-->
728 x 90

CARI APE TU?

Friday, May 6, 2011

Edisi Lawak: Jom Gelak!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Hari ini Cik Mimie nak berkongsi kisah lawak dengan u all semua. *Cik Mimie pun tak tahu kisah ni lawak ke tak..hehehe..Apa-apa pun u all yang decide sendiri ye, bagi Cik Mimie lawak je..hahahaha..

Kisah 1: Ular yang Beracun.

Seekor anak ular bertanya kepada ibunya, "Ibu, betul ke ular macam kita ni beracun?" Jawab si ibu, "Sahih lagi nyata wahai anakku sayang. Jika ada yang cuba mengganggu kamu, gigit saja ia. Maka ia akan mati kerana racun yang ada pada kita sangat berbisa." "Alamaaakkk..ibu!!! Habislah saya..uuwwaaa." Balas si anak ular sambil menangis. "Anakku, mengapakah kamu menangis? Adakah kamu sudah menggigit sesuatu?" Tanya si ibu. "Saya sudah tergigit lidah sendiri!!" Jawab si anak sambil menangis terguling-guling.


Kisah 2: Malas ke Sekolah.

Jam sudah menginjak ke angka 7 pagi. Namun kelihatan Karim masih dibaluti selimut sambil berdengkur. Ibunya segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: "Karim ooooo Karim. Bangun lah cepat, kang lambat pulak kamu ke sekolah."

Karim: "Saya tak nak pergi sekolah lah hari ini, mak"

Ibu: "Apa?? Tak nak ke sekolah? Bagi dua sebab mengapa kamu tak nak ke sekolah!"

Karim: "Pertamanya, sebab murid-murid tak suka Karim. Guru-guru kat sekolah pun tak suka Karim."

Ibu: "Itu bukan alasan untuk kami tidak ke sekolah. Sekarang bangun cepat!!"

Karim: "Ala, mak ni..sekarang mak bagi dua sebab mengapa Karim harus ke sekolah!"

Ibu: "Eh, budak bertuah! Dengar baik-baik apa yang mak nak cakap ni. Pertamanya, kamu sudah berusia 50 tahun. Kedua..kamu kan pengetua sekolah!!!"


...................The End.......................

p/s: kalau lawak anda boleh gelak, kalau tak lawak pun anda boleh gelak jgak...hahahaha!!

Sumber: REMAJA

Wednesday, May 4, 2011

Kuantan River Cruise

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all!! selamat tengah hari..mamam da ker?? hehehe.. Cik Mimie tak mamam lagi ni..
Lapar bangat sih!! >_<
OK2, untuk entry kali ini Cik Mimie nak cerita pengalaman Cik Mimie naik cruise bersama-sama member-member Cik Mimie..*best woo!! naik Night Cruise lagi tau =)
Actually niat nak naik Cruise ni dah lama da, malam Isnin hari itu baru berkesempatan.
Excited tu jangan cakap la kan..^_*

Kalau u all nak tahu, lokasi Kuantan River Cruise ini ialah berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), atau nak lebih detail bersebelahan dengan bangunan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Inilah Cruise yang kami naik, muatan bagi 1 Cruise ialah 20 orang.

Member-member yang turut serta menaiki Cruise. Ain, Amoy dan Wan.

Ini pulak orang yang bertanggungjawab bawa kami ke sini..Terima kasih Kamarul ^_^

Bersedia untuk menikmati pemandangan sepanjang sungai Kuantan..*wink3x

Lampu-lampu dari bangunan yang terletak di tepi sungan Kuantan.

Cantik kan..^_^

See2..Signboard K.U.A.N.T.A.N kat belakang kami..

For More Information:

Daily Trip: (1 Hours 15 Minute)
Open: Monday-Sunday & Public Holiday
Time: 9.30 am, 11.30 am, 2.30 pm, 4.00 pm
Ticket: RM 15 (Adult) / RM 8 (Children)
Minimum 6 Adults @ RM 120

Night Trip: (30 Minute)
Open: Friday-Sunday & Public Holiday
Time: 8.00 pm - 11.00 pm
Ticket: Rm 5 (Adult/Children)
Minimum 10 Adult/Children @ RM 50.00

Call: 017-9643882

*Kalau nak tengok Kelip-kelip RM20/Person
Minimum 10 Adults @ RM 200

-Saja nak tampal gambar gedabak ni-


p/s: Cuti Semester dah bermula...hoooorrreeeyyyy!!! \(^_^)/

sumber: Facebook KRC

Monday, May 2, 2011

Peristiwa 1 MEI 2011

Salam 1 Malaysia ^_^

Hai u all, siyes!! rindu giler Cik Mimie dengan u all semua..
Apa khabar?? sihat tak??
Akhirnya, Cik Mimie da kembali berblogging setelah pergi bertapa selama 2 minggu.
Hooorrrreeeyyy!! Final Exam da habis..Hope result dia tak menghampakan..*amin!!

