-->

Pages

CARI APE TU?

Tuesday, May 31, 2011

Suka vs Tak Suka

Salam 1 Malaysia ^_^


Hai u all!! Tengah buat apa tu?? Ha, Skudeng blog Cik Mimie yer??
hehe..takpe2, Cik Mimie tak marah pun.. Cik Mimie suka tau ^__^
Erm, rasa lama lak tak bercerita pasal diri sendiri. Asyik story pasal benda lain jer. So, untuk entry kali ini Cik Mimie nak reveal tentang apa yang Cik Mimie suka dan apa yang Cik Mimie tak suka. boleh kan?? *ini kan blog Cik Mimie, ikut suka Cik Mimie la nak story pasal pe..Tteeett!! =)

Cik Mimie tak nak bagitahu banyak2, Cik Mimie nak bagitahu 5 jer.

5 benda yang Cik Mimie SUKA

-Semua jenis makanan yang melibatkan kueytiaw dan pedas.
-Duduk dalam bilik sorang2 layan blog & facebook.
-Baca buku dari halaman belakang dulu.
-Kumpul Majalah REMAJA banyak2
-Paksa akak Cik Mimie bawa Cik Mimie pergi jalan2.

5 benda yang Cik Mimie TAK SUKA

- Makanan dan minuman yang manis2 sebagai contoh kek, coklat, kuih-muih dan air manis
- Susu *ini memang tak boleh nak diterima tekak.
- Binatang tuuutt!! *tak boleh mention.
- Orang yang bermuka2 *depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain.
- Tuduh Cik Mimie buat perkara yang Cik Mimie tak buat.

Cukuplah ini je yang Cik Mimie reveal..haha.. tak boleh reveal banyak2 bahaya..^_^
Kalau ikutkan mahu lebih 5 Cik Mimie senaraikan..kuikuikui..

p/s: ade tak benda kat atas ni yang korang suka n tak suka jugak??

AKU KATA TAK NAK, TAK NAK LAA!

Salam 1 Malaysia ^_^

Pesanan Dari Belog Cik Mimie
"Katakan TAK NAK pada ROKOK!!!"


31 MEI - HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA

"Asap rokok membahayakan kesihatan,
Kesannya buruk berganda-ganda,
Kurangkan merokok dalam harian,
Kerana nyawa anda begitu berharga."

-sekian-

Sunday, May 29, 2011

Juara Baru Mentor 5

Salam 1 Malaysia ^_^


Pergh!! tahniah Cik Mimie ucapkan kepada mentor Erra Fazira kerana protege beliau Salma telah dinobatkan sebagai Juara Mentor 5. Memang tak dinafikan persembahan protege2 pada malam ini memang gila sengit lah. Sampai Cik Mimie pun tak tahu sapa yang akan menang.


Dan artis2 undangan yang sama-sama memeriahkan persembahan protege malam ini pun tak kurang hebatnya. Cayalah Jaclyn Victor, Black dan Faizal Thahir..*terbaik wokkk!!..

Ya, congratulations sekali lagi buat Salma. Beliau telah mendapat markah yang paling tinggi iaitu 85 markah sekaligus mengalahkan Shiha dan Iqa yang masing-masing mendapat 65 markah dan 52 markah. Semoga Salma terus sukses dalam dunia hiburan ini dan menggunakan bakat nya dengan sebaik mungkin.

LAGU TERBARU PESERTA FINAL MENTOR 5

Salma - Aku Permata komposer Taja Muh
Shiha - Ku Bertemu Mu komposer Ajai
Iqa - Di Penghujungnya komposer Edry Abd Halim

Tahniah Salma


Bagi Shiha dan Iqa sukses juga buat anda berdua, insyaallah rezeki ada di mana2..^_^

p/s: U~awekz u tak menang la..jangan mara ok!! =P

Saturday, May 28, 2011

Watermark Baru!!

Salam 1 Malaysia ^_^

hoooyyee2!! *gumbira tak tentu pasal hari ini..
Actually, Cik Mimie taknak bebel banyak-banyak dalam entry ni. Cik Mimie just nak show off watermark Cik Mimie yang baru kat u all semua jer..hehe..

Kalau sebelum ini Cik Mimie gunakan watermark di dalam gambar di bawah.

