-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, August 15, 2014

Gantung ke Jantung??

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, kenyang dah perut Cik Mimie *"baru lepas lunch mahunya tak kenyang..kikiki". Hari ini pagi-pagi lagi dah sibuk dengan kerja, tak sempat Cik Mimie nak update entry baru. Sekarang kerja dah siap perut pun dah kenyang dah boleh sambung BW & Menabung di blog u oll *"suka tak? suka tak? :D".

Ok, dalam entry ni Cik Mimie nak story-mory pasal cerita pagi tadi between Cik Mimie & Site Supervisor (SS). Ceritanya macam ni lah lebih kurang, sesampainya Cik Mimie di pejabat selesai letak bag semua bagai. Tiba-tiba SS Cik Mimie masuk pejabat, lepastu dia ceritalah yang isteri Encik Is (rakan kerja Cik Mimie) baru meninggal dunia pagi tadi *Innalillahi wainnalillah hirajiun dalam hati Cik Mimie. Ops, lupa nak bagitahu yang SS Cik Mimie ni berbangsa Cina.

Cik Mimie : "Isteri Encik Is mati sebab ape?"
SS : "Dia punya bini mati sebab gantung ooo"
Cik Mimie : Cakap dalam hati "Isteri Encik Is mati sebab gantung? Takkan kot dia gantung diri"
SS : "Itu bini dia ada ashma juga, itu aaaa Is punya bini badan ada gemuk-gemuk ooo"....."Haiyo, ini hari dia takde mari sama Raja. Dia mahu tanam dia punya bini"
Cik Mimie : Itu macam kah? *Stil blur & tak percaya.

SS Cik Mimie pun beredar, tak lama lepas tu Site Manager (SM) pulak masuk pejabat. Dia pass segala dokumen yang Cik Mimie minta semalam. Cik Mimie pun tanya dia pasal Encik Is itu. SM pun berbangsa Cina juga.

Cik Mimie : "You ada dengar itu Is punya bini sudah meninggal?"
SM : "Ada, itu pagi tadi dalam pukul 1. Dia punya bini ada ashma, tapi mati sebab dia kena sakit       jantung."
Cik Mimie : "oooohhh, jantung" *jantung la mimie bukan gantung hahahaha, apalah SS Cik Mimie ni"

Lepas je SM mimie beredar, terus ketawa. Teruk benor pelat melayu SS Cik Mimie. Haish, JANTUNG disebutnya GANTUNG.*Sabar je la~

Moral the story : Jangan cepat percaya cerita pertama yang kita dengar. Kalau ragu-ragu better tanya orang yang lebih tahu atau tuan empunya diri.

P/s : Takziah buat keluar Encik Is, semoga isteri beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. AL-FATIHAH

16 comments:

  1. haha kelakar pulak.. jantung jadi gantung -,-

    Alfatihah. semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar kan? Nasib abik time gelak tuu xde org..hee..

      AL fatihah

      Delete
  2. hahahahahahaahahahaaaa~gantung pun boleh! hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahha...gantung pon bolehhh..hahhahaha

    ReplyDelete
  4. adoi... nasib baik tak dikecoh kecoh kat orang. kalau x, -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itula, mesti orang leb pun fikir cam Cik Mimie gantung diri..haish..sabar je la.. :)

      Delete
  5. takziah diucapkan. gantung pun gantung lah. hahaha. aduhaii

    ReplyDelete
  6. salah dengar kott dia. hehehe. alfatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya la kot..tak tahu la dia salah dengar, salah cakap atau Cik Mimie yang salah...hahaha..confiuse2..

      Delete
  7. Salam Takziah .. hahaha. .gantung ngn jantung xbnyak beza. tu yg dy trtukar. .ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sha..hahah..Cik Mimie yang dengar pun kompius da.hahah

      Delete
  8. hahaha.. takziah dlu. kalau ikutkan slang cina ni susah nk faham. dengar lain cakap lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..slang dorang kekadang ckp len maksud len..hehehe

      Delete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250