-->
728 x 90

CARI APE TU?

Showing posts with label khurafat. Show all posts
Showing posts with label khurafat. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Khurafat Punye Hal!!

Salam 1 Malaysia ^_^

Iklan tak berbayar

Pergh, penat sungguh Cik Mimie rasa hari ini. Mana tidaknye, boleh dikatakan separuh hari 'Cik Mimie and the geng' berjalan-jalan di dalam Shooping Complex.*hohoho, sangat lama kami tidak berpoya-poya bersama. Tujuan berpoya-poya hari ini adalah disebabkan keinginan yang membuak-buak untuk menonton Filem KHURAFAT. Kami seramai 11 orang telah menyerbu panggung wayang di Berjaya Megamall, Kuantan petang td. Ya!! filem ini sgt2 best, Cik Mimie bg 4 bintang. Tidak rugi kalau u all pergi menonton filem ini.*boleh klik disini tok review filem Khurafat.

Kenapa Cik Mimie kata best? sebab member2 Cik Mimie yang pergi menonton sekali filem ni tadi, semuanya pakat2 jerit dalam panggung..adess!! kalau pompuan tu ok lagi la, ni tidak yang lelaki pun sama..hahaha...sapakah?? *perlu dirahsiakan identiti mereka bertiga..tteeett!!

Okla, malas nak bebel byk2. Kalau u all nak tahu cerita ini best or tidak, boleh serbu pawagam berhampiran u all. Now, jom kita layan picca-picca yang sempat Cik Mimie snap dengan member2 Cik Mimie. (Sha era, Aswani, Amoy, Ain, K. Yani, K. Ana, K. Sue, Dafi, Didi dan Azim@Sue)

[penat tunggu bas tak datang2, inilah kejenye]

[ Ain, Amoy, Aswani, Sha era]

[gaya2 orang da bosan bas tak datang2*lagi2 gaya ain..oppss!]

[tepi jalan pun jadi nak posing2]

[kami bertiga memang tak boleh dipisahkan.*macam belangkas ok!]

[da sampai Megamall, makan dulu bagi perut kenyang. Dan yang tudung hitam+baju merah tu, that my sista (K. Yani)*sila percaya!! With K. Ana, Aswani and K.sue]

[Cik Aswani jd model tiket wayang, 11 keping tu o.O]

[dinner time!! 20:30 p.m, Taj Hotlink Walk]

[selamat tinggal Berjaya Megamall, kami pulang dahulu ^_^]

[picca gewdik2 sekadar hiasan..hahaha..]


p/s 1: Pakat ramai2 tgok filem Khurafat.

p/s 2: Esok nak pokus pada assignment pulak..aiyak!!

Friday, January 7, 2011

Review: Khurafat-Perjanjian Syaitan

Salam 1 Malaysia ^_^

Ha, ari ni Cik Mimie nak wt review pasal filem genre seram pertama anak pangarah terkenal kt Malaysia ni,
sapa lagi? kalau bukan anak Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.
*yang hensem lagi kacak tu..ngeh3x!!


Barisan Pelakon: Syamsul Yusof, Fauziah Gous, Latif Borgiba, dan Liyana Jasmay.
Pengarah: Syamsul Yusof.
Genre: Seram.
Tarikh Tayangan: 13 January 2011.

Sinopsis:
Mengisahkan seorang lelaki yang baru sahaja bergelar suami kepada seorang gadis manis bernama Aishah. Kehidupan mereka yang sebelum ini aman damai tiba-tiba dilanda gelora dengan kewujudan benda aneh yang sentiasa mengganggu kehidupan mereka. Ceritanya bermula ketika Johan dan isterinya Aishah pulang bercuti di kampung dengan niat untuk menziarahi ibu dan adiknya. Selepas pulang daripada masjid bersama-sama Pak Imam, tiba-tiba mereka mendapat khabar bahawasanya Pak Aziz telah dirasuk hantu. Dari peristiwa itu Johan mendapat tahu yang Pak Aziz ni telah 'membela sesuatu' yang dianggap Khurafat oleh Pak Imam kerana Pak Aziz telah meminta bantuan dan mempercayai sesuatu yang lain selain ALLAH S.W.T.
Malah di sebalik itu, konflik rumahtangga di antara Johan dan Aishah juga kian meruncing dengan kemunculan bekas kekasih Johan, Ana. Mampukah pasangan ini menyelamatkan rumahtangga mereka setelah lama mempertahankannya ataupun terdapat sesuatu lagi rahsia besar di sebalik entiti yang sering mengganggu mereka?? Ha?? nak tahukn?? So, pe lagi jomlah kita serbu mana-mana pawagam yg berdekatan pada 13 January nnt.


p/s: X sabar nak jerit2 lam pawagam..hahahaha ^_^
300 x 250