Tapi sekarang Cik Mimie gunakan watermark di bawah ini pula..weee...


Inilah yang akan Cik Mimie buat kalau takde keje nak buat...huhu

p/S: rasa cam nak renovate jer blog ni..=/

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Salam 1 Malaysia ^_^

First if all, Cik Mimie nak berterima kasih kepada En. TelagaPutih sebab beliau telah menge'tag' Cik Mimie sekaligus mengajak Cik Mimie untuk join segmen di Blog Pilihan Malaysia (BPM).
Wah, teruja pulak Cik Mimie rasa..hehehe..Actually, Pra-BPM ini dibuat adalah untuk menghangatkan lagi segmen BPM ini..huhu..Untuk Pra-BPM ini terdapat 7 Kategori yang disediakan untuk u all pilih. Nak tahu syarat dan kategori yang disediakan?? U all boleh terjah Blog BPM sekarang!! Lekas..lekas..^_^


Kategori yang menjadi pilihan Cik Mimie ialah kategori:-

-BLOG PERSONAL WANITA PILIHAN-

So, Cik Mimie nak story-mory dekat u all semua serba sedikit mengenai blog Cik Mimie ini. Blog ini diberi nama "Watever I Like To Write" atau dalam bahasa Malaysianya "Apa-apa saja yang aku suka tulis" *Panjang kan? sebab tu Cik Mimie tak tulis Bahasa Malaysia..haha.. Actually, Cik Mimie mempunyai 3 buah blog. Dan blog ini adalah blog kedua Cik Mimie. Blog pertama Cik Mimie, Cik Mimie dah delete dah sebab tak berapa nak aktif. Blog ketiga pula kekadang je aktif sebab tu blog untuk assignment Cik Mimie masa semester 4 dulu. (SHARING IS CARING)*sayang nak delete =)..

Minat Cik Mimie dalam membuat blog ini bermula ketika seorang kawan Cik Mimie ni asyik dok promote je blog die kat Cik Mimie. Tak habis2 dia suruh Cik Mimie baca...haha..sejak dari itulah Cik Mimie pun mula berjinak2 nak ada blog macam dia jugak..*nampak sangat Cik Mimie jeles dia ada blog..haha..Terus-terang Cik Mimie cakap tak rugi Cik Mimie terjun dalam dunia blogger ni, sebab dunia blogger ni best sangat2!! *thankz Dafi =)

Dan Blog ini telah pun wujud selama 1 tahun, 4 bulan sejak terpaparnya entry pertama Cik Mimie yang bertajuk Lagu Kesukaan Aku pada 06/01/2010.

Last but not least, Cik Mimie nak tag seorang member blogger Cik Mimie ni..Cik Cahaya =)

"kunjung mengunjung sesama kita,
setiap hari setiap masa,
Segmen BPM sudah bermula,
tunggu apa lagi jom la turut serta''

P/s: marilah memeriahkan dunia blogging anda =)

Thursday, May 26, 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, lama rasanya Cik Mimie tak join segmen2 yang dianjurkan oleh blogger lain ni. Kali ni, Cik Mimie nak join segmen dari abgteror lah.. boleh kan abgteror??
Segmen yang diberi nama Tanah Tumpah Darahku. Takde syarat yang dikenakan just u all semua perlu menjawab soalan yang diberi jer.. Mudah kan?


Soalan-soalan bagi segmen ini adalah seperti dibawah:-

S - Dimana anda dilahirkan?
J - Cik Mimie dilahirkan di Hospital Besar Segamat, Johor Darul Takzim.

S - Dimana anda dibesarkan?
J - Cik Mimie dibesarkan selama dua puluh tahun satu di Segamat juga. Takde pindah2 tempat lain pun. Anak jati Johor ni ^_^

S - Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abangteror.
J - Opkoslah negeri Johor. =)

S - Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
J - Negeri Johor negeri yang aman dan makmur. Berdekatan dengan Singapore tau.hehehe..Apa yang penting memang bestlah tinggal kat negeri Johor ni. Bahasa yang diorang gunakan pun tak susah nak faham..senang jer..hehehe^_^

-DONE-

p/s: Selamat berkenalan semua tak kira dimana asal anda!! Hellow..

