-->

CARI APE TU?

Thursday, June 16, 2011

Sssshh....Ini Rahsia Kita Tau!!

Salam 1 Malaysia ^_^



Adess!! Laparnya perut ni..Nak pergi makan, MALAS *errr, untuk pengetahuan u all Cik Mimie memang macam ni. Memang payah kalau penyakit MALAS dah datang..hee.. Dalam lapar2 ni, ada something yang Cik Mimie nak share dengan u all semua. Nak tahu tak? Nak tahu tak? Opkoslah, u all nak tahu kan?=)

Entry kali ini lebih diberi perhatian untuk kaum2 hawa *sebab Cik Mimie kaum hawa, kenalah lebihkan kaum hawa..ye dok? Bagi kaum Adam takmo jeles, takmo jeles nanti Cik Mimie buat entry untuk u guys pulak yer =)

Baiklah kaum2 hawa sekalian, mari kita pokus ye!!

::5 Perkara usah diungkap pada suami::

1. Rasa tidak suka pada ahli keluarganya.
-Seperti yang kita tahu, tak semua insan yang ada disekeliling serasi dengan diri kita. Kekadang kita sendiri tak tahu kenapa kita TAK SUKA dengan mereka. Tak mustahil perasaan ini boleh timbul dikalangan ahli keluarga suami kita, contohnya terhadap adik atau abang ipar. Ha, seberapa banyak u all TAK SUKA dengan mereka lagi2 MAK MERTUA, jangan sesekali beritahu suami. Bukan apa, takut nanti suami kita tertekan untuk memilih antara u all atau ibunya. Kesian kat dia nanti.

2. Wang Simpanan.
-Ada sesetengah wanita berfikiran perihal berkenaan wang simpanan ini harus dibincangkan secara terbuka dan ada sesetengah lagi sebaliknya. Kerana mereka berpendapat ia adalah tabungan masa depan jika berlakunya sesuatu yang tidak diduga. Perkara ini ada benarnya, sebagai contoh jika ahli keluarga memerlukan bantuan kewangan, tentu u all segan kan nak meminta daripada suami. Inilah kepentingan tabungan sendiri. Lagi2 kalau dapat suami yang kedekut/boros, wang simpanan rahsia inilah yang akan jadi penyelamat u all =).

3. Kata Laluan.
-Kata laluan untuk emel, akaun Facebook mungkin tidak kisah untuk dikongsi dengan suami tapi anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan untuk kad bank dan juga laman web bank. Malah pihak bank sendiri pun akan memberi nasihat yang sama. Ha, ingat tu..kalau password blog pun jangan..hehehe..

4.Masalah Keluarga.
-Tak semua masalah dalam kalangan keluarga kita boleh kita ceritakan pada suami, lagi2 kalau cerita itu sesuatu yang mengaibkan atau hanya akan menunjukkan keburukan keluarga. Seelok-eloknya, kita rahsiakan sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan dari timbulknya pandangan serong atau imej buruk terhadap keluarga kita di mata suami. Tapi, tak salah untuk bercerita kalau u all rasa suami u all dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.

5.Rahsia Teman.
-Kadang-kadang kerana takde cerita yang hendak dibualkan, kita sanggup mendedahkan rahsia teman kepada suami. Memanglah seronok kalau dapat bergosip, lagi2 kalau cerita tu hangat. Tapi, terfikirkah kita bahawa teman kita mengharapkan kita menjaga rahsianya. Oleh itu, fikirkanlah topik lain yang lebih berfaedah untuk kita bualkan bersama dengan suami. Sebagai contoh, perancangan masa depan u all berdua ke? pendidikan anak-anak ke? macam mana nak berbini 2 ker? haip2!! yang itu tak boleh..

Iklan Tak Berbayar: Petua Oh Petua.

p/s: Ada tak siapa2 yang rahsiakan benda2 ni dari suami??

4 comments:

  1. okay janji,..nih rahsia kita jer,..kita jer

    ReplyDelete
  2. Elixindora: ha, bgus2!! xmo kecoh2 tau..=)

    ReplyDelete
  3. xde suami lagi nak berahsia rahsia bagai..
    hehe.
    :)

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda