-->
728 x 90

CARI APE TU?

Thursday, December 17, 2015

Sinopsis Drama Cik Cinderella & Encik Tengku

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, siapa tengok episod pertama drama CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU malam tadi? Sila angkat hidung tinggi-tingi.. He He He.. Ok, kalau U Olls nak tahu drama ini adalah adaptasi dari Novel berjudul Cik Cinderella dan Encik Tengku karya novelis terkenal iaitu Airisz. Drama ni mula ditayangkan malam tadi di slot LESTARY TV3 menggantikan drama KAU AKU KITA yang telah tamat pada minggu lepas. 



Drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini, serta dilakonkan oleh barisan-barisan pelakon hebat iaitu Shukri Yahya sebagai Tengku Daniel dan juga heroinnya Zahirah McWilson sebagai Puteri Nuraisha. Episod pertama malam tadi agak menarik minat Cik Mimie, boleh dihadam dan cerita dia agak ringan la. Lagi-lagi hero dia Shukri Yahya... Opps!*melting!! 


SINOPSIS CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU

Mengisahkan Puteri Nuraisha yang kehidupannya bersama keluarga yang seakan meminggirkannya, Puteri mempunyai seorang ibu tiri dan kakak tiri, Puteri sering terasa terpinggir akan layanan ayahnya yangg sering melebihkan kakak tirinya iaitu Sha. Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula, semakin hari sikap Ashraf semakin membuatkan Puteri semakin bosan, perkenalan Puteri dengan Daniel yang dikatakan mempunyai raut wajah yang elok membuatkannya semakin jauh hati dengan Ashraf. Sedikit demi sedikit Puteri telah jatuh cinta terhadap Daniel dalam diam, dengan sikap Daniel yang sangat menyenangkan membuatkan Puteri semakin berbunga-bunga terhadap Daniel, tapi dalam masa itu Puteri juga dalam dilema untuk mengahwini Ashraf. Puteri terperangkap antara cintanya terhadap Daniel dan perkahwinan tanpa rasan cinta dengan Ashraf kerana amanat arwah ibunya,.
Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. Pelbagai persiapan telah diatur, dalam masa yang sama tanpa diketahui oleh Puteri, kakak tirinya iaitu Sha telah menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Sha dan Ashraf telah lama menjalinkan hubungan cinta tanpa diketahui oleh sesiapa, sungguh bijak mereka merahsiakannya, segala perilaku Puteri sering dipantau oleh Sha akibat rasa cemburunya. Andai Puteri berjumpa dengan Ashraf, pertelingkahan sering terjadi antara mereka, segala yang dirahsiakan oleh Sha dan Ashraf selama ini terbongkar dengan kejadian yang sangat mengaibkan, segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf terganggu dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? Apakah Puteri akan bersama dengan Ashraf walaupun peristiwa yang memalukan itu telah terjadi demi sebuah amanat seorang ibu? Atau Puteri mengenepikan amanat itu dengan memilih Daniel? Apa pula yang akan terjadi kepada kakak tirinya Sha?
sumber sinopsis 

JUDUL : CIK CINDERELLA DAN ENCIK TENGKU
EPISOD : 13 episod
MASA : Setiap Rabu & Khamis - 9.00 malam
SLOT SALURAN : Lestary TV3
NOVELIS: Airisz
PENGARAH : Eoon Shuhaini
PELAKON : Zahirah Macwilson, Shukri Yahaya, Shah Iskandar, Puteri Aishah, Dato’ Eizlan Yusof , Aleeza Shadan, Aida Khaleeda, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz


p/s : Jangan lupa tengok tau!! :)

12 comments:

  1. hello Cik Mimie.. iols datang terjah ni =)

    ReplyDelete
  2. yehh! takpena skip ngok cite ni.. tgok sape yg belakon kan. pakwe nadya tu.kahkah xmalu tol xP

    tgk cite ni xpena xsenyum sorg2.. kekeke sweet sangat lahai.. tp hakikatnya realiti mmg xdenya cmni kan?hahahaha

    seriussss nak sgt beli novel ni. uwaaaa T-T

    **fuhhh lamanya xsinggah sini.. ngok background da bertukar munga rose :)

    ReplyDelete
  3. aRz suka juga lakonan shukri yahya...tapi jarang tengok drama..

    ReplyDelete
  4. hai ,datang singgah sini :)
    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  5. Aduhh kenapa post gamba pakwe cikbelbel dalam ni. hehe
    cik belbel ada tag awak ni http://blogcikbelbel.blogspot.my/2016/01/segmen-mini-giveaway-by-si-cubby.html

    ReplyDelete
  6. cerita best sangat kak ekin layan... hihihi

    ReplyDelete
  7. minat jugak dengan shukri yahya tu..

    ReplyDelete
  8. ayu xtgk pon..
    tapi kadang2 ade jugak intai2..
    sllu dpt tau cite ni dr budak opis
    sllu cite
    so ayu xyah tgk pon xape la
    heheheh

    ReplyDelete

sila-sila lah meninggalkan jejak jari-jemari anda

300 x 250