Wednesday, May 25, 2011

Terima Kasih Ya Allah =)

Salam 1 Malaysia ^_^


Alhamdulilah, Cik Mimie bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Cik Mimie perolehi tadi. Ye, seperti semua sedia maklum hari ini keputusan peperiksaan bagi semua pelajar Dip-UiTM telah dipaparkan dan dihantar ke emel masing-masing. Dan sekali lagi Cik Mimie bersyukur. Cik Mimie puas hati dengan keputusan yang Cik Mimie perolehi even, pointer ada jatuh sikit. Tapi, Cik Mimie stil boleh terima. Apa yang penting semua lulus. *ye dok?? ^_^

Di kesempatan ini Cik Mimie nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah banyak membantu Cik Mimie dalam menghadapi cabaran untuk Cik Mimie sampai ke tahap ini (Diploma). Jasa-jasa kalian tidak dapat Cik Mimie balas, hanya kepada-Nya Cik Mimie mohon untuk membalas jasa kalian.

  • TERIMA KASIH KEPADA LECTURER-LECTURER IKIP COLLEGE
  • TERIMA KASIH KEPADA MAK & ABAH
  • TERIMA KASIH KEPADA KAKAK-KAKAK DAN ABANG
  • TERIMA KASIH KEPARA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN
  • TERIMA KASIH JUGA KEPADA ANDA SEMUA YANG MENDOKAN KEJAYAAN CIK MIMIE
Terima KAsih Sekali Lagi....^_^


-MISSION COMPLETE-
yyyeeeaaahhhhyyyy!!


p/s: KAWAN-KAWAN DBS6: Yiiippppiieee!! kita boleh konvo sama-sama..=)


Tuesday, May 24, 2011

Apa Yang Kita Tak Tahu???


Salam 1 Malaysia ^_^

Haiiii U alll!! Selamat Hari Selasa. Erm, apa aktiviti u all hari ini?? Bagi yang sedang bekerja tu, Cik Mimie ucapkan selamat bekerja yerk! Kerja leklok tau, jangan 'moonlighting' lak..teehee.. Hari ini Cik Mimie duduk rumah jer, macam biasa. Lagipun kat sini hujan lah, so tak dapatlah nak ke mana2. Now, Cik Mimie nak berkongsi dengan u all tentang perkara2 yang mungkin ada dikalangan u all yang sudah tahu. Ha, bagi yang belum tahu jom kita sama2 ambil tahu..hehehe..

  1. Susu Coklat Membekalkan Protein - Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, minuman terbaik selepas kamu melakukan senaman ialah segelas susu coklat kerana terdapat protein yang terkandung di dalam minuman tersebut.
  2. Bayi - Untuk pengetahuan anda, bayi dilahirkan dengan sejumlah 300 tulang. Tetapi apabila dewasa hanya 206 tulang sahaja di dalam tubuh kita.
  3. Nyamuk - Hanya nyamuk betina yang akan menggigit dan menghisap darah kerana ia memerlukan protein dari darah berkenaan untuk menghasilkan telur.
  4. Cimpazi - Seekor cimpazi boleh mengenali dirinya menerusi cermin, tetapi tidak bagi seekor monyet.
  5. Madu - Satu-satunya makanan yang tidak akan berbau busuk ialah madu.
*Gambar2 ehsan dari uncle google

p/s: Sharing is Caring....^_^

Giveaway Belog Nemomimosh

Salam 1 Malaysia ^_^

Huhuhu..agak lama Cik Mimie tidak ditag. Kali ini dia datang lagi.
Terima kasih kepada En. Telaga Putih kerana telah mengetag saya yerk! =)

GA yang diajak untuk join bersama beliau ialah GA daripada Cik Nemo.
Hadiah dia best tau!! ^_^

[Untuk T & C boleh klik disini....]

Dan hadiah2 yang menanti anda ialah........siyes!! hadiah dia mmg best..
ha, sila usha2 dibawah ini. Anda hnya boleh pilih 1 je, takleh semua..hehe





Ha!! bestkan hadiah dia.. I told u..hehe,,lam byk2 ni Cik Mimie nak yang num 6 tu,,Ahakz, cam best jer ^_^ bleh kan Cik Nemo??

