-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, May 6, 2011

Edisi Lawak: Jom Gelak!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini Cik Mimie nak berkongsi kisah lawak dengan u all semua. *Cik Mimie pun tak tahu kisah ni lawak ke tak..hehehe..Apa-apa pun u all yang decide sendiri ye, bagi Cik Mimie lawak je..hahahaha..

Kisah 1: Ular yang Beracun.

Seekor anak ular bertanya kepada ibunya, "Ibu, betul ke ular macam kita ni beracun?" Jawab si ibu, "Sahih lagi nyata wahai anakku sayang. Jika ada yang cuba mengganggu kamu, gigit saja ia. Maka ia akan mati kerana racun yang ada pada kita sangat berbisa." "Alamaaakkk..ibu!!! Habislah saya..uuwwaaa." Balas si anak ular sambil menangis. "Anakku, mengapakah kamu menangis? Adakah kamu sudah menggigit sesuatu?" Tanya si ibu. "Saya sudah tergigit lidah sendiri!!" Jawab si anak sambil menangis terguling-guling.


Kisah 2: Malas ke Sekolah.

Jam sudah menginjak ke angka 7 pagi. Namun kelihatan Karim masih dibaluti selimut sambil berdengkur. Ibunya segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: "Karim ooooo Karim. Bangun lah cepat, kang lambat pulak kamu ke sekolah."

Karim: "Saya tak nak pergi sekolah lah hari ini, mak"

Ibu: "Apa?? Tak nak ke sekolah? Bagi dua sebab mengapa kamu tak nak ke sekolah!"

Karim: "Pertamanya, sebab murid-murid tak suka Karim. Guru-guru kat sekolah pun tak suka Karim."

Ibu: "Itu bukan alasan untuk kami tidak ke sekolah. Sekarang bangun cepat!!"

Karim: "Ala, mak ni..sekarang mak bagi dua sebab mengapa Karim harus ke sekolah!"

Ibu: "Eh, budak bertuah! Dengar baik-baik apa yang mak nak cakap ni. Pertamanya, kamu sudah berusia 50 tahun. Kedua..kamu kan pengetua sekolah!!!"


...................The End.......................

p/s: kalau lawak anda boleh gelak, kalau tak lawak pun anda boleh gelak jgak...hahahaha!!

Sumber: REMAJA

No comments:

Post a Comment

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250