu, kamu pasti akan mengalami ketidakselesaan dan hasilnya tidur malam kamu akan terganggu. "Jadikan malam2 kamu seperti ini"
- Gigi-kecil2 dulu pasti kamu sering dinasihati oleh ibu supaya berus gigi selepas makan gula2 bukan? risikonya sama sahaja pada gigi, jika kamu minum air berkarbonat dengan kerap kerana ia juga boleh merosakkan gigi. Air berkarbonat mempunyai paras gula yang tinggi. Gula didalamnya membuatkan enamel gigi terhakis sedikit demi sedikit. bayangkn!! jika lama-kelamaan apa akan jadi pada gigi kamu. "Sayangilah gigi anda"
- Otot-Air berkarbonat juga boleh memberi kesan buruk kepada otot. Jika kamu minum air berkarbonat 2 liter setiap hari, ia boleh membuatkan kadar kalium dalam darah menurun. Kesannya, badan kamu akan cepat penat, otot menjadi lemah, tidak larat mengangkat benda berat dan pergerakan juga akn terbatas.
"Mungkin selepas ini U Olls boleh menukar menu minuman U Olls. Cuba elakkan untuk minum air berkarbonat tukar la ia kepada air jus ataupun air kosong*lebih baik tok kesihatan bukan?"
p/s: Cubalah hindari minum minuman berkarbonat mulai hari ini!!
KATAKAN 'TAKNAK' KEPADA AIR BERKARBONAT!!
rujukan: REMAJA