Orang yang kena tag Cik Aswani, En. aD dan Cik Qeqen.

p/S: gudluck u all..=)

Monday, May 23, 2011

Header Untuk Sha Era

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! Erm, nak tahu tak? Beberapa hari yang lepas BFF Cik Mimie iaitu Cik Sha Era telah membuat 1 request kat Cik Mimie tau. Dia minta Cik Mimie buatkan header baru untuk blog beliau "Ribena Kekasih Hati". *Wah, lama sudah Cik Mimie tak buat kerja edit-mengedit ni.

Almaklumlah, lappy Cik Mimie sakit so tak dapat lah Cik Mimie melakukan kerja 'part time' Cik Mimie yang 1 ni. Nasib baik ada lappy kakak Cik Mimie. Apa lagi petang tadi Cik Mimie pun download la Adobe photoshop untuk memudahkan kerja2 pengeditan Cik Mimie itu. *ngeh3, giler jahat Cik Mimie ni kan?? ^_*.

Actually, Cik Sha Era telah bagitahu Cik Mimie apa yang dia nak untuk header beliau. So, Cik Mimie just arrange apa2 yang patut je la. Tampal sana, tampal sini. Letak gambar tu, letak gambar ni. *hehehe, tak susah pun semudah A B C & 1 2 3 je ;D

Now, jom kite tgok hasil jari jemari Cik Mimie mencorakkan header beliau. Cantik or tidak itu terpulang kepada anda yang melihat. *Nasib baik tuan punye blog suka, Comey dia kata ^_^.

::Now Showing::
-
-
-
-
-
-

-dr uncle google-

Eh2, silap pulak.*camne picca pakwe Cik Mimie ada kat sini ni =_=". Maaf ye kawan2.=)

::Now The Real Showing::
-
-
-
-
-
-
-
-


Inilah hasil yang mampu Cik Mimie buat untuk beliau. Alhamdulillah beliau suka. So, kalau u all nak kenal2 dengan dia boleh jengah blog beliau. Don't worry beliau seorang yang sangat2 friendly ^_^

p/s: Lusa adalah penentu bagi hidup ini. Semoga semuanya baik2 sahaja. AMIN!! =)

Friday, May 20, 2011

Detik-Detik Mencemaskan!!!!!!


Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! apa khabar..?? Erm, mesti u all pun cemaskan? tengok tjuk entry Cik Mimie kali ini. Actually, Cik Mimie rasa takut lah. Hari ini dah 20 MEI 2011 bermakna ada 5 hari je lagi keputusan peperiksaan bagi semester akhir Cik Mimie akan keluar..huuuwwaaa, siyes!! kali ini Cik Mimie nervous sangat2.. Minta2 lah usaha Cik Mimie selama ini membuahkan hasilnya. 1 jer yang Cik Mimie harapkan, semoga Cik Mimie lulus dalam keempat2 subjek yang Cik Mimie duduki.


P/s: Entry ringkas untuk kali ini, perasaan masih lagi tak stabil. Tak sanggup rasanya nak fikir..>_<"
U all doakan Cik Mimie ye ^_^ Amin..Terima kasih..=)

Saturday, May 14, 2011

Queenpink lucky follower

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, Cik Mimie join contest lagi..
jom la kita ramai2 join LuckyDraw ni.
Kali ini dianjurkan oleh QueenPink.



::Syarat-syarat Penyertaan::
  • LIKE page ini http://www.facebook.com/pages/Lens-Mania/191076564268491
  • Kemudian pergi ke ke link ini dan klik LIKE juga
  • Follow blog QueenPink dan blog QUEENPINK
  • Informkan kat komen FB yang anda dah vote Queenpink
  • Buat entri yang bertajuk "Queenpink lucky follower" dan letakkan banner wajah Queenpink yang di atas ini di entri dan sidebar blog anda berserta dengan link sekali ye
  • Bila dah siap,tinggalkan link anda kat komen entri ini dan sertakan sekali ID FACEBOOK anda
  • Cabutan akan dibuat secara manual dan akan dicabut oleh Queenpink
  • TARIKH TUTUP : 11 JUN 2011 JAM 12 TENGAH MALAM

Pemenang bertuah akn memenangi barangan berupa: Minyak Wangi dan hadiah tambahan untuk 10 follower yang bertuah Mini Mug.


