-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Malaysia : AL-Fatihah

Salam 1 Malaysia..

sumber M Star
Seperti kita semua tahu pada 17 Julai 2014 (Khamis) yang lalu, negara kita telah dikejutkan dengan berita nahas kapal terbang milik Malaysia (MAS) iaitu MH17 telah terhempas akibat ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Russia. Seramai 298 orang penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas tersebut.

Hari ni 22 Ogos 2014 (Selasa) merupakan Hari Berkabung Malaysia bagi menghormati ketibaan jenazah mangsa nahas MH17 di tanah air. Seramai 20 jenazah dibawa pula ke Malaysia. Alhamdulillah, semoga dengan kepulangan jenazah ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan dan mengurangkan kesedihan terhadap keluarga mangsa. Semoga upacara dan perjalanan semua jenazah hari ni berjalan dengan lancar.


Senarai Nama Jenazah MH17 yang Dibawa Pulang

Anak kapal
1. Mastura Mustafa
2.Ahmad Hakimi Hanapi (teknikal)
3.Hamfazlin Sham Mohamed Arifin
4. Nur Shazana Mohamed Salleh
5.Dora Shahila Kassim
6.Lee Hui Pin
7.Angeline Premila Rajandaran
8.Chong Yee Pheng
9.Azrina Yakob


Penumpang
1.Foo Ming Lee
2.Karamjit Singh Karnail Sigh
3.Ng Qing Zheng
4.Mabel Anthony Samy
5.Paul Rajasingam/Sivagnanam
6.Elisabeth Ng Lyeti
7.Ariza Ghazalee
8.Muhammad Afif Tambi
9.Noor Rahimmah Mohd Nor
10.Mohd Ali Mohd Salim
11.Hasni Hardi Parlan

Al-Fatihah buat semua mangsa beragama Islam. Cik Mimie doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada semua ahli keluarga yang terlibat serta mempermudahkan segala urusan. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. :(

p/s : Salah seorang penumpang warga Segamat turut dibawa pulang hari ini. Takziah buat keluarga mangsa MH17.

12 comments:

  1. al-fatihah..takziah bt keluarga mangsa..

    ReplyDelete
  2. alfatihah ~ takziah bt keluarga mangsa.. semoga tabah :')

    ReplyDelete
  3. al-fatihah,
    takziah buat keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  4. salam takziah buat keluarga mereka...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
  5. salam. alhamdulillah semua jenazah selamat tiba..

    al-fatihah dan salam takziah..

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah....Moga tenang mereka di Sana

    ReplyDelete
  7. Al Fatihah. Sesungguhnya kejadian2 ini semua memberi impak yang besar kepada Malaysia am nya dan kepada semua rakyat Malaysia.. Semuga kita akan kembali aman dan tenteram dari segala malapetaka dan kejadian yang tidak diinigin

    Komen No 75
    http://jomsantaisekejap.blogspot.com/2014/08/jom-blogcomments-4.html

    ReplyDelete
  8. Al Fatihah... Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka semua...

    ReplyDelete
  9. takziah buah ahli keluarga mangsa... semoga tabah :(... moga moga tak akan berulang lagi tragedi ni

    ReplyDelete
  10. Salam takziah kepada keluarga dan kenalan mangsa.
    Sedih tgk berita mh17 smlm.

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250