Salam 1 Malaysia ^_^
Hai u all..Apa khabar hari ini? ada sihat tak? hehehe..
Cik Mimie harap semuanya sihat2 belaka la yer..
Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal kita sambut pada 15 Februari 2011 yang hanya tinggal beberapa hari je lagi ini. Cik Mimie nak berkongsi sedikit dengan u all semua mengenai 7 sunnah Rasulullah SAW yang patut kita jaga dan amalkan di dalam kehidupan seharian kita. Semoga apa yang Cik Mimie kongsikan ini dapat sama-sama kita manfaatkan.
Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qu'ran terlebih dahulu sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qu'ran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah (rumah Allah).
Keempat: Jaga solat Dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."
Ketujuh: Amalkan istighfaar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Sumber dari SINI.
7 perkongsian yang berguna. masih :) best!!
ReplyDeleteSalam. Byk hikmahnya sunnah2 ni
ReplyDeletefyy mokhtar: hehe..thankz sudi guling2 kt sini.. ^_^
ReplyDeletegilastats: Wasalam, yup2..byk sgt.smoga kita dpt mngamalkannye..^_^
ReplyDelete