p/s: hope Cik Mimie ada luck..hehe..Chaiyok2 semua!! ^_^

Thursday, May 12, 2011

CONTEST RIBEN PUTIH : SI RABUN

Contest specialty untuk Si rabun Jauh atau Dekat
Meh la join reramai =))
Anjuran: Riben Putih

[Klik-klik banner tok T & C]

::Butir-butir Peribadi::

Nama: Cik Mimie

Jenis Rabun: Rabun Jauhhhhhh+silau menyilau

Power mata: Kanan (-7.00), kiri (-7.50) *terukkan =_="

Punca rabun: Suka tengok tv dekat2 + suka baca buku dalam gelap

Tempoh mengalami rabun: Apabila dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi adalah dalam 10 tahun.

Perasaan: Bangga sebab mempunyai 1 keistimewaan daripada orang yang tak rabun dan sedey sebab kena pakai cermin mata setiap masa *kalau tak pkai kena jalan meraba2 >_<"

Pengalaman manis menjadi si rabun: Mempunyai koleksi cermin mata dalam pelbagai warna dan bentuk =)

Pengalaman pahit: Cermin mata patah sebab kena bola masa main netball *sedey giler time tu.


::Bukti Kerabunan::

Tungggu apa lagiiiii...Jom Lah join!!

::Tarikh Tutup::

14 MEI 2011

p/s: gudluck tok semua...weee ^_^

Budak-budak zaman sekarang

sekadar hiasan

Salam 1 Malaysia ^_^

huuisshh, sangat penat Cik Mimie rasa berpoya-poya hari ini.
*padahal berpoya-poya pergi makan McD and karaoke jer haha..>_<".
Terima kasih pada orang tu sebab sudi 'date' dengan Cik Mimie.
*teehee =)

Habis citer pasal berpoya-poya. Ekceli, Cik Mimie nak cerita pasal keberanian budak-budak (sekolah) zaman sekarang. Haish, kalah kita yang dah agak meningkat tumbesaran ke Remaja Purba (RP) ni.

Lokasi: Dalam Bas Yow Hoe Segamat-Buluh kasap-Gemas-Segamat.
Masa: 13:45 PM

Kejadian berlaku ketika Cik Mimie dalam perjalanan nak pulang ke rumah selepas berpoya-poya. Cik Mimie duduk dibahagian tepi tingkap dalam bas tu. Ada lah beberapa orang budak2 sekolah ni yang duduk dekat belakang dan kerusi bersebelahan Cik Mimie. *waktu balik sekolah patutlah ramai budak sekolah. Bising tu jangan cakap lah *dorang ingat bas tu bapak dorg punya agaknya =_=".

Tahu tak apa yang dorang buat dalam bas tu?? hahaha..dorang mengurat beb!! Adeh la hai, ayat bukan main power lagi dok usha budak pompuan tu. *Advanced betol (_ _). Nak tahu tak camner dorang ngurat. Jom3 ikuti perbualan mereka di bawah *giler jaat Cik Mimie siap pasang telinga dengar dorang ngusha2...=p

Budak lelaki: hai awk!! sorang je ke? *ayat klise nak ngurat pompuan ;P
Budak pompuan: Senyum2 malu tapi mahu.
Budak lelaki: Awak sekolah mana ni?? nama saya zack *dgr nama dah tau player..ttteett!!
Budak pompuan: Senyum sambil tunjuk nametag.
Budak lelaki: Awk form berapa ni?
Budak Pompuan: Form 5

(member2 budak lelaki yang lain dah bising2 dah, kami Form5 jgak tapi tahun depan lah..hahaha)

Budak Lelaki: Tadi kat sekolah belajar apa?
Budak pompuan: Ada exam..
Budak lelaki: Owhh, exam!! sama lah kita..subjek apa?
Budak Pompuan: Agama..
Budak lelaki: eh..eh..sama lah!! kuar soklan apa tadi?? ada pasal sembelih tak?
Budak pompuan: Senyum ???

