-->
728 x 90

CARI APE TU?

Saturday, May 6, 2017

Majlis Resepsi Belah Perempuan (24.12.2016)

Salam 1 Malaysia ^_^

Ya Allah, lamanya Cik Mimie tak bersiaran dekat sini. Maaf semua Cik Mimie tak menghilang ke mana pun, ada je. Cuma mood nak berblogging tu tak kunjung tiba. Hari ini, rindu nak menulis  tu menebal sangat. So, Cik Mimie nak story sikit mengenai Majlis Resepsi Cik Mimie pada Disember yang lepas. (*Dah basi dah majlis ni...hehehe)

Kalau u olls scroll entry lama Cik Mimie, u olls akan nampak entry mengenai Majlis pernikahan Cik Mimie iaitu Solemnization - 23 Disember 2016. Masuk bulan Mei ni bermakna dah 5 Bulan Cik Mimie bergelar isteri. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T ^_^

Ok, berbalik kepada Majlis Resepsi atau Majlis Persandingan Belah Perempuan. Majlis ini telah berlangsung pada 24 Disember 2016 bersamaan Hari Sabtu. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Actually, Majlis belah Cik Mimie telah diadakan di Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat. So, petang lepas nikah pada hari Jumaat tu. Cik Mimie terus drive pergi Homestay berdekatan Dewan sebab malam tu Cik Mimie tidur di Homestay je. Petang Jumaat tu juga Bridal dan juga Katering datang untuk setting segala benda.. Pelamin, meja beradap, meja makan dan juga meja buffet . Penat tu jangan cakap la. Terkejar sana, terkejar sini.. hehehe..

Alhamdulillah, semuanya selesai, Esoknya pada hari kejadian, pihak lelaki sampai pada pukul 1.00 petang. Sebelum tu, dalam pukul 12.00 tengah hari hujan tiba-tiba turun lebat sangat. Hati dah risau dah, macam mana nak hadap majlis hujan-hujan ni. Alhamdulillah, hujan berhenti sebelum pukul 1.00 tu. Hujan pemberi rahmat mungkin. So, disebabkan pengantin dah siap, pihak lelaki dah datang, kompang pun dah ada, Tepat 1.30 petang majlis perarakan pun bermula. Awal seperti yang dijadualkan, sepatutnya pukul 2.00 petang, Benda baik, tak perlu tunggu-tunggu kan? :D

Majlis selesai pada pukul 5.00 petang, nasib baik sahabat Cik Mimie dari Johor dan KL sempat datang. Dorang tiba dalam pukul 4.30 macam tu, disebabkan jalan jem. Terima kasih korang sudi datang dari jauh. Amoy, Shasha, & Qila :)

Ok, jom kita layan gambar Majlis Resepsi Cik Mimie




Tema : Merah + Putih
Bridal + MUA : Eiza Faiezah Bridal
Photograper : Airol Niezam Yasin
Katering : Kuzam Caterer
Tempat : Dewan Taman Pelangi, Paya Pulai, Segamat

p/s : Nanti kita sambung Majlis Resepsi Belah Lelaki pulak :)

7 comments:

  1. hai Cik Mimie. eh kena tukar da.. Puan Mimie =D tahniah and terima kasih hantar kad undangan. maaf sangat tak dapat pergi majlis. CT kirim doa dari jauh =)

    ReplyDelete
  2. Sorry cik mimie.. SS tak dpt hadir... Travel manjang... Btw... Comelnyaaaaa cik mimie... Miss u dear...

    ReplyDelete
  3. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah... Aaminnn...

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah. tahniah cik mimie. tulaaa pasni tolonglaa rajinkan lagi update yee ;)
    warna tema merah putih ehh? nape kat gamba nampak macam warna peach. cantikk laaa ~

    ReplyDelete
  5. CM!! Lawo ya!!! Sis JM doakan semoga sentiasa bahagia ye

    ReplyDelete
  6. alhamdulilah 5 bulan dah bergelar isteri.. tahniah mimie dah jadi wife.. semoga berbahagia ke jannah ya..

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250