Salam 1 Malaysia ^_^
Ha, esok dah nak raya kan? So, mesti ramai yang akan balik kampung dan rumah u oll akan kosong selama lebih kurang seminggu. Dan tak lupa juga yang akan keluar beraya pada hari raya nanti. So, disini Cik Mimie nak kongsi beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh kita gunakan di hari perayaan ini. Seronok-seronok jugak, keselamatan kena jaga macam orang selalu kata "Safety First"..
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MUSIM PERAYAAN ATAU MENINGGALKAN RUMAH UNTUK BERCUTI.
1.
Pastikan pintu dan tingkap rumah
ditutp dan dikunci dengan ibu kunci (padlock)yang tidak mudah dipecahkan atau
diumpil.
2.
Pastikan lampu disekeliling rumah
(depan/belakang) dipasang mulai jam 6.00 petang hingga 7.00 pagi (menggunakan
auto timer) setiap hari. Pastikan alat penggera dipasang dan berfungsi dengan
baik (jika ada).
3.
Pastikan alat keselamatan tambahan
seperti rantai dengan ibu kunci (padlock) yang dipasang di tempat yang dianggap
mudah dipecah masuk seperti pagar hadapan dan belakang, pintu besi (grill)
hadapan dan belakang rumah. Alat tersebut harus dipasang sebelum meninggalkan
rumah.
4.
Jangan membiarkan binatang
peliharaan anda kebuluran semasa anda bercuti.
5.
Pastikan jiran sebelah-menyebelah
rumah (termasuk jiran dihadapan/belakang rumah) dimaklumkan, serta diberi
nombor telefon yang mudah dihubungi dalam jangka masa ketiadaan anda
6.
Pastikan barang-barang kemas seperti
emas, wang tunai, jam berharga dan sebagainya dibawa bersama atau disimpan di
tempat yang selamat dan bersesuaian
7.
Hentikan langganan suratkhabar bagi
mengelakkan penjenayah daripada mengetahui rumah ditinggalkan kosong. Meminta
pertolongan jiran untuk menyimpan surat kiriman yang diletakkan di dalam peti
surat atau pintu pagar dalam jangka masa ketiadaan anda.
8.
Maklumkan
kepada pegawai atau anggota bertugas di bilik gerakan polis apabila anda
bercuti dengan menghubungi nombor telefon ibu pejabat polis berdekatan dengan
tempat tinggal anda dan berikan maklumat seperti berikut:
·
Nama dan alamat
·
Nombor telefon yang mudah dihubungi
·
Tarikh berlepas dan balik
·
Nombor dan jenis kenderaan yang ditinggalkan
semasa bercuti.
9.
Anda juga
dinasihatkan melindungi harta benda rumah anda dengan polisi insurans untuk
meringankan beban kerugian sekiranya dipecah masuk.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA"
GOOGLE IMAGE |
SUMBER : DISINI
keselamatan perlu diutamakan.. hikhik
ReplyDeleteyup! Safety first v(^_^)
DeletePerkara2 begini kena buat checklist. Klu tak lupa,..
ReplyDelete