Dalam hati Cik Mimie, kau tu Form4 budak pompuan tu Form5 macam mana lah soklan nak sama..=_=" budak2 hai budak2!!

tiinggg!! *loceng ditekan..
Setakat itu sahaja lah perbualan yang Cik Mimie dengar sebab Cik Mimie dah sampai ke destinasi yang ingin dituju..Nampak sangat budak2 sekarang ni lebih advanced dari kita yang dah RP ni yerk. Tak macam budak2 zaman dulu, nak duduk sebelah pun takut ~_~"

Moral of the story:
Nasib baik budak2 tu bukan adik Cik Mimie kalau tak memang berbulu telinga dia dengar Cik Mimie bersyarah!!!

p/s: Pastikan Cik Mimie xde dalam bas saat korg nk usha awek!! haha..*kalau tak cter korg mmg masuk lam blog ni..lalalalala =))

Sunday, May 8, 2011

Diariummi Giveaway

Salam 1 Malaysia ^_^

Wah, sudah lama Cik Mimie tak join giveaway2 ni. Hari ini rasa macam nak join jer..hehe..
Giveaway kali ini dianjurkan oleh Kak Izan Ishak@mama si kembar ni.
Cute kan Affan & Afnan ni?? ^_^

::BANNER GIVEAWAY::
Jom, u all kita join ramai-ramai giveaway Kak Izan Ishak ni. Syarat-syarat untuk menyertainya cukup-cukup mudah. Jom kita usha..

::Syarat-Syarat Penyertaan::
- Hanya terbuka kepada blogger yang beralamat di Malaysia sahaja.
- Follow blog diariummi dan diariummi-contest.
- Buat entry ringkas dengan tajuk Diariummi Giveaway.
- Letakkan banner TWINS ummi ni dalam entry anda dan juga sidebar. Jangan lupa link terus ke entry ini ye.
- Tag 2 rakan untuk join GA ini.
- Tinggalkan link entry, is follower dan email anda dalam bahagian komen entry ini sahaja.

::TAG::

::HADIAH::
5 pemenang yang bertuah bakal diumumkan.
Hadiah mungkin ditambah jika penyertaan menggalakkan dari kawan-kawan semua.

::TARIKH TUTUP::
20 MEI 2011, 11:59 PM

p/s: gudluck tok Cik Mimie dan rakan-rakan yang menyertai GA ini.

Dunia Baru Akan Menjelma!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Alhamdulillah, semalam Cik Mimie telah selamat sampai ke kampung (Segamat). huhu, rasa seronok sangat bila dapat berjumpa dengan family tercinta. Tengok keletah anak-anak buah, terubat sikit rindu dengan mereka semua.

Selepas ini dapatlah Cik Mimie luangkan masa dengan mereka semua, memandangkan pengajian Cik Mimie telah pun tamat. *3 tahun di tempat orang, sekejapnya masa berlalu. Sekarang, adalah masa untuk Cik Mimie menghadapi dengan dunia pekerjaan pula.*haiish, takut pun ada. Tapi, nak kerja apa ye?? kerja x cari lagi ni, apply pun tak.*mimie, mimie, apa nak jadi dengan ko ni!!

My sista suruh apply je apa-apa kerja, dia cakap cari lah pengalaman dulu. Nanti baru fikir kerja yang kita nak. Sekarang pun ramai orang nak pekerja yang berpengalaman, kalau setakat graduan macam Cik Mimie ni memang tipis lah peluang nak dapat kerja ni. *hhmmm, minta2 adalah rezeki Cik Mimie..amin!! ^_^

Rasa macam tak percaya jer, yang Cik Mimie dah habis study. 3 tahun kat negeri orang, rasa macam semalam baru daftar dan kenal dengan member2 Cik Mimie. *I'll miss u guys, korang member yang paling best aku kenal. Terima kasih untuk semuanya dan aku nak minta maaf banyak2 kalau sepanjang perkenalan kita ada salah dan silap yang aku buat kat korang. Halalkan apa yang patut yer!! DBS tetap dihati!! bila nak poya2 lagi?? hehehe ^_^

Bagi yang nak sambung belajar tu, aku doakan semoga korang berjaya tau, dan bagi yang akan menempuh alam pekerjaan pulak. Chaiyok2 beb!! Semoga jadi pekerja yang cemerlang. Doakan aku disini juga tau. hehe..

P/s: Selamat menempuh dunia baru wahai rakan-rakan ku..^_*

Friday, May 6, 2011

Edisi Lawak: Jom Gelak!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini Cik Mimie nak berkongsi kisah lawak dengan u all semua. *Cik Mimie pun tak tahu kisah ni lawak ke tak..hehehe..Apa-apa pun u all yang decide sendiri ye, bagi Cik Mimie lawak je..hahahaha..

Kisah 1: Ular yang Beracun.

Seekor anak ular bertanya kepada ibunya, "Ibu, betul ke ular macam kita ni beracun?" Jawab si ibu, "Sahih lagi nyata wahai anakku sayang. Jika ada yang cuba mengganggu kamu, gigit saja ia. Maka ia akan mati kerana racun yang ada pada kita sangat berbisa." "Alamaaakkk..ibu!!! Habislah saya..uuwwaaa." Balas si anak ular sambil menangis. "Anakku, mengapakah kamu menangis? Adakah kamu sudah menggigit sesuatu?" Tanya si ibu. "Saya sudah tergigit lidah sendiri!!" Jawab si anak sambil menangis terguling-guling.


Kisah 2: Malas ke Sekolah.

Jam sudah menginjak ke angka 7 pagi. Namun kelihatan Karim masih dibaluti selimut sambil berdengkur. Ibunya segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: "Karim ooooo Karim. Bangun lah cepat, kang lambat pulak kamu ke sekolah."

Karim: "Saya tak nak pergi sekolah lah hari ini, mak"

Ibu: "Apa?? Tak nak ke sekolah? Bagi dua sebab mengapa kamu tak nak ke sekolah!"

Karim: "Pertamanya, sebab murid-murid tak suka Karim. Guru-guru kat sekolah pun tak suka Karim."

Ibu: "Itu bukan alasan untuk kami tidak ke sekolah. Sekarang bangun cepat!!"

Karim: "Ala, mak ni..sekarang mak bagi dua sebab mengapa Karim harus ke sekolah!"

Ibu: "Eh, budak bertuah! Dengar baik-baik apa yang mak nak cakap ni. Pertamanya, kamu sudah berusia 50 tahun. Kedua..kamu kan pengetua sekolah!!!"


...................The End.......................

p/s: kalau lawak anda boleh gelak, kalau tak lawak pun anda boleh gelak jgak...hahahaha!!

Sumber: REMAJA

Wednesday, May 4, 2011

Kuantan River Cruise

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! selamat tengah hari..mamam da ker?? hehehe.. Cik Mimie tak mamam lagi ni..
Lapar bangat sih!! >_<
OK2, untuk entry kali ini Cik Mimie nak cerita pengalaman Cik Mimie naik cruise bersama-sama member-member Cik Mimie..*best woo!! naik Night Cruise lagi tau =)
Actually niat nak naik Cruise ni dah lama da, malam Isnin hari itu baru berkesempatan.
Excited tu jangan cakap la kan..^_*

Kalau u all nak tahu, lokasi Kuantan River Cruise ini ialah berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), atau nak lebih detail bersebelahan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Inilah Cruise yang kami naik, muatan bagi 1 Cruise ialah 20 orang.

Member-member yang turut serta menaiki Cruise. Ain, Amoy dan Wan.

Ini pulak orang yang bertanggungjawab bawa kami ke sini..Terima kasih Kamarul ^_^

Bersedia untuk menikmati pemandangan sepanjang sungai Kuantan..*wink3x

Lampu-lampu dari bangunan yang terletak di tepi sungan Kuantan.

Cantik kan..^_^

See2..Signboard K.U.A.N.T.A.N kat belakang kami..

For More Information:

Daily Trip: (1 Hours 15 Minute)
Open: Monday-Sunday & Public Holiday
Time: 9.30 am, 11.30 am, 2.30 pm, 4.00 pm
Ticket: RM 15 (Adult) / RM 8 (Children)
Minimum 6 Adults @ RM 120

Night Trip: (30 Minute)
Open: Friday-Sunday & Public Holiday
Time: 8.00 pm - 11.00 pm
Ticket: Rm 5 (Adult/Children)
Minimum 10 Adult/Children @ RM 50.00

Call: 017-9643882

*Kalau nak tengok Kelip-kelip RM20/Person
Minimum 10 Adults @ RM 200

-Saja nak tampal gambar gedabak ni-


p/s: Cuti Semester dah bermula...hoooorrreeeyyyy!!! \(^_^)/

sumber: Facebook KRC

Monday, May 2, 2011

Peristiwa 1 MEI 2011

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all, siyes!! rindu giler Cik Mimie dengan u all semua..
Apa khabar?? sihat tak??
Akhirnya, Cik Mimie da kembali berblogging setelah pergi bertapa selama 2 minggu.
Hooorrrreeeyyy!! Final Exam da habis..Hope result dia tak menghampakan..*amin!!