Ok, untuk entry pertama di Bulan MEI Cik Mimie nak stori-mori kat u all semua tentang kejadian yang menimpa Cik Mimie pada 1 MEI 2011 (semalam).
Terus-terang Cik Mimie cakap, Cik Mimie stil tak percaya dengan apa yang terjadi ni.
*cam suspen je kan Cik Mimie ni??

Untuk pengetahuan u all, semalam Cik Mimie pergi JOMHEBOH dengan kakak Cik Mimie.
*Siapa-siapa yang duduk kat Kuantan mesti pergi juga kan?
Kejadian ini terjadi di sana pada pukul 5.55 petang, di mana Cik Mimie telah kehilangan dompet@purse ketika sedang asyik membelek baju!! *ok, Cik Mimie mengaku Cik Mimie memang cuai =_="!!
Sebenarnya, purse tu Cik Mimie pegang, masa keluar dari kedai baju tu tiba-tiba Cik Mimie rasa lain macam jer. Tangan ni macam kosong, ssuuuppp!! terus Cik Mimie menjerit kat kakak Cik Mimie..

Cik Mimie:"weyh, beg duit aku mana??" *muka memang cemas giler la kan.
Kakak Cik Mimie pun blurr:"mana ko letak??"
Cik Mimie:"tadi aku pegang, skrg takde dah!! =(

Kami berdua pun patah balik pergi kedai baju tadi, tanye orang kedai tu jumpa tak purse Cik Mimie, habis gak lah baju kat kedai tu Cik Mimie punggah.. Resul
tnya: Hampa!! ~_~"
perkara pertama yang Cik Mimie buat call hotline CimbBank block ATM card Cik Mimie.
*air mata yang keluar ni kalau tadah penuh satu baldi Cik Mimie rasa.
Then, kami pergi ke konti Balai Polis Bergerak nak buat laporan. Polis tu suruh pergi Balai Polis besar sebab kalau buat kat sana lebih cepat proses dia.
Tepat pukul 7.00 malam Cik Mimie pun buat laporan kt balai polis, sebelum tu pun ada gak orang lain yang buat laporan yang sama*polis tu cakap lah.

Dah settle semua tu Cik Mimie pun balik hantar barang, then kuar semula dalam pukul 8.30 malam untuk pergi makan.
U all nak tahu tak?? Masa kat kedai makan tu tetiba Cik Mimie dapat panggilan dari Emak Cik Mimie. *dalam hati Cik Mimie "adess!! kantoi mak dah tau, aku nak cakap ape ni??"
Cik Mimie pun jawab call tu..

Cik Mimie: "hello mak."
Mak: "adik, beg duit adik mana??? *trus tnya soklan tu!!
Cik Mimie: "beg duit adik takde dah =("
Mak: "ni ha, ada polis telepon rumah bagitahu beg duit adik ada kat dia. Dia suruh amik kat Balai Polis bergerak"
Cik Mimie: "ha, betul ke mak??" *Ya, Allah Cik Mimie bersyukur sgt, speechless terus.

Cik Mimie pun bergerak pergi Balai Polis bergerak tadi, ye, betul purse Cik Mimie da jumpa.
*menangis lagi T_T, syukur sangat2!!
Barang dalam tu semua ada lagi, juz duit je la x mencukupi.
Itu, xpe!! yang penting I/c tu ada. Terima kasih sangat dekat orang yang pulangkan tu.
Anda memang seorang jujur, ssah nak cari orang macam anda sekarang ni.
semoga Allah S.W.T yang membalas jasa anda. Terima kasih sgt T_T

Moral of the story: jagalah barang anda baik2!! jangan jadi cam Cik Mimie, yang cuai ni..

p/s: bersyukur sangat2 dapat balik purse tu..=')

300 x 250