-->
728 x 90

CARI APE TU?

Monday, June 12, 2017

CORNFLAKE'S BERSALUT COKLAT - KUIH RAYA PERTAMA

Salam 1 Malaysia ^_^

Salam 17 Ramadhan, sekejap je masa berlalu. Semalam baru Cik Mimie berkesempatan nak buat kuih raya. Itupun buat yang simple dan tak perlu menggunakan ketuhar. HEHEHE.. First raya, sebagai isteri dan juga menantu. So, semalam ajak MIL buat kuih sama-sama. Alhamdulillah, siap dengan jayanya :)

Bagi sesiapa nak cuba buat kuih raya yang simple lagi senang ni, boleh tengok resepi dibawah :)

Cornflake salut coklat

Bahan-bahannya :-
1 kotak cornflakes (300gram) atau ikut banyak mana U Olls nak.
1 bar coklat masakan
1/4 butter (Buttercup) untuk kilatkan coklat
1 bekas coklat urai warna warni (sebagai hiasan)
Papercup secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Masukkan coklat masakan dan juga butter dalam satu bekas masak menggunakan kaedah double boiler atau guna microwave pun boleh.
2. Apabila coklat dah cair dan sebati dengan butter. Sejukkan sekejap.
3. Dalam bekas yang lain, masukkan cornflakes dan ramas-ramas supaya menjadi kepingan kecil.
4. Setelah coklat sejuk sedikit masukkan kedalam cornflakes dan gaul sehingga rata.
5. Sudukan cornflake ke dalam papercup dan hias dengan coklat urai.
6. Susun di dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk bagi mendapatkan cornflake yang sedap! :D

P/s : Selamat mencuba... :) Next Popia nestum...

7 comments:

  1. Wani pernah buat dulu , tapi cornflakes dia macm lembik . Kenapa ye kak mimi ? Hehehe . Atau cornflakes tu kena bakar dulu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cornflake jadi lembik sebab tuang coklat tu panas2.. sebab tu kena sejukkan sekejap coklatnye :)

      Delete
  2. kuih raya yang wajib CCL dengan adik buat .. simple

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250