Ok, untuk entry pertama di Bulan MEI Cik Mimie nak stori-mori kat u all semua tentang kejadian yang menimpa Cik Mimie pada 1 MEI 2011 (semalam).
Terus-terang Cik Mimie cakap, Cik Mimie stil tak percaya dengan apa yang terjadi ni.
*cam suspen je kan Cik Mimie ni??

Untuk pengetahuan u all, semalam Cik Mimie pergi JOMHEBOH dengan kakak Cik Mimie.
*Siapa-siapa yang duduk kat Kuantan mesti pergi juga kan?
Kejadian ini terjadi di sana pada pukul 5.55 petang, di mana Cik Mimie telah kehilangan dompet@purse ketika sedang asyik membelek baju!! *ok, Cik Mimie mengaku Cik Mimie memang cuai =_="!!
Sebenarnya, purse tu Cik Mimie pegang, masa keluar dari kedai baju tu tiba-tiba Cik Mimie rasa lain macam jer. Tangan ni macam kosong, ssuuuppp!! terus Cik Mimie menjerit kat kakak Cik Mimie..

Cik Mimie:"weyh, beg duit aku mana??" *muka memang cemas giler la kan.
Kakak Cik Mimie pun blurr:"mana ko letak??"
Cik Mimie:"tadi aku pegang, skrg takde dah!! =(

Kami berdua pun patah balik pergi kedai baju tadi, tanye orang kedai tu jumpa tak purse Cik Mimie, habis gak lah baju kat kedai tu Cik Mimie punggah.. Resul
tnya: Hampa!! ~_~"
perkara pertama yang Cik Mimie buat call hotline CimbBank block ATM card Cik Mimie.
*air mata yang keluar ni kalau tadah penuh satu baldi Cik Mimie rasa.
Then, kami pergi ke konti Balai Polis Bergerak nak buat laporan. Polis tu suruh pergi Balai Polis besar sebab kalau buat kat sana lebih cepat proses dia.
Tepat pukul 7.00 malam Cik Mimie pun buat laporan kt balai polis, sebelum tu pun ada gak orang lain yang buat laporan yang sama*polis tu cakap lah.

Dah settle semua tu Cik Mimie pun balik hantar barang, then kuar semula dalam pukul 8.30 malam untuk pergi makan.
U all nak tahu tak?? Masa kat kedai makan tu tetiba Cik Mimie dapat panggilan dari Emak Cik Mimie. *dalam hati Cik Mimie "adess!! kantoi mak dah tau, aku nak cakap ape ni??"
Cik Mimie pun jawab call tu..

Cik Mimie: "hello mak."
Mak: "adik, beg duit adik mana??? *trus tnya soklan tu!!
Cik Mimie: "beg duit adik takde dah =("
Mak: "ni ha, ada polis telepon rumah bagitahu beg duit adik ada kat dia. Dia suruh amik kat Balai Polis bergerak"
Cik Mimie: "ha, betul ke mak??" *Ya, Allah Cik Mimie bersyukur sgt, speechless terus.

Cik Mimie pun bergerak pergi Balai Polis bergerak tadi, ye, betul purse Cik Mimie da jumpa.
*menangis lagi T_T, syukur sangat2!!
Barang dalam tu semua ada lagi, juz duit je la x mencukupi.
Itu, xpe!! yang penting I/c tu ada. Terima kasih sangat dekat orang yang pulangkan tu.
Anda memang seorang jujur, ssah nak cari orang macam anda sekarang ni.
semoga Allah S.W.T yang membalas jasa anda. Terima kasih sgt T_T

Moral of the story: jagalah barang anda baik2!! jangan jadi cam Cik Mimie, yang cuai ni..

p/s: bersyukur sangat2 dapat balik purse tu..=')