-->

CARI APE TU?

Tuesday, April 21, 2015

Majlis Jamuan Teh Rakyat Daerah Segamat

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai U Olls, hari ini Cik Mimie nak story pasal event yang diadakan di Dataran Segamat pada hari Ahad yang lalu.  Ha, nampak kan banner kat atas ni? Ini adalah majlis yang diadakan bersempena dengan kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim iaitu Sultan Johor pada 23 Mac yang lalu. Pada 19 April 2015 (ahad) merupakan giliran bagi Daerah Segamat untuk majlis Minum petang bersama Sultan.

Tentatif Lawatan Sultan Johor ke Daerah-daerah

28 Mac 2015 - 3.00 petang - Padang Awam Gelang Patah, Johor Bahru
3 April 2015 - 3.00 petang - Permas Jaya, Johor Bahru
4 April 2015 - 3.00 petang - Laman Tasik Kluang
5 April 2015 - 3.00 petang - Stadium Batu Pahat
7 April 2015 - 3.00 Petang Stadium Mini Pontian
9 Apil 2015 - 3.00 petang - PerkaranganPejabat Majlis Daerah Mersing
14 April 2015 - 3.00 Petang - Padang Bukit Kerajan Kota Tinggi
16 April 2015 - 3.00 petang - Perkarangan Pejabat Daerah Kulaijaya
18 April 2015 - 3.00 petang - Dataran Tanjung Emas, Muar
19 April 2015 - 3.00 petang - Dataran Segamat
20 april 2015 - 3.00 Petang - Dataran Ledang

Semalam merupakan hari terakhir lawatan DYMM Sultan Ibrahim. Majlis yang sangat happening sebab takde lah formal sangat, santai-santai gitu. Cik Mimie pergi dengan semua family Cik Mimie. Taknak lah lepaskan peluang berjumpa dengan DYMM Sultan Ibrahim...hehehe..Aktiviti pada hari itu just makan-makan dan persembahan dari wakil-wakil kerajaan/Swasta, Cabutan Bertuah dan juga persembahan artis jemputan. Manakala, makanan pula ditaja oleh wakil-wakil Kerajaan & Swasta yang mana mereka semua membuka booth-booth kecil untuk semua rakyat Segamat. Banyak sangat makanan yang disediakan, sebagai contoh wakil yang terlibat :

Wakil Bomba & Penyelamat - Aneka Bubur
Wakil KFC - Ayam
Wakil KSL Hodings - Burger
Wakil Jakel Trading - Ayam Golek
Wakil Nirwana Maju - Air Nescafe Panas & Sejuk
Wakil KopTown Hotel - Aiskrim
Wakil Komuniti Facebook Segamat - Roti John

Dan banyak lagi wakil-wakil yang terlibat, ada nasi lemak, kuih-muih, laksa dan macam-macam lagi. Cik Mimie ni just makan burger, soto dan ayam golek je. Tu pun dah kenyang sangat, tak merasa pun makanan lain-lain tu. Haish, tak tahu nak letak mana, perut kecil sangat..ekekeke..

Majlis bermula pukul 3.00 petang selepas kedatangan DYMM Sultan Ibrahim bersama dengan 2 orang Anakanda Tuanku iaitu YAM Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Kadi Daerah Segamat. Artis yang datang memeriahkan majlis ialah Farid Kamil, David Teo, Shima Anuar dan juga Ifa Raziah. Now, kita layan gambar je la ye :)

Kereta yang dinaiki oleh DYMM Sultan Ibrahim & Anakanda beliau

Anak buah Cik Mimie nak juga bergambar dengan Motor Polis
Escort..escort..hehe
Ketibaan DYMM Sultan Ibrahim
YAM Tengku Idris
Tempat untuk bersantap :)
Meja Makan untuk Wakil-wakil kerajaan & Swasta yang terlibat
Rayyan & Ayah dia bergambar dengan Ifa Raziah
Ada sesiapa yang cari gambar Cik Mimie ke? Hehehe..takde mood nak bergambar Cik Mimie sibuk jadi babysitter jaga si Rayyan tu je..hahaha.. Selain Majlis Minum petang ada juga Pameran yang diadakan..Baca lah banner di bawah ye...penat pulak menulis..ekekeke :P


Belum berkesempatan lagi Cik Mimie nak pergi sebab kerja, tengok lah hari Sabtu or Ahad nanti Cik Mimie datang terjah sini pula :)

p/s : Maaf kalau entri ni terlampau panjang :) Sekadar berkongsi.

Credit gambar : Kamera abang & abang ipar..:P

6 comments:

  1. Wah bestnya dapat sertai event bersama DYMM...

    ReplyDelete
  2. best gla dapat tengok depan mata... :D aritu saya naik bas, nampak segerombolan (ye ke) kereta dengan no plate dia TMJ1 kot. apa entah nama plate dia... cool gila. tapi x sempat amek gambar

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat join event sebegini..

    ReplyDelete
  4. wah..bestnya..paling best makanan tu sedap2 la..ada ifa raziah juga.. ;)

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat jumpa DYMM ni. Memang dia mesra rakyat kan

    ReplyDelete
  6. hehehehe nak komen...
    bestnyaaa makanan